Kemahiran Menaakul Secara Induktif
Terdapat banyak jenis kemahiran menaakul seperti penaakulan verbal, spatial, logikal, numerikal, abstrak, dan lain – lain lagi. Kemahiran logikal dapat dibahagikan kepada penaakulan induktif dan deduktif. Penaakulan induktif merujuk kepada dari spesifik kepada umum. Kebiasaannya, guru disarankan dengan contoh – contoh khusus sebelum murid dapat membuat kesimpulan umum. Di sini dikongsikan langkah yang boleh membantu murid menguasai kemahiran menaakul secara induktif dengan lebih baik.
Langkah Menerapkan Kemahiran Menaakul Secara Induktif
Sebelum guru mengikuti langkah – langkah dalam menerapkan kemahrian menaakul secara induktif, guru perlu mengenali ciri – ciri yang perlu dikenal pasti dalam menjayakan pedagogi ini. Berikut merupakan ciri – ciri pedagogi yang boleh diterapkan oleh guru dalam mengimplementasikan kemahiran menaakul secara induktif;
Rajah 1: Guru perlu memberi perhatian kepada ciri – ciri ini.
|
Langkah 1 – Meneliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik.
Murid dipersembahkan dengan beberapa contoh atau situasi yang khusus dan spesifik mengikut topik yang sedang dipelajari oleh mereka.
Langkah 2 – Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.
Guru membimbing murid untuk memerhatikan ciri atau pola yang sepunya bagi setiap contoh atau situasi yang telah dipersembahkan.
Langkah 3 – Buat satu kesimpulan atau rumusan.
Murid membuat kesimpulan atau rumusan dengan bimbingan guru.
Contoh 1 – Matematik
|
Semua jenis segi tiga mempunyai tiga sisi dan tiga bucu.
|
|
Contoh 2 – Sains
|
Haiwan yang memburu haiwan lain sebagai makanan mereka disebut sebagai haiwan karnivor.
|
|
Contoh 3 – Pendidikan Seni Visual
|
Gabungan dua warna primer menghasilkan satu warna sekunder yang baru.
|
|
|