Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja

Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja

Share this post

PENGENALAN

  • Komunikasi berkesan amat penting dalam era globalisasi demi untuk melengkapkan segenap kehidupan manusia. 
  • Situasi bekerja memerlukan kita untuk berkomunikasi di antara satu sama lain tidak kira sama ada pelanggan, ketua bahagian, rakan sekerja ataupun rakan perniagaan. 
  • Secara amnya, kemahiran ini perlu diperkasakan bagi meningkatkan produktiviti & prestasi di tempat kerja bagi mencapai misi dan visi organisasi.
  • Hal ini adalah kerana melalui komunikasi berkesan membolehkan dunia informasi dapat disampaikan dan disebarkan ke serata pelusuk dunia.
  • Seseorang yang memiliki komunikasi berkesan di tempat kerja adalah diklasifikasi sebagai kompetensi yang wajib dimiliki bagi setiap anggota pekerja.
 

APA ITU KOMUNIKASI?

  • Komunikasi ialah proses seseorang menghantar dan menerima mesej. Manusia berkomunikasi untuk berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasan. 
  • Komunikasi berlaku melalui proses berinteraksi antara manusia, yang mana ramai orang bertutur, bertukar pendapat, gerak, isyarat atau  simbol. 
  • Hal ini bertujuan untukmemberi dan bertukar-tukar maklumat, atau mengubah keadaan fizikal dan mental.
 

APA ITU KOMUNIKASI BERKESAN?

  • Komunikasi berkesan ialah proses yang mana mesej yang disampaikan difahami dengan jelas dan tepat oleh pendengar atau penerima.
  • Makna mesej yang disampaikan melalui komunikasi berkesan mudah difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
  • Mesej yang disampaikan dalam komunikasi berkesan juga mempunyai kos-efektif.

 

https://lh3.googleusercontent.com/dAwKOCWJ5hDYnQvowHQabU-yi0NayIZRTCuDtn_8LQxMGBlGGn4jLjCglYehFAy4IIruRg=s113  

Komunikasi di tempat kerja:slideshare.net 

 

  https://lh3.googleusercontent.com/VHy6caVz4UfCz-Dt9BbVv0DF1qgHAHGIoYr_G9qyJbWHBydlJjGoeKIg7WTdbMRnIVIDhA=s113

Kemahiran Komunikasi di tempat kerja: ms.kyaaml.org


 

CIRI-CIRI KOMUNIKATOR YANG BAIK, BERKESAN DAN EFSIEN

 
  • Komunikasi yang mesra, baik dan berkesan akan mewujudkan hasil perhubungan yang terjalin.
  • Antara ciri-ciri komunikator berkesan ialah:
  1. Dapat mengawal perilaku dan menunjukkan kesopananserta kehalusan budi pekerti semasa berkomunikasi.
  2. Dapat membentuk akal dan pancaindera untuk mengetahui dan mengenali apa sahaja yang wujud sebagai realiti. 
  3. Dapat menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas serta tekanan suara yang lembut tetapi jelas.
  4. Dapat menggelakkan diri daripada menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang ramai seperti bertanya tentang masalah kewangan dan hal peribadi.
  5. Dapat mengawal mimik muka dan pergerakan diri daripada perkara-perkara yang boleh memberikan makna bahawa kita tidak menyenangi dengan keadaan dan kehadiran orang lain di tempat kerja.
  6. Dapat sentiasa membantu dan memahami serta menyelesaikan masalah orang lain asalkan tidak melanggar peraturan.
 

LANGKAH-LANGKAH / KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN

 

1. ATUR DAN NYATAKAN ISI KANDUNGAN

  • Nyatakan objektif
  • Senaraikan apa yang hendak disampaikan
  • Nyatakan apa matlamat sebenar

 

2. NILAIKAN KEFAHAMAN SERTA PERSETUJUAN SEBENAR

  • Timbangkan keadaan, perasaan, lokasi. masa serta suasana peserta

 

3. TENTUKAN KAEDAH YANG SESUAI

  • Gunakan bahasa yang sesuai
  • Pilih kaedah yang sesuai seperti memo, mesyuarat atau pekeliling
  • Gunakan alat lain seperti carta dan rajah

 

4. HANTAR MAKLUMAT

  • Gunakan nada ,tone atau mimik muka.

 

5. PASTIKAN MAKLUMAT DITERIMA

  • Maklumat yang diterima oleh pendengar hendaklah jelas dan tanpa keraguan.

 

6. BERSEMUKA (EYE-CONTACT)

  • Bersemuka adalah penting yang merupakan perhubungan mata yang menjadikan mesej disampaikan dengan jelas.

 

7. GUNAKAN PERKATAAN ATAU BAHASA YANG SPESIFIK DAN MUDAH DIFAHAMI

  • Elakkan menggunakan perkataan yang mempunyai dua makna dan susah difahami.

