Liveworksheet Aplikasi Alternatif

Liveworksheet Aplikasi Alternatif

Share this post

Apakah itu Liveworksheet?

Liveworksheet merupakan aplikasi yang menukarkan lembaran kerja yang biasa (Microsoft word, pdf, jpg dan sebagainya) menjadi interaktif. Ia juga merupakan aplikasi yang membolehkan pelajar menghantar semula tugasan yang telah siap kepada guru.  

Terdapat beberapa fungsi yang boleh digunakan seperti:

  • Lembaran Kerja Interaktif (Interactive worksheets) – lembaran kerja sedia ada yang telah dikongsikan oleh guru-guru yang mempunyai akaun Liveworksheet.
  • Membuat Lembaran Kerja Interaktif (Make interactive worksheets) – untuk membuat lembaran yang baru di muat naik mengikut kreativiti.
  • Membuat Buku Lembaran Kerja (Make interactive workbooks) – mengumpulkan lembaran kerja untuk dijadikan buku lembaran.

 

Langkah-langkah:

 

1. Taip ‘liveworksheet.com’ di carian Google.

 

2. Tekan ‘Teacher Access’ di sebelah atas kanan, kemudian tekan ‘Register’ untuk mendaftar akaun Liveworksheet.

 

3. Terdapat 3 fungsi yang boleh digunakan iaitu:

  • Interactive Worksheet
  • Make interactive worksheets
  • Make interactive workbooks

 

Muat naik fail berbentuk Microsoft Word

 

4. Tekan ‘Make interactive worksheet’ dan pilih ‘Get started’.

     

5. Muat naik fail soalan yang telah dibuat (fail Microsoft word, PDF, dan gambar). Pilih fail dan tekan ‘upload’.

 

6. Setelah fail dimuat naik. Masukkan jawapan yang betul dengan membuat kotak jawapan disebelah soalan.

 

Memuat naik fail berbentuk gambar

 

7. Tekan ‘Make interactive worksheet’ dan pilih ‘Get started’.

 

8. Muat naik fail soalan yang telah dibuat (fail Microsoft word, PDF, dan gambar). Pilih ‘choose’ untuk memuat naik fail dan tekan ‘upload’.

 

9. Terdapat 2 cara untuk mengisi jawapan.

  • Pertama ialah meletakkan kotak jawapan pada tempat kosong dimana pelajar boleh menaip jawapan.
    • Mengedit kotak jawapan:
      • Tekan ‘right click’ pada tetikus. Anda boleh mengubah suai jenis dan saiz fon dan warna kotak jawapan. Kemudian tekan ‘save changes’.

 

  • Kedua ialah ‘drag and drop’ dimana letakkan kotak jawapan ‘drop’ pada tempat kosong dan kotakkan ‘drag’ pilihan jawapan mengikut nombor yang sama.

   

Kongsikan dan melihat markah

 

10. Sekiranya ingin kongsikan, tekan ikon ‘share’ kemudian pilih ‘no, I want keep it pivate’ dimana hanya student sahaja yang dibenarkan buka. Seterusnya, masukkan tajuk mengikut soalan anda dan tekan ‘save’.

 

11. Terdapat dua pilihan untuk kongsikan soalan kepada pelajar.

  • Pertama ialah salin link tersebut dan berikan kepada pelajar.
  • Kedua, tekan ‘open worksheet’.

 

12. Terdapat bebrapa pilihan untuk kongsikan soalan seperti:

  • Add to Google Classrooms
  • Copy link
  • Share through whatsapps

 

13. Setelah pelajar menjawab soalan yang diberikan, pelajar akan tekan butang ‘Finish’. Kemudian minta pelajar pilih ‘email my answer to my teacher’, dimana guru boleh mengumpul data dan markah pelajar yang telah menjawab soalan tersebut. (pastikan guru berikan alamat email guru terlebih dahulu kepada pelajar untuk menghantar jawapan mereka).

 

14. Tekan ‘username’ di bahagian atas kanan.

 

15. Pada paparan ‘new notification’ terdapat data pelajar yang telah menghantar tugasan mereka.

 

Berikut merupakan video tutorial:

kredit : Cikgu Qza

 

Rujukan

Ubah Lembaran Kerja Biasa Menjadi Interaktif Dengan LIVEWORKSHEET

 

Tag PdPR tips

Prior knowledge

1.  Pernahkah anda menggunakan aplikasi Liveworksheet sebelum ini?

1. 

Antara berikut, yang manakah bukan fungsi yang terdapat dalam aplikasi Liveworksheet?

Reflection

1.  Apakah fungsi Liveworksheet yang anda faham dari perkongsian ini?
Loading...
Load lesson