Pelaksanaan Inkuiri: Sains KSSM Tingkatan 2

Pelaksanaan Inkuiri: Sains KSSM Tingkatan 2

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

 

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN: SAINS KSSM TINGKATAN 2

 

Mata Pelajaran: Sains

 

Bilangan Murid: 30 orang

 

Kelas: Tingkatan 2

 

Tema/Topik/Modul: Kestabilan

 

Masa: 60 minit

 

Standard Pembelajaran: Memahami kepentingan keseimbangan.

 

Objektif Pembelajaran:

1. Mencadangkan kaedah untuk meningkatkan keseimbangan objek

2. Menerangkan dengan contoh tentang aplikasi keseimbangan dalam kehidupan

 

Aktiviti P&P:

  • Set induksi menggunakan kaedah simulasi.
  • Pembelajaran menggunakan aktiviti hands-on. (Rujuk jadual di bawah)

 

EMK:

  • Keusahawanan
  • Kreativiti dan inovasi

 

Bahan Bantu Belajar: Pita salefon, gunting, pembaris meter, kertas A4, landasan terpampas geseran, kertas surat khabar.

 

Penilaian: (Diisi selepas p&p)

 

Refleksi: (Diisi selepas p&p)

 

 

A. FASA PELIBATAN (10 MINIT)

 

Aktivti:

  1. Murid yang sama jantina diminta untuk berdiri berhadapan antara satu sama lain. Mereka dinamakan Murid A dan Murid B.
  2. Murid A berdiri dengan keadaan kedua-dua kaki rapat.
  3. Murid B diminta menolak Murid A dengan perlahan.
  4. Murid A diminta untuk memilih kedudukan atau cara berdiri supaya dia berada lebih stabil apabila ditolak.
  5. Murid B menolak Murid A lagi.
  6. Beberapa pasangan murid dipilih lagi untuk menunjukkan kesan cara berdiri yang baharu itu ke atas kestabilan.
  7. Murid kemudian diminta menukar peranan.

 

Soalan:

  1. Apa yang boleh kamu katakan tentang aktiviti ini?
  2. Apa yang dapat kamu katakan tentang cara berdiri yang baharu bagi Murid A tadi?

 

Catatan:

  • Murid dibimbing oleh guru melalui soalan.

 

 

B. FASA PENEROKAAN (30 MINIT)

 

Aktivti:

  1. Murid bekerja dalam kumpulan berempat.
  2. Murid diminta membina menara yang paling tinggi menggunakan bahan dan peralatan yang disediakan dalam masa 30 minit.
  3. Pada 5 minit yang pertama, murid diminta mereka bentuk menara terbaik yang mereka fikirkan boleh dibina. Menara yang telah dibina akan diuji kestabilannya di akhir pembelajaran nanti.
  4. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 10 helai kertas surat khabar, tep selofen, gunting dan lembaran kertas yang mengandungi arahan aktiviti.

 

 

C. FASA PENERANGAN (20 MINIT)

 

Aktivti:

  1. Di akhir minit ke-30, setiap kumpulan diminta menamakan menara, mengukur ketinggian dan menerangkan dengan ringkas tentang menara tersebut.
  2. Kemudian, setiap kumpulan akan menguji kestabilan menara mereka secara bergilir-gilir. Ujian dilakukan dengan meletakkan menara tersebut di atas papan kayu yang satu hujungnya diletak atas meja dan hujung yang satu lagi ditinggikan 20o dari atas meja. Jika menara boleh berdiri teguh selama 20 saat, menara itu dikatakan stabil.
  3. Murid melengkap jadual untuk mengumpul data seperti berikut:

 

Nama menara

Tinggi (cm)

Kestabilan

(Ya/Tidak)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Kumpulan yang berjaya membina menara yang paling stabil perlu berkongsi makluma

 

Catatan:

  • Pertandingan.

Pemenang akan diberi hadiah.

Cadangan:

  • kumpulan yang paling bekerjasama
  • pembentang terbaik
  • lakaran terbaik
  • Murid dibimbing oleh guru untuk membuat justifikasi yang betul.

 

 

D. FASA PENGEMBANGAN (15 MINIT)

 

Aktivti:

  1. Setiap murid diberi lembaran kerja dan diminta menamakan objek-objek yang stabil di sekeliling mereka. Murid juga diminta memberi justifikasi ke atas pilihan mereka itu.
  2. Murid berbincang tentang jawapan mereka dan membuat kesimpulan tentang kepentingan kestabilan dalam kehidupan.
  3. Tayangan video boleh ditunjukkan untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid tentang aplikasi kestabilan dan memberi kesedaran kepada murid tentang inovasi dan kreativiti.

 

Catatan:

  • Lembaran kerja (Lampiran 1)
  • Memuat turun video klip “pemegang botol yang seimbang”.

 

 

E. FASA PENILAIAN (5 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Murid diminta mencari tiga contoh lain aplikasi kestabilan dalam kehidupan dan membuat pembentangan.

 

 

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag RPH Fasa Inkuiri

Reflection

Apakah yang anda faham tentang Inkuiri?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Fasa manakah yang memerlukan murid untuk mencari tiga contoh lain aplikasi kestabilan dalam kehidupan?

Nyatakan satu (1) cadangan yang boleh dilakukan dalam permainan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson