Pemarkahan dan Penetapan Gred

Pemarkahan dan Penetapan Gred

Share this post

Bagi setiap ujian atau peperiksaan Matematik, guru yang menggubal soalan hendaklah mencadangkan skema pemarkahan dan digunakan dalam memeriksa kertas jawapan pelajar supaya perbandingan yang sah dapat dijalankan antara pencapaian pelajar dalam item dan secara keseluruhan.

Guru hendaklah menanda kesilapan yang dilakukan pelajar. Guru juga hendaklah membuat analisis secara individu dan juga secara kumpulan untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang wajar. 

Ujian atau peperiksaan Matematik terbahagi kepada dua bentuk iaitu soalan jenis objektif dan esei. Soalan objektif selalunya ditandakan menggunakan komputer. Soalan jenis esei Matematik lebih berbentuk penyelesaian masalah Matematik yang melibatkan penggunaan kaedah, formula, pengiraan dan menggunakan fakta dengan tepat dan betul. Berdasarkan aspek tersebut, skema pemarkahan dibahagikan kepada markah untuk kaedah (K), hasil pengiraan dan jawapan yang tanpa memerlukan langkah pengiraan yang betul dan tepat (J).

 

Contoh 1

Soalan:

Ungkapan b-6/2b - 3(b-m)/bm sebagai satu pecahan tunggal dalam sebutan terendah (3 markah)

Skema Pemarkahan:

 

Contoh 2

Soalan:

Diberi bahawa

Set P = (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7)

Set Q = (1, 2, 3, 7, 8, 9)

Set R = (3, 7)

Set semesta = P∩Q∩R

Senaraikan unsur bagi set P∩R’ (1 markah)

 

Skema Pemarkahan:

P∩R = (1, 2, 4, 5, 6) 

Jawapan betul dan faham konsep tanpa kaedah beri 1 markah untuk B (Jumlah: 1 markah) 

 

Contoh 3

Soalan:

Salin dan lengkapkan jadual berikut untuk nilai y bagi  y=3x+1/x

Skema Pemarkahan:

Melengkapkan jadual

Jumlah: 3 markah

 

Segala hasil penilaian formal, termasuk analisisnya haruslah direkodkan dengan kemas dan teratur dalam Buku Rekod Persediaan Guru atau Rekod Prestasi Pelajar dan Rekod Profil Pelajar.


Dalam penetapan dan pemberian gred biasanya guru Matematik menggunakan peratus dan gred. Contohnya pelajar yang mendapat 90% ke atas adalah gred A. Analisis item yang sesuai dilakukan selepas ujian atau peperiksaan untuk menentukan peringkat kesukaran item serta kegunaannya untuk membezakan pelajar cerdas daripada yang lembap.

 

Tag Item Analisis Permakahan Gred

Prior knowledge

1.  Apakah panduan yang anda gunakan sebagai guru dalam menentukan pemarkahan dan penetapan gred pelajar?

1. 

Yang manakah antara berikut bukan melibatkan pemarkahan dan penetapan gred dalam Matematik?

Reflection

1.  Mengapa perlunya menentukan peringkat kesukaran item serta kegunaannya?
Loading...
Load lesson