Pelajar Belum Bersedia?

Pelajar Belum Bersedia?

Share this post

 

Menjadi kebiasaan untuk para guru menghadapi pelajar yang hadir ke kelas tanpa buku dan alat tulis. Pelajar kebiasaannya akan mengatakan bahawa mereka kehilangan pensel, kertas, buku teks atau apa sahaja yang anda minta mereka bawa pada hari tersebut.

 

 

Sebagai guru, anda perlu menentukan bagaimana untuk mengawal dengan situasi ini sekiranya berlaku. Terdapat dua perkara asas tentang bagaimana untuk menyelesaikan kes kehilangan barang:

  • Pada mereka yang fikir pelajar patut menanggung risiko kerana tidak membawa alat-alatan yang diperlukan.
  • Pada mereka yang merasakan kehilangan pensel atau buku tulis tidak menjejaskan tumpuan pelajar pada hari tersebut.

 

Mari lihat perbincangan mengenai perkara tersebut.

 

 

PELAJAR SEHARUSNYA BERTANGGUNGJAWAB

 

Untuk menjadi pelajar cemerlang, pelajar perlu mempraktikkan dunia sebenar tanpa bergantung pada sekolah sepenuhnya. Pelajar sepatutnya:

  • Mempelajari bagaimana untuk hadir ke kelas tepat waktunya
  • Menceburkan diri dalam keadaan positif
  • Menguruskan masa dengan betul supaya mereka dapat menyelesaikan tugasan kerja sekolah tepat pada waktunya
  • Hadir ke kelas dengan keadaan bersedia

Guru perlu lebih tegas dalam mengingatkan pelajar untuk bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka sendiri.

 

Segelintir guru tidak membenarkan pelajar untuk mengambil bahagian di dalam kelas sehingga mereka menggantikan peralatan yang hilang atau meminjamnya dari orang lain. Ada juga yang memberi denda kepada mereka yang terlupa membawa peralatan. Contohnya, guru Geografi memaksa pelajar yang terlupa membawa peralatan melukis peta.

 

 

PELAJAR TIDAK SEHARUSNYA LUPA

 

Ada juga yang berpendapat, pelajar tidak seharusnya dipinggirkan daripada mengikuti pelajaran walaupun mereka sepatutnya bertanggungjawab atas kesalahan sendiri. Guru-guru ini akan membenarkan pelajar untuk menggunakan peralatan mereka.

 

Contohya, dengan membuat sistem tukar pensel dan kepunyaan berharga milik pelajar. Pada akhir pembelajaran, pelajar akan mendapatkan semula barang milik mereka, dan guru mendapatkan semula pensel kepunyaannya.

 

Ada guru yang meminjamkan pensel sebagai ganti dengan sebelah kasut pelajar. Ini adalah untuk memastikan mereka memulangkan semula barang yang mereka pinjam sebelum kelas bersurai.

 

 

SEMAK BUKU TEKS SECARA RAWAK

 

Kebanyakan guru tidak mempunyai buku teks lebih untuk meminjamkannya kepada pelajar. Ini bermakna, buku teks yang tertinggal akan menyebabkan pelajar berkongsi antara mereka.

 

Satu cara untuk memastikan mereka membawa buku teks ke sekolah adalah dengan sentiasa menyemak buku teks mereka. Anda boleh memberikan markah atau ganjaran kepada pelajar yang membawa buku teks. Contohnya seperti gula-gula.

 

 

MASALAH BESAR

 

Apa yang akan terjadi sekiranya anda mempunyai pelajar yang selalu tidak membawa buku teks ke sekolah?

 

Sebelum membuat keputusan bahawa pelajar ini malas dan terus merujuk kepada ibu bapa, cuba untuk mendalami masalah mereka terlebih dahulu. Sekiranya terdapat masalah untuk membawanya, cuba kemukakan strategi untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

 

Contohnya, jika mereka mempunyai masalah pengurusan diri, sediakan mereka senarai yang perlu dibawa ke sekolah. Sediakan senarai dalam bentuk hari atau minggu. Dalam kata lain, sekiranya ia melibatkan masalah di rumah, rujuk kepada kaunselor untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

 

 

Rujukan

What to Do If Your Students Come to Class Unprepared

 

Tag Cara Masalah

Prior knowledge

1.  Apakah yang anda akan lakukan sekiranya pelajar anda hadir ke kelas tanpa bersedia?

1. 

Apakah yang anda tidak patut lakukan untuk menggalakkan pelajar membawa peralatan ke sekolah?

Reflection

1.  Selain cara yang dicadangkan, apakah cara lain yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan pelajar daripada terlupa membawa peralatan ke sekolah?
Loading...
Load lesson