PENGENALAN
- Pengurusan Panitia adalah amat penting dan menjadi teras kepada pembangunan akademik (pengurusan kurikulum) di sesebuah sekolah.
- Peranan dan fungsi pengurusan panitia ialah dapat mengupayakan kualiti akademik dan dapat menjayakan pelaksanaan kurikulum di sesebuah sekolah.
- Mengurus sesbuah Panitia Mata Pelajaran memerlukan kemahiran, pengetahuan dan kewibaan kepimpinan sesorang Ketua Panitia.
- Meningkat atau menurunnya prestasi akademik mata pelajaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada pengurusan panitia.
TAFSIRAN PANITIA MATA PELAJARAN
Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.
TUJUAN PENUBUHAN PANITIA MATA PELAJARAN
Berikut adalah beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran:
- Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran
- Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
- Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi atau target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
- Mewujudkan semangat bekerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.
Dengan ini matlamat kewujudan panitia perlulah difahami dan dilaksanakan supaya prestasi akademik sekolah meningkat dari semasa ke semasa walaupun UPSR di sekolah rendah telah dimansuhkan. Walau bagaimanapun, prestasi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) masih tetap diteruskan dan perlu dianalisis untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui tentang pengurusan, tugas dan peranan ketua panitia, fungsinya serta lain-lain bolehlah upload Peranan dan Fungsi Panitia Mata Pelajaran / Pengurusan Panitia Mata Pelajaran dalam Google atau boleh klik link berikut:
- https://fdocuments.net>document
- https://gurubesar.my>Panitia
BAGAIMANA MENGURUS PANITIA MATA PELAJARAN YANG BERKUALITI?
Pengurusan oleh panitia mata pelajaran yang berkualiti perlu ada perkara-perkara seperti berikut:
- Pengurusan panitia mata pelajaran hendaklah diurus dengan kemas kini dan mudah diakses oleh pihak yang berkenaan seperti yang ditetapkan dalam Arahan perkhidmatan Bab 4: Fail Memail.
- Perlu juga mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986: Panitia Mata Pelajaran.
- Perlu merancang dan membincang program/aktiviti dengan sistematik dan berkesan.
- Ketua Panitia Mata Pelajaran yang dilantik perlulah seorang yang berpengalaman dan tinggi ilmu pengetahuan, mempamirkan penampilan diri yang aktif dan cemerlang
Ahli-ahli panitia mata pelajaran perlu sentiasa berkongsi idea dan tenaga supaya dapat membantu dan menyokong keberkesanan kurikulum/akademik sesebuah sekolah serta memastikan pelaksanaan kejayaan pembelajaran Abad ke 21.
BACAAN TAMBAHAN MENGENAI PENGURUSAN PANITIA BERKESAN BOLEH MERUJUK LINK BERIKUT:
PENGURUSAN PANITIA BERKESAN : https//www.slideshare.net>pengurusan
Rujukan:
- Panduan Pengurusan Mata Pelajaran PPK
- Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 2015
|