Motivasi Dalaman dan Luaran

Motivasi Dalaman dan Luaran

Share this post

Motivasi didefinisikan sebagai suatu keadaan dalam diri seseorang yang memberikan tenaga, lonjakan, dorongan, penafian untuk melakukan sesuatu tindakan atau kehendak emosi yang tercetus dari dalam diri seseorang tanpa disedari. Keperluan kepada motivasi amat penting kerana ia mempengaruhi minat, harapan, dan pelbagai lagi perkara yang seterusnya memastikan kejayaan suatu yang dilakukan. Pengekalan ini merujuk kepada motivasi dalaman (intrinsik) dan motivasi luaran (ekstrinsik).

 

MOTIVASI DALAMAN 

Seorang pelajar yang berjaya dalam proses pembelajaran Matematik biasanya digerakkan oleh motivasi dalaman. Motivasi dalaman ialah gerakan daripada dalam diri individu itu sendiri yang ingin melakukan sesuatu tanpa arahan atau dorongan sesiapa atas rasa kesedaran dan keinsafan diri sendiri. Motivasi dalaman yang tinggi biasanya memilih kerja atau penyelesaian masalah Matematik yang mencabar, dan bekerja untuk mendapatkan kepuasan diri. Mereka juga akan cuba menyelesaikan masalah Matematik yang lain, dan bukan hanya bergantung kepada guru.

 

MOTIVASI LUARAN

Motivasi luaran berkait rapat dengan konsep pengukuhan. Pengukuhan merujuk kepada satu bentuk sokongan moral dari luar seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya atau sesiapa sahaja yang dapat memberi dorongan kepada seseorang individu sama ada untuk belajar atau bekerja bersungguh-sungguh demi masa depan seseorang itu. Motivasi luaran biasanya kekal. Contohnya, pujian guru apabila pelajar telah berjaya menyelesaikan masalah pembelajaran Matematik; kaedah ini akan meningkatkan keupayaan dan pembelajaran. Tetapi jika terdapat cabaran semasa penyelesaian masalah kemungkinan pelajar tersebut akan putus asa dan meninggalkan terus masalah itu.

 

 

 

Tag Motivasi Intrinsik Ekstrinsik

Prior knowledge

1.  Apakah yang memotivasikan diri anda untuk melakukan sesuatu sebagai seorang guru?

1. 

Apakah yang dimaksudkan dengan motivasi luaran?

Reflection

1.  Pada pendapat anda, mengapakah motivasi secara luaran penting untuk melakukan sesuatu tindakan atau kehendak motivasi?
Loading...
Load lesson