Bola salji di sini tidak bermaksud menggunakan ais salji dan melemparkannya kepada orang lain sehingga mereka merasa sejuk. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan dapat dicipta dengan menggunakan kertas sebagai bola salji untuk sesi pengenalan atau untuk menyemak sesuatu pembelajaran bersama pelajar anda.
Permainan ini sangat berkesan untuk dilakukan dalam kumpulan pelajar. Ia juga boleh dimainkan dalam kumpulan besar seperti dalam bilik darjah atau mesyuarat persatuan. Anda boleh menggunakan permainan ini sebagai aktiviti kepada pelajar anda secara individu atau bahagikan mereka di dalam kumpulan.
LANGKAH UMUM
Kumpulkan kertas baru atau kertas yang sudah tidak digunakan (sekurang-kurangnya satu bahagiannya kosong). Kemudian, ikut langkah ini:
- Minta pelajar untuk bertanyakan soalan atau ayat dalam satu kertas.
- Remukkan/gumpalkan kertas tersebut menjadi bola salji.
- Baling berbola salji tersebut.
- Minta pelajar anda untuk mengambil bola salji yang lain dan minta mereka untuk menjawab soalan yang terdapat dalam bola salji itu.
SEBAGAI SESI PENGENALAN
Anda boleh menggunakan bola salji ketika sesi pengenalan bersama pelajar anda. Minta pelajar anda untuk menuliskan nama dan tiga fakta menarik tentang mereka. Kemudian gumpalkannya menjadi bola salji dan pilih satu secara rawak. Minta pelajar untuk membaca isi bola salji tersebut dan meneka siapakah empunya bola salji dengan bertanyakan beberapa soalan kepada pelajar lain.
UNTUK MENYEMAK PEMBELAJARAN
Anda boleh menggunakan bola salji untuk menyemak pembelajaran pada hari sebelumnya ataupun sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Minta pelajar anda untuk menyatakan fakta atau maklumat berkaitan topik yang anda ingin semak.
Anda boleh gunakan pelbagai isi untuk pelbagai keperluan. Contohnya:
- Tuliskan ayat/fakta dalam bola salji dan meminta pelajar anda untuk membacanya dengan kuat seperti Alexander Graham Bell merupakan orang yang mencipta telefon’.
- Tuliskan soalan dalam bola salji dan minta pelajar untuk menjawab soalan tersebut seperti ‘Siapakah yang mencipta telefon?’
Apabila pertarungan bola salji sudah berlaku, setiap pelajar memilih bola salji dan menjawab soalan yang terdapat di dalamnya. Pergerakan di dalam kelas juga membantu untuk mengekalkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan.
SELEPAS AKTIVITI
Anda perlu mengimbas kembali selepas aktiviti permainan bola salji bersama pelajar anda. Ini termasuklah:
- Sama ada semua topik telah dipelajari?
- Soalan manakah yang paling susah?
- Soalan manakah yang paling senang? Apakah cara untuk menambah baik soalan tersebut?
- Pahamkah anda terhadap pembelajaran yang dipelajari?
Rujukan
Play Snowball Fight to Break the Ice or Review Lessons
|