Di dalam suatu kelas, pasti terdapat salah satu kemungkinan. Sama ada mempunyai guru yang kreatif dan murid yang tidak kreatif atau mempunyai murid yang kreatif dan murid yang tidak kreatif. Jadi bagaimanakah anda sebagai seorang guru mengajar murid menjadi kreatif.
Kebanyakan manusia dikurniakan dengan sifat semula jadi untuk menjadi kreatif. Namun begitu, sifat kreativiti masih boleh diwujudkan dalam setiap individu melalui penerapan dan sokongan daripada orang lain. Oleh itu, peranan guru disini adalah untuk menyokong dan membantu kemahiran kreativiti ini di kalangan murid.
Berikut merupakan antara tips yang boleh dilakukan untuk mengajar murid menjadi kreatif:
- Persekitaran kreatif
- Aktiviti berkumpulan
- Mendedahkan dengan perkara kreatif
- Penggunaan Pinterest/Canva
- Kebebasan kepada pelajar
- Memberi contoh hasil kerja rakan
- Menghormati idea murid
- Pelbagaikan bahan
- Integrasi seni
- Menyediakan tugasan yang mencabar
- Menyediakan penyelesaian masalah
- Menggunakan ICT
- Menggunakan rujukan selain buku teks
PERSEKITARAN KREATIF
Guru memainkan peranan dalam menyediakan tempat atau persekitaran yang kreatif. Ini kerana persekitaran yang kreatif akan membantu membentuk cara berfikir yang kreatif. Sediakan suasana kelas yang kreatif seperti menyediakan ruang untuk meletakkan hasil kreatif pelajar di dalam kelas.
AKTIVITI BERKUMPULAN
Aktiviti berkumpulan dapat memupuk pelajar untuk mengenali idea dan hasil kreatif rakan yang lain. Ini kerana, idea yang dikumpul secara berpasukan atau berkumpulan akan menghasilkan hasil kerja yang lebih kreatif daripada individu.
MENDEDAHKAN DENGAN PERKARA KREATIF
Guru memainkan peranan untuk sentiasa mendedahkan pelajar dengan perkara yang kreatif. Contohnya, ketika mengajar tentang penggunaan jam dan waktu. Guru boleh menunjukkan jam yang dihasilakn sendiri dengan menggunakan piring kertas dan beberapa alatan lain.
PENGGUNAAN PINTEREST/CANVA
Terdapat banyak hasil kreatif yang telah dimuat naik di dalam Pinterest. Minta pelajar untuk melayari Pinterest dengan kawalan dan pantauan guru. Di Canva pula memudahkan pelajar untuk menyediakan hasil pembentangan yang menarik dalam bentuk grafik. Dengan ini, penggunaan internet dan telefon pintar dapat dioptimumkan untuk pembelajaran seperti ini.
KEBEBASAN KEPADA PELAJAR
Guru-guru dilarang untuk mengawal dan mengatur kebebasan pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif. Beri peluang dan masa yang mencukupi supaya pelajar dapat menghasilkan idea mengikut kreativiti sendiri.
MEMBERI CONTOH HASIL KERJA RAKAN
Guru dikehendaki memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan hasil kerja mereka kepada murid lain. Ini sekaligus dapat membantu mengembangkan idea murid tentang hasil kreativiti yang bakal mereka lakukan pada masa hadapan.
MENGHORMATI IDEA MURID
Ketika sesi pembentangan idea murid, elakkan untuk bertanya atau menyuarakan idea anda sebagai seorang guru. Ini kerana, kadang-kala murid akan berasa terkesan dengan komen daripada seorang guru, sekaligus menghalang murid untuk menjadi lebih kreatif. Minta pelajar untuk menjelaskan idea mereka tanpa menambah idea anda.
PELBAGAIKAN BAHAN
Walaupun memakan sedikit kos, namun penggunaan bahan yang banyak dapat menggalakkan hasil kreativiti yang lebih mantap. Contohnya ketika pembentangan, elakkan hanya menggunakan kertas kosong sebagai bahan. Gunakan juga lidi, pensel warna, pita, plastik, kayu da sebagainya.
INTEGRASI SENI
Integrasi seni dapat diwujudkan dengan menyediakan pelbagai kertas warna kepada murid. Boleh juga menggunakan kemudahan surat khabar sebagai bahan sokongan dalam menyediakan hasil kerja. Contohnya, ketika meminta murid menerangkan tentang kesalahan merokok di tempat awam, guru boleh meminta pelajar untuk mencari bahan di internet dan juga surat khabar dan kumpulkan ia di dalam suatu papan yang besar.
MENYEDIAKAN TUGASAN YANG MENCABAR
Disini guru memainkan peranan yang besar dimana guru perlu sentiasa menyediakan tugasan yang mencabar kepada murid. Tugasan yang mencabar dapat memberi cabaran kepada cara murid berfikir. Kaedah yang boleh digunakan adalah seperti menyediakan peraturan yang ketat, penggunaan bahan yang terhad, atau tempoh masa yang padat.
MENYEDIAKAN PENYELESAIAN MASALAH
Penyelesaian masalah dapat membantu mengembangkan minda murid untuk berfikiran lebih kreatif. Ini dapat membantu murid untuk berfikir di luar norma atau kebiasaan mereka.
MENGGUNAKAN ICT
ICT pada zaman kini menyediakan lebih banyak kelebihan. Jadi peluang untuk anda sebagai guru untuk memanfaatkan penggunaan ICT di kalangan murid. Minta mereka untuk mencari rujukan dan manfaat lebih banyak lagi dengan penggunaan ICT.
MENGGUNAKAN RUJUKAN SELAIN BUKU TEKS
Guru tidak seharusnya terikat dengan penggunaan buku teks. Guru seharusnya mencari idea daripada sumber luar untuk mewujudkan hasil kerja murid yang lebih kreatif.
Rujukan
17 Tips Mengajar Murid Untuk Menjadi Kreatif
|