 

8. BERI PELUANG UNTUK PENDENGAR BERTANYA ATAU MEMINTA PENJELASAN

  • Beri peluang kepada pendengar bertanya atau meminta penjelasan terutama bagi sesuatu mesej jika pendengar belum menerima mesej yang sama.
 

KESAN KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi berkesan akan memberi impak seperti berikut:

  1. Persefahaman atau Lebih Memahami
  2. Puas Hati
  3. Pengaruh Tingkah Laku
  4. Memperbaiki atau Baik Pulih Hubungan
 

BAHASA KOMUNIKASI BERKESAN YANG SESUAI DI TEMPAT KERJA

 
  • Berikut adalah beberapa perkara yang berkaitan dengan bahasa yang sesuai digunakan di tempat kerja. Jika prinsip-prinsip berikut diamalkan di tempat kerja, rakan sekerja akan mempunyai tanggapan yang anda seorang bersifat professional dan bersopan santun.
  • Penggunaan bahasa standard dan ikut peraturan bahasa amat diperlukan di tempat kerja sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan.
  • Antara prinsip-prinsip yang perlu diikuti ialah:
  1. Guna tahap bahasa yang formal di tempat kerja. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keprofesionalan pada setiap masa.
  2. Elakkan menggunakan kata-kata atau bahasa yang kurang enak di dengar di tempat kerja seperti bahasa lucah atau bahasa makian.
  3. Elakkan komen berat sebelah atau menghina semasa berbual atau berbincang di tempat kerja. Kata-kata kesat perlu dielakkan sama sekali.
  4. Sentiasa bersopan santun di tempat kerja. Perhubungan yang lebih baik dengan rakan sekerja di pejabat boleh diperolehi sekiranya amalan bersopan santun kerap diamalkan.

 

https://lh3.googleusercontent.com/rf4-bi_aX_nY3UiJcteZddr-PZ_8ymYf7AQNMWg0VLTK8g_487E5Y6H-L1i-qZsUpGXlSg=s120

Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja (cohive.space)

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

 

https://lh3.googleusercontent.com/q-nHZY6bxc0wmsRNCQFSVu-GDwYvA-aIyxV4gAtVVXduiovHCWTscuzp-8CAkJdsoeRo-BM=s152

anyflip.com

 

CONTOH LARAS BAHASA BAGI 

KOMUNIKASI BERKESAN

 

https://lh3.googleusercontent.com/_7qpdj0F8yjzZUe1EI1zd4wxDemT0SWBEKv5-jDBd2lYTW675qK27m9Mkw1vJ6KTmFeB=s117

Berbagai Laras Bahasa dan Contohnya (fiaadventy.blogspot.com)


 

SEBAHAGIAN CONTOH KOMUNIKASI BERKESAN MENGGUNAKAN LARAS BAHASA YANG BETUL DAN SOPAN DALAM PERTUTURAN: 

 
  1. MAAF TUAN, BOLEH SAYA JUMPA ESOK
  2. MAAF PENGERUSI, SAYA TIDAK DAPAT HADIR KE MESYUARAT YANG AKAN DIADAKAN PADA MINGGU HADAPAN.
  3. SAYA INGIN MERAKAMKAN TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN SEMUA.


 

KESIMPULAN

  • Secara amnya komunikasi amat penting dan memainkan peranan yang begitu besar di tempat kerja. Impaknya ialah akan menyuntik keseronokan bekerja dalam kalangan pekerja, tidak stress melaksanakan tugas dan akan meningkatkan produktiviti bekerja.
  •  Komunikasi berkesan mampu menjalinkan bentuk hubungan antara dua atau lebih orang manusia. 
  • Manusia yang tidak berkomunikasi tidah mempunyai hubungan dengan sesiapa pun dan apa cara sekali pun.
  • Komunikator yang boleh berkomunikasi dengan berkesan di tempat kerja dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan mudah difahami oleh pendengar.
  • Justeru, komunikasi yang berkesan di tempat bekerja dapat melahirkan individu yang berilmu, berketrampilan dan berkeyakinan.
  • Akhirnya, layan orang lain sebagaimana anda mahu oang lain melayani anda.

 

 

 

Rujukan:

  1. Komunikasi Berkesan, Hishammudin Ahmad Cupdf.com/document/l.html,  
  2. Komunikasi Berkesan, Amir Aris, Ahmad Rozelan Yunus,Phd.Academia.edu_files


 

 

Tag Komunkasi

Prior knowledge

1.  Mengapa komunikasi berkesan diperlukan di tempat kerja anda?
2.  Nyatakan ciri-ciri komunikator yang berkesan yang anda ketahui?

1. 

Apakah impak komunikasi berkesan yang dikongsikan ini?

Reflection

1.  Huraikan secara ringkas langkah-langkah komunikasi berkesan yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson