Operasi Asas Matematik
Operasi asas matematik yang difokuskan dalam kurikulum Matematik sekolah rendah adalah tambah, tolak, darab, dan bahagi. Selain itu, operasi bergabung juga turut diajarkan kepada murid. Operasi bergabung bermaksud dua atau lebih operasi asas matematik dalam satu ayat matematik (number sentence). Kaedah KuDaBaToTa sering kali popular digunakan oleh guru – guru.
Kaedah KuDaBaToTa
Mengikut kaedah ini, dalam menyelesaikan ayat matematik yang melibatkan operasi bergabung, turutan dalam menyelesaikan ayat matematik adalah dari kiri ke kanan iaitu dimulakan dengan ‘Kurungan’ dan diakhiri dengan ‘Tambah’.
Rajah 1. KuDaBaToTa
|
Miskonsepsi dalam Kaedah KuDaBaToTa
Pun begitu, seringkali berlaku miskomunikasi dalam penyampaian kaedah ini dalam bilik darjah yang menyumbang kepada miskonsepsi dalam kalangan murid. Jika murid tidak memahami kaedah ini sudah pasti mereka bakal memberikan jawapan yang salah. Contohnya:-
Rajah 2. Contoh operasi I
|
Jika murid mengalami miskonsepsi dalam kaedah KuDaBaToTa, sudah pasti mereka memberikan jawapan bagi ayat matematik di atas dengan 18. Murid melakukan operasi tambah dahulu diikuti dengan operasi darab. Walhal jawapan yang betul adalah 37.
Rajah 3. Ku DaBa ToTa
|
Guru perlu membimbing murid untuk mengasingkan operasi – operasi asas matematik ini kepada ‘keluarga’ berbeza. Darab digandingkan dengan bahagi manakala tolak digandingkan dengan tambah. Oleh itu, terdapat tiga ‘keluarga’ dalam kaedah ini dan penyelesaian ayat matematik bagi operasi bergabung adalah mengikut turutan ‘keluarga 1’ hingga ‘keluarga 3’. Misalnya, bagi soalan berikut:
Rajah 4. Contoh operasi II
|
Murid perlu menyelesaikan operasi darab dahulu. Hasil darab kemudiannya ditambah dengan 5.
Rajah 5. Contoh operasi III
|
Tambah dan tolak adalah daripada keluarga yang sama, maka operasi asas ini boleh diselesaikan mengikut turutannya iaitu dimulakan dengan tambah dan diikuti dengan tolak.
Kata Kunci: Sekolah Rendah, Operasi bergabung
|