Apakah itu flipped classroom?
‘Flipped Classroom’ atau ‘Kelas Terbalik’ merupakan satu konsep pedagogi yang menggunakan teknologi seperti video dalam memberikan pembelajaran di luar bilik darjah menakala tugasan, aktiviti dan konsep disediakan di dalam kelas melalui pembelajaran. Ia adalah satu kaedah yang berlawanan dengan kaedah pengajaran tradisional.
Konsep aktiviti pra sesi:
Dimana guru memberi video kepada pelajar sehari sebelum menjalankan kelas. Pelajar akan menonton video tersebut semasa berada di rumah. Keesokan harinya, pada sesi pembelajaran hanya dihabiskan untuk membincangkan kandungan video. Interaksi pelajar adalah norma corak pembelajaran ini di mana mereka akan membantu antara satu sama lain dengan melakukan perbincangan, kerja projek atau menyelesaikan tugasan latihan yang diberi.
Kelebihan Flipped Classroom
1. Menggalakkan pelajar belajar secara kendiri
Dengan menonton video membolehkan pelajar belajar secara kendiri dimana pelajar boleh memainkan semula video tersebut sekiranya ketinggalan.
2. Meningkatkan penglibatan pelajar
Pelajar akan melakukan aktiviti seperti perbincangan, kerja projek atau tugasan bersama rakan kelas sekaligus dapat meningkatkan kemahiran interaksi di antara pelajar.
3. Bahan rujukan kepada pelajar
Bukan hanya pelajar yang dapat memanfaatkan sepenuhnya kandungan dalam talian. Ibu bapa juga mempunyai akses sepanjang masa terhadap topik tersebut. Dengan menggunakan kaedah ini, ia juga dapat mengurangkan kebimbangan ibu bapa dimana pelajar boleh memainkan semula video tersebut untuk menghadapi ujian sekiranya tidak dapat menghadiri kelas kerana sakit.
Contoh aktiviti Flipped Classroom:
1. Aktiviti penyelesaian masalah
Ini adalah aktiviti yang dapat membantu pelajar menangani masalah mereka di dalam kelas. Dimana ia menggalakkan perbincangan dengan rakan sebaya, guru hanya membantu sekiranya pelajar tidak faham terhadap sesuatu topik.
2. Aktiviti “Think-Pair-Share”
Think - Pelajar akan berusaha sendiri untuk memahami dan mengeluarkan idea mereka secara bertulis.
Pair - pelajar akan membuat perbincangan di antara kumpulan mereka.
Share - guru akan mengumpulkan maklumat dari setiap kumpulan dan membuat perbincangan pada seluruh kelas. Pendekatan ini membolehkan pelajar memahami konsep terhadap topik yang dibincangkan.
3. Peta Konsep
Pelajar boleh melakukan aktiviti secara individu atau berkumpulan untuk melakar peta konsep. Ia akan membantu pelajar untuk merapatkan jurang pemahaman konsep topik tersebut.
Oleh itu, pendekatan Flipped Classroom memerlukan usaha dan dedikasi yang tinggi dari kedua-dua pihak guru dan pelajar untuk mengekalkan pengetahuan pelajar.
Tag
Classroom
Reflection
1.
Bagaimanakah anda akan menerapkan flipped classroom di dalam bilik darjah?