Gunakan aktiviti ini untuk mengajar murid anda terutama sekali mereka di tadika dengan menggunakan objek dan pergerakan.
Masa:
30-45 minit
Pelajar:
Kanak-kanak Tadika
Objektif:
Mengajar murid mengenal dan memahami operasi tambah dan tolak dengan menggunakan objek dan pergerakan.
Bahan Diperlukan:
Pensel, kertas, nota lekat (sticky notes), bijirin dalam paket kecil untuk setiap pelajar, projektor.
Kata Kunci:
Tambah, Tolak, Bersama, Berpisah
Pengenalan:
- Sebelum memulakan pelajaran, tuliskan 1+1 dan 3-2 di papan tulis.
- Berikan setiap pelajar kertas nota lekat dan lihat sekiranya mereka boleh menyelesaikan masalah tersebut.
- Sekiranya sekumpulan besar pelajar boleh menyelesaikannya, anda boleh meneruskan langkah-langkah yang seterusnya.
Arahan:
- Tulis 1+1 di papan tulis. Tanya pelajar sekiranya mereka memahami soalan diberikan. Letakkan satu pensel di sebelah tangan, dan satu pensel lain di sebelah tangan lain. Tunjukkan kepada pelajar anda satu pensel dan satu pensel bersama menjadi dua pensel. Rapatkan tangan anda untuk menunjukkan konsep tambah.
- Lukiskan dua bunga di papan tulis. Tuliskan simbol tambah dan diikuti dengan lukisan tiga lagi bunga. Nyatakan dengan kuat ‘dua bunga bersama tiga lagi bunga akan menjadi apa?’ Pelajar seharusnya boleh mengira dan menjawab soalan tersebut. Seterusnya, tuliskan 2+3=5 untuk menunjukkan cara menulis persamaan tersebut.
Aktiviti:
1. Berikan setiap pelajar beg kecil yang berisi bijirin dan sekeping kertas. Bersama dengan pelajar anda, selesaikan persamaan seperti di bawah ini. Berikan peluang kepada pelajar anda untuk makan bijirin sebaik sahaja mereka bermula dengan menulis jawapan yang betul. Teruskan memberi soalan seperti ini sehingga mereka berasa selesa untuk menyelesaikannya.
- Nyatakan ‘4 keping bijirin tambah 1 keping bijirin adalah 5.’ Tulis 4+1=5 di papan tulis dan minta pelajar anda untuk menulisnya juga.
- Nyatakan ‘6 keping bijirin tambah 2 keping bijirin adalah 8.’ Tulis 6+2=8 di papan tulis dan minta pelajar anda untuk menulisnya juga.
2. Penggunaan tambah seharusnya membuatkan penggunaan tolak menjadi lebih mudah. Keluarkan lima keping bijiran daripada beg dan letakkan di projektor. Tanya kepada pelajar ‘berapa banyakkah yang saya ada?’Selepas mereka menjawab, anda ambik dua keping daripadanya dan makan. Kemudian tanya, ‘Sekarang berapa banyakkah yang saya ada?’ Bincang dan nyatakan bahawa anda pada asalnya mempunyai lima dan kemudian hanya tinggal dengan tiga keping bijirin sahaja. Anda boleh meminta mereka untuk melakukannya sendiri dan mencatit persamaan di dalam buku mereka.
3. Bersama pelajar anda, lakukan persamaan ini:
- Nyatakan ‘4 keping bijirin tolak 1 keping bijirin adalah 3.’ Tulis 4-1=3 di papan tulis dan minta pelajar anda untuk menulisnya juga.
- Nyatakan ‘6 keping bijirin tolak 2 keping bijirin adalah 4.’ Tulis 6-2=4 di papan tulis dan minta pelajar anda untuk menulisnya juga.
4. Selepas pelajar boleh mengamalkan aktiviti seperti di atas, berikan mereka masa untuk menyelesaikan masalah mudah secara sendiri. Bhagaikan mereka kepada kumpulan kecil yang mengandungi 4 atau 5 orang dan minta mereka membuat soalan persamaan untuk keseluruhan kelas. Mereka boleh menggunakan jari, buku, pensel, ataupun diri mereka sendiri untuk memudahkan pengiraan.
5. Berikan masa kepada pelajar untuk memberi soalan persamaan. Awasi mereka dan memberikan bantuan sekiranya diperlukan.
6. Minta pelajar untuk menunjukkan persamaan kepada kumpulan lain dan menulis persamaan tersebut dalam buku.
Penilaian:
Ulang langkah tersebut atau lakukan aktiviti ini sebagai penilaian.
Lanjutan Pembelajaran:
Minta pelajar untuk menunjukkan aktiviti ini kepada ahli keluarga mereka. Kemudian, minta ibu bapa atau ahli keluarga menyemak keberkesanan aktiviti ini di atas kertas yang disediakan oleh guru sendiri.
Rujukan
A Kindergarten Lesson Plan for Teaching Addition and Subtraction
|