Pelaksanaan Inkuiri: Bahasa Melayu KSSR Tahun 2

Pelaksanaan Inkuiri: Bahasa Melayu KSSR Tahun 2

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN: BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 2

 

Tahun: 2

 

Masa: 60 minit

 

Tema/Tajuk: KEBERSIHAN - Menjaga Diri

 

Standard Kandungan:

3.6 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik.

 

Objektif Pengajaran & Pembelajaran:

  1. Mendengar dan menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan
  2. Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.
  3. Menyebut dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan sebutan yang betul.

 

Pengisian Kurikulum:

  • Ilmu: Sains (anggota badan),Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral
  • Nilai: Menjaga kebersihan anggota badan
  • ENT: Kemahiran Berfikir – mengumpul dan mengelas

 

Sistem Bahasa:

  • Tatabahasa: Kata nama am, kosa kata

 

Elemen Merentas Kurikulum:

  • Ilmu: Pendidikan Kesihatan

 

Bahan Bantu Mengajar: Gambar anggota badan, kad perkataan, lembaran kerja.

 

Penilaian Pengajaran dan pembelajaran: Murid mendengar, menyebut dan menyatakan perkataan dengan betul.

 

 

A. FASA PELIBATAN (10 MINIT)

 

Aktiviti: Mendengar dan menyebut perkataan

1. Murid diperdengarkan lagu ‟Anggota Badan‟. (Rentak lagu –Bangun Pagi)

2. Murid menyanyi sambil membuat aksi yang berkaitan dengan lirik yang dinyanyikan.

 

Contoh:

  • Tangan
  • Pipi
  • Mata
  • Dahi
  • Dada
  • Perut
  • Mulut
  • Kaki

 

3.Murid diminta menyebut nama-nama anggota badan yang terdapat dalam lirik.

4. Guru menampal kad-kad perkataan di papan tulis dan membimbing murid mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup.

 

Catatan:

  • Ilmu:
  • Dunia Sains (anggota badan)
  • Nilai:
  • Menjaga kebersihan
  • ENT (KP):
  • Verbal Linguistik
  • BBB:
  • Gambar anggota badan
  • Kad perkataan

 

 

B. FASA PENEROKAAN (15 MINIT)

 

Aktiviti: Bertutur, mengeja dan menyebut

1. Murid meneroka anggota badan sendiri/rakan sejantina yang perlu diberi keutamaan tumpuan kebersihan anggota badan.

 

Soalan guru:

  • Anggota manakah yang perlu kerap dibersihkan?
  • Mengapa bahagian anggota tersebut perlu kerap dibersihkan?

 

2. Pertandingan Siapa Cepat: Wakil kumpulan murid mendengar perkataan disebut lalu menyentuh dengan cepat bahagian badan yang disebut.

3. Murid meneroka kepentingan kebersihan anggota badan.

 

Soalan guru:

  • Apakah penyakit-penyakit yang disebabkan tidak menjaga kebersihan anggota badan?

 

4. Murid menyiasat dan bertanya pada rakan dan mencatat pada lembaran kerja.

 

Soalan murid:

  • Bagaimanakah cara kamu membersihkan anggota badan kamu?
  • Apakah bahan atau alat untuk membersihkan anggota badan kamu?
  • Mengapa kamu membersihkan anggota badan kamu dengan cara itu?

 

Catatan:

  • Ilmu:
  • Dunia Sains (anggota badan)
  • Pendidikan Kesihatan
  • Nilai:
  • Kebersihan
  • ENT (KB):
  • Menjana idea
  • BBB:
  • Gambar anggota badan
  • Kad perkataan

 

 

C. FASA PENERANGAN (15 MINIT)

 

Aktiviti: Mendengar dan menyebut perkataan

  1. Murid menceritakan hasil siasatan mereka mengenai amalan kebersihan rakan mereka.
  2. Murid menyebut perkataan yang telah dicatat di lembaran kerja dan guru mencatat di papan tulis.
  3. Murid dibimbing oleh guru mengeja dan menyebut perkataan itu.
  4. Secara kumpulan, murid mengkelaskan perkataan yang menunjukkan cara dan alat untuk membersihkan anggota badan pada lembaran kerja yang diberi.
  5. Wakil kumpulan, mempamerkan hasil kerja dan menyebut perkataan-perkataan yang telah dikelaskan.
  6. Murid dan guru menyemak hasil kerja kumpulan untuk penambah baik.

 

Catatan:

  • Nilai:
  • Menjaga kebersihan
  • ENT:
  • Klasifikasi
  • Hubungkait

 

 

D. FASA PENGEMBANGAN (10 MINIT)

 

Aktiviti: Menyebut perkataan

  1. Murid membaca senyap untuk memahami petikan dengan bimbingan guru.
  2. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang dihitamkan dalam perenggan.
  3. Murid bersoal jawab tentang maksud perkataan yang dihitamkan.
  4. Murid menyebut semula makna perkataan bagi perkataan yang dihitamkan.
  5. Murid memberi makna perkataan dengan memadankan perkataan dengan betul.

 

Catatan:

  • Ilmu:
  • Pendidikan Kesihatan
  • Nilai:
  • Menjaga kebersihan
  • ENT (KP):
  • Verbal Linguistik

 

 

E. FASA PENILAIAN (10 MINIT)

 

Aktiviti:

  1. Berdasarkan gambar anggota badan manusia, murid menamakan anggota dan cara membersihkan anggota badan tersebut.
  2. Murid mempamer dan menyebut perkataan yang telah dipadankan. Murid lain dan guru membuat penilaian.

 

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Inkuiri RPH Fasa

Prior knowledge

1.  Apakah yang anda faham tentang Inkuiri?

1. 

Fasa manakah yang melibatkan murid untuk mendengar lagu “Anggota Badan”?

Reflection

1.  Nyatakan satu (1) aktiviti yang dilakukan dalam fasa penilaian.
Loading...
Load lesson