Komunikasi dan Bahasa Matematik

Komunikasi dan Bahasa Matematik

Share this post

Bahasa Matematik boleh dikatakan sebagai bahasa kedua bagi seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti Kantonis, Tamil, Melayu dan Inggeris. Ini disebabkan dalam tahap perkembangan pengetahuan kanak-kanak, mereka akan mempelajari bentuk, saiz, ruang, jarak, pola, warna dan masa. Di peringkat lebih tinggi, pelajar menggunakan bahasa Matematik dalam proses pemikiran seperti mengumpul dan menganalisis sesuatu maklumat.

Dalam proses menyelesaikan masalah berbentuk ayat, pelajar bukan sahaja memerlukan kemahiran mengira malah mereka harus mampu untuk mengenal pasti bahasa Matematik yang digunakan, memahami tatabahasa dan struktur bahasa yang ada dan juga boleh membuat hubungan dan refleksi terhadap jawapan.

Melihat fenomena di Malaysia, di peringkat sekolah rendah lagi pelajar-pelajar daripada pelbagai bangsa dan keturunan dilatih dan diajar untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dan juga sebagai bahasa dalam proses menyelesaikan masalah Matematik. Guru memainkan peranan menggalakkan pelajar menyatakan idea mereka mengikut latar belakang budaya masing-masing.

Bahasa ibunda (bahasa pertama), bahasa pengajaran dan pembelajaran, dan bahasa Matematik itu sendiri memainkan peranan yang utama dalam pemahaman pelajar. Sebagai contoh dalam bahasa Inggeris perkataan factor dan product mempunyai maksud yang berbeza dalam konteks bahasa pertuturan dan bahasa dalam Matematik.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pendidikan bahasa Matematik anak-anak. Contohnya, biasanya ibu bapa mengatakan kepada anak-anak bahawa belon atau bola berbentuk bulat. Bola dan belon dari segi bahasa Matematik yang sebenar berbentuk sfera. Oleh itu, situasi ini harus dielakkan supaya proses mendidik menjadi lebih mudah dan jelas. 

Guru juga wajar mengaitkan pengalaman lalu pelajar tentang perkataan atau ungkapan Matematik. Perkataan baru diperkenalkan kepada pelajar memerlukan latihan dan penekanan dari sebutan, ejaan, dan makna serta aplikasinya dalam menyelesaikan masalah Matematik. 

 

Antara ciri yang menjadi laras bahasa matematik itu adalah seperti berikut:

 

 

Bahasa ilmiah biasanya bersifat begitu formal. Tidak dinafikan bahasa yang tinggi sifat formalnya sedikit sebanyak akan mengganggu proses pemahaman bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang ilmu Matematik dan laras bahasa Matematik. Satu lagi gaya yang dianggap tidak begitu formal ialah gaya separuh peribadi, atau yang dipermudah. Contoh:

  1. Apakah persamaan dan perbezaannya?
  2. Bentuk atau gaya mana yang sesuai? Mengapa?
  • Bacaan meter sebuah teksi ialah 8745 km. Jika teksi itu membuat 12 perjalanan yang setiap satunya 75 km, cari bacaan baru meter teksi itu.
  • 2.5 kg tepung diperlukan untuk membuat 5 biji kek yang sama saiznya. Berapa banyakkah tepung yang diperlukan?

Setiap istilah memberikan makna yang khusus. Maka, adalah sukar bagi proses pengajaran dan pembelajaran hendak dijalankan dengan berkesan jika pelajar dan guru tidak boleh menguasai bahasa Matematik dengan baik.


 

 

Tag Bahasa Istilah Komunikasi Pasif Songsang

Prior knowledge

1.  Bagaimanakah cara anda menerangkan sesuatu istilah Matematik yang baru kepada pelajar anda?

1. 

Contoh yang berikut merupakan laras bahasa Matematik bagi:

Harga sebuah buku ialah RM1. Cari harga bagi 7 buah buku.

Reflection

1.  Berikan satu contoh bagi ayat pasif dalam laras bahasa Matematik.
Loading...
Load lesson