Konsep Hari Dalam Budaya Iban
Sekolah – sekolah di kawasan pedalaman Sarawak menawarkan mata pelajaran bahasa Iban kepada murid – muridnya. Bahasa Iban diajarkan sebagai salah satu bahasa pilihan biarpun di sekolah – sekolah tersebut terdapat murid bukan Iban seperti Bidayuh, Kayan, Punan, Penan dan lain – lain. Konsep hari dalam budaya Iban disebut seperti berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Iban
Isnin
Hari satu
Selasa
Hari dua
Rabu
Hari tiga
Khamis
Hari empat
Jumaat
Hari lima
Sabtu
Hari enam
Ahad
Hari minggu
Rajah 1: Padanan bahasa Melayu kepada bahasa Iban
Konsep hari dalam budaya Iban boleh diadaptasi dan diintegrasikan ke dalam Matematik untuk mencari tempoh masa melibatkan hari.
Bahasa Melayu
Bahasa Iban
Nombor
Isnin
Hari satu
1
Selasa
Hari dua
2
Rabu
Hari tiga
3
Khamis
Hari empat
4
Jumaat
Hari lima
5
Sabtu
Hari enam
6
Ahad
Hari minggu
7
Rajah 2: Padanan bahasa Melayu kepada bahasa Iban kepada nombor
Antara contoh situasi ialah:
Rajah 3: Beberapa contoh soalan penyelesaian masalah harian
Di sini dikongsikan kaedah yang boleh membantu murid untuk mencari tempoh masa melibatkan hari dengan konsep hari dalam budaya Iban.
Mencari Tempoh Masa Melibatkan Hari Dengan Kondep Hari Dalam Budaya Iban
1. Dalam minggu yang sama
Rajah 4: Situasi 1
Bantu murid untuk kenal pasti masa mula dan masa tamat. Dalam Situasi 1, masa mula adalah hari Isnin manakala masa tamat adalah hari Jumaat.
Padanan hari bahasa Melayu ke bahasa Iban untuk hari Isnin ialah hari satu (1) manakala hari Jumaat adalah hari lima (5).
Untuk mencari tempoh masa, tolak masa tamat dengan masa mula. Jadi hari lima tolak hari satu (5 – 1).
Ingatkan murid bahawa mereka perlu tambah 1 bagi setiap pengiraan tempoh masa melibatkan hari. Jadi, 5 – 1 + 1. Kalang keluar ke bandar Miri selama 5 hari.
2. Melibatkan dua minggu berbeza
Rajah 5: Situasi 2
Bantu murid untuk kenal pasti masa mula dan masa tamat. Dalam Situasi 2, masa mula adalah hari Jumaat manakala masa tamat adalah hari Selasa minggu berikutnya.
Padanan hari bahasa Melayu ke bahasa Iban untuk hari Jumaat ialah hari lima (5) manakala hari Selasa adalah hari dua (2).
Memandangkan masa tamat adalah pada minggu berikutnya, tambahkan 7 pada masa tamat. Jadi, 2 + 7 = 9.
Untuk mencari tempoh masa, tolak masa tamat dengan masa mula. Jadi hari dua (9) tolak hari lima (5).
Ingatkan murid bahawa mereka perlu tambah 1 bagi setiap pengiraan tempoh masa melibatkan hari. Jadi, 9 – 5 + 1. Atik menghadiri seminar keusahawanan di Kuching selama 5 hari.
Tag
Sekolah Rendah
Masa
Waktu
Prior knowledge
1.
Bagaimana anda memudahkan murid anda yang berketurunan Iban memahami tempoh masa melibatkah hari?
2.
Apakah kaedah yang paling sesuai untuk membimbing murid mencari tempoh masa melibatkan hari?
1.
Hari minggu dalam bahasa Iban merujuk kepada hari?
Reflection
1.
Huraikan secara ringkas bagaimana konsep hari dalam bahasa Iban dapat digunakan bagi membantu murid mencari tempoh masa melibatkan hari.