Menerapkan Kemahiran Keselamatan Diri Dari Penderaan Seksual Dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Menerapkan Kemahiran Keselamatan Diri Dari Penderaan Seksual Dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Share this post

Penderaan Seksual

Penderaan seksual kanak – kanak merujuk kepada tingkah laku eksploitasi kanak – kanak untuk kepuasan seksual seorang dewasa atau seseorang yang umurnya lebih tua daripada kanak – kanak tersebut (Women’s Centre for Change, 2018). Tahukah anda bahawa 1 daripada 3 kanak – kanak perempuan dan 1 daripada 6 kanak – kanak lelaki akan didera secara seksual sebelum mereka berusia 18 tahun (Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 2019). 

Statistik polis pada tahun 2013 menunjukkan bahawa kumpulan terbesar yang melakukan sumbang mahram terhadap kanak – kanak ialah bapa kandung, diikuti oleh bapa tiri, abang, bapa saudara, sepupu, dan datuk. Pendera kebiasaannya lelaki manakala mangsa pula adalah kanak – kanak perempuan. Pun begitu, terdapat juga kes – kes yang mana pendera adalah lelaki manakala mangsa adalah kanak – kanak lelaki.  95% daripada pesalah seksual adalah dikenali oleh kanak – kanak. Manakala hanya 5% daripada mereka ialah orang yang tidak dikenali (Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 2019). 

 

Penerapan Kemahiran Keselamatan Diri Dalam Pendidkan Jasmani dan Kesihatan

 

Aktiviti sentuhan OK dan tak OK 

  1. Bincangkan dengan murid cara mereka boleh menggunakan tubuh badan bagi menyelamatkan diri jika mereka disentuh secara tidak senonoh, mengelirukan atau ada orang yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka. 
  2. Guru boleh tunjukkan kepada murid gambar yang menunjukkan aktiviti sentuhan yang OK dan Tak OK. 
  3. Panggil beberapa orang murid ke hadapan kelas untuk cuba melakonkan adegan yang melibatkan sentuhan. Contohnya:-
  • Ibu memeluk anda (sentuhan OK) 
  • Ayah memeluk anda (sentuhan OK) 
  • Abang cuba memasukkan tangannya ke dalam seluar anda (sentuhan Tak OK) 
  • Seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal, memberikan anda gula - gula dan mengajak anda menaiki motosikalnya (sentuhan Tak OK)

       4. Pada akhir aktiviti, guru membimbing murid untuk mmbuat rumusan perbincangan dengan mengulangi langkah keselamatan yang telah dibincangkan. Selangi contoh sentuhan yang OK dengan sentuhan yang Tak OK. 

       5. Aktiviti seperti ini akan membantu murid mengenal pasti sentuhan yang OK dan sentuhan Tak OK. Seterusnya memberi peluang kepada mereka meneroka langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan diri daripada situasi yang berisiko dan berbahaya. Hal ini seterusnya menolong murid untuk membina keyakinan diri murid dalam menangani situasi yang berbahaya.

 

Tubuh saya hak saya 

  1. Aspek penting dalam menerapkan keselamatan diri  dalam kalangan murid – murid adalah mengajar kanak – kanak tentang tubuh badan mereka dan juga membantu murid memahami dan menghormati tubuh mereka dan tubuh orang lain. 
  2. Guru perlu bimbing murid menggunakan perkataan yang betul untuk bahagian tubuh terutamanya bahagian sulit. Hal ini penting kerana pengetahuan dan keupayaan untuk mengenal pasti bahagian tubuh akan membolehkan murid menggunakan perbendaharaan kata yang tepat jika penderaan seksual berlaku. 
  3. Guru perlu ajar murid menggunakan istilah yang betul. Contohnya:
  • Faraj dan bukannya pok-pok
  • Punggung dan bukannya ‘bawah’

       4. Murid perlu diberi kesedaran bahawa tubuh mereka adalah hak mereka dan tiada siapapun yang berhak menyentuh mereka kecuali jika mereka mahu disentuh. 

       5. Guru perlu menerangkan kepada murid bahawa bahagian sulit mereka tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun melainkan atas tujuan kesihatan dan kebersihan dan mendapat kebenaran contohnya:

  • Doktor menyentuh anda untuk mencuci luka – atas sebab kesihatan
  • Doktor menyentuh zakar anda untuk tujuan bersunat – atas sebab kebersihan 
  • Ibu menyalin lampin bayi – atas sebab kebersihan

 

 

Rujukan: 

  1. Women’s Centre for Change (2018). Pakej Latihan Pencegahan Penderaan Seksual Kanak – Kanak: Bijak Itu Selamat. Georgetown, Pulau Pinang: Women’s Centre for Change
  2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2019). Kempen Keselamatan Tubuh Badan Kanak – Kanak (Body Safety Education). Georgetown, Pulau Pinang: Kerajaan Negeri Pulau Pinang

 

Tag Pendidikan seksual Pendidikan jasmani dan kesihatan mental health kesihatan mental

Prior knowledge

1.  Adakah anda tahu jika murid – murid anda mengalami penderaan seksual?
2.  Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti kanak – kanak yang didera secara seksual?

1. 

Dalam aktiviti sentuhan OK dan sentuhan Tak OK, boleh guru ikut sama melakonkan adegan?

Reflection

1.  Mengapakah murid perlu diajar dengan istilah anggota tubuh badan yang betul terutamanya untuk bahagian alat sulit mereka?
Loading...
Load lesson