Komen pada kad laporan (report card ) adalah untuk memberikan maklumat tentang kemajuan dan tahap pencapaian pelajar. Ia sepatutnya memberikan ibu bapa atau penjaga gambaran yang jelas tentang apa yang telah dikecapi oleh pelajar, atau apa yang harus dilakukan untuk penambahbaikan masa depan.
Guru kebiasaannya menghadapi masalah dalam memberikan komen yang unik dalam kad laporan pelajar. Untuk membantu anda mengatasi masalah tersebut, gunakan ayat-ayat ini sebagai pelaporan anda.
KATA-KATA POSITIF
Gunakan ayat-ayat ini untuk memberikan komen yang positif berdasarkan pencapaian pelajar dalam subjek bahasa.
1. Bacaan
Membaca dengan penuh semangat
Memanfaatkan penggunaan pusat sumber sepenuhnya.
Menggunakan ayat dan gambar untuk meneka/memastikan.
Memilih untuk membaca buku ketika waktu lapang.
Membawa pulang buku daripada pusat sumber.
Membezakan buku yang ditulis oleh penulis yang sama di hadapan pelajar lain.
Memilih bahan bacaan mencabar yang bersesuaian.
Mempunyai sikap yang baik ketika membaca buku.
Membaca dengan penuh ekspresi.
Mempunyai kefahaman dan kemahiran membaca buku.
Telah menghabiskan bacaan sehingga tajuk tertentu.
2. Penulisan
Memilih untuk menulis di dalam kelas ketika waktu lapang
Berkongsi hasil penulisan mereka dengan pelajar lain di dalam kelas.
Menulis dengan jelas.
Merupakan penulis yang kreatif.
Mempunyai idea-idea yang baru, jelas dan bergaya di dalam penulisan.
Tulisan tangan yang jelas dan mudah untuk dibaca.
Bijak dalam menulis nota yang disampaikan oleh guru.
Mempunyai banyak idea dan cerita yang menarik.
Berjaya mengembangkan watak dalam cerita yang ditulis.
Berjaya menyunting cerita agar lebih menarik.
Berjaya menulis dalam pelbagai jenis cerita.
Menyusun penulisan dengan baik.
Menggunakan sepenuhnya kemahiran dalam penulisan.
Memberikan sepenuh tumpuan dan masa terhadap penulisan.
3. Kemahiran Analitikal
Bijak menganalisis perlakuan watak.
Bijak menganalisis plot cerita.
Membanding dan membezakan idea.
Membetulkan tindakan diri.
Dapat bertanyakan soalan provokasi.
Dapat menggunakan imaginasi.
Berusaha untuk menjadi lebih tepat.
Berjaya menjelaskan diri sendiri.
Berjaya menerangkan maksud daripada maklumat yang diberikan.
Berkebolehan menggunakan kamus.
Sedang belajar membuat penyelidikan secara individu.
4. Tatabahasa dan Kosa Kata
Mengenal perkataan yanggsukar.
Menggunakan kata imbuhan pada ejaan.
Mengeja perkataan yang sukar.
Menggunakan tatabahasa yang betul.
Menggunakan kosa kata yang tepat.
5. Kemahiran Lisan
Merupakan penyumbang terbesar semasa sesi perbincangan.
Menghasilkan laporan yang menunjukkan pengetahuan dan kemahiran.
Bercakap dengan jelas di dalam kelas.
Mendengar dan berkongsi pendapat ketika sesi perbincangan dan pembentangan di dalam kelas.
Berkomunikasi dengan tepat.
Menceritakan semula cerita dengan menggunakan ayat yang betul.
Berani berkomunikasi di dalam kumpulan.
Merupakan penonton yang baik ketika sesi pembentangan.
6. Lain-Lain
Cepat menguasai kemahiran asas.
Menunjukkan keyakinan dan peningkatan.
Menunjukkan penambahbaikan.
Menunjukkan minat yang sangat tinggi dalam.
Berjaya menunjukkan usaha keras dan meningkatkan kemajuan.
Berjaya meningkatkan diri dalam semua bidang.
Berjaya menghasilkan kerja tambahan.
PERLU PENINGKATAN
Dalam sesetengah kad laporan memerlukan anda untuk bersikap terus terang mengenai prestasi pelajar. Gunakan ayat-ayat di bawah ini bagi menukarkan komen anda kepada komen yang membina.
1. Bacaan
Tidak menggunakan pusat sumber.
Tidak memilih untuk membaca dan menulis sebagai aktiviti di masa lapang.
Menunjukkan sedikit perhatian terhadap bahan cetakan, tetapi hanya dalam bentuk gambar.
Mempunyai masalah untuk fokus ketika mendengar cerita.
Tidak rasa seronok membaca buku.
Memerlukan pelajar untuk membaca buku di rumah selama 20 minit.
Masih membuat pembetulan terhadap perkataan, ayat atau huruf.
Teragak-agak untuk bercerita di dalam kelas.
Mempunyai kepayahan dalam memahami jalan cerita.
Mempunyai masalah untuk memahami apa yang dibaca.
Perlu memilih buku pada tahap yang sama atau yang lebih rendah.
Memilih buku yang terlalu sukar untuk dibaca.
Perlu mengambil masa untuk berfikir tentang apa yang dibaca.
Hanya membaca sepintas lalu tanpa memberi tumpuan kepada perkara penting.
Tidak berupaya untuk menceritakan semula cerita dengan tepat dan jelas.
2. Penulisan
Tidak sanggup untuk menulis semula atau melakukan perubahan cerita,
Tidak menyunting kerja dengan sebaiknya,
Mempunyai masalah ejaan.
Memerlukan pelajar untuk menyemak tulisan sebelum menghantar tugasan.
Memerlukan pelajar untuk mereka cerita yang lebih realistik.
Terlupa menggunakan huruf besar dan tanda baca.
Jalan cerita kekurangan di bahagian awal, tengah dan penutup.
Mempunyai masalah untuk meletakkan idea di dalam penulisan.
Memerlukan pelajar untuk menambah idea yang lebih terperinci.
Tulisan tangan menentukan pelajar dalam keadaan tergesa-gesa.
Boleh menambah baik penulisan dengan memasukkan maklumat dengan lebih terperinci.
Penulisan kekurangan tatabahasa.
3. Kemahiran Analitikal
Tidak berjaya menentukan pengakhiran cerita.
Tidak menggunakan sepenuhnya penggunaan kamus dan rujukan lain.
Tidak menggunakan pusat sumber sepenuhnya.
4. Tatabahasa dan Kosa Kata
Mempunyai masalah menggunakan perkataan yang sukar.
Mempunyai kosa kata yang terhad.
Perlu penambahbaikan tatabahasa dan kosa kata.
Mmepunyai masalah menggunakan strategi membaca.
Perlu untuk fokus penggunaan tatabahasa.
Teragak-agak menggunakan perkataan disebabkan ejaan.
5. Lain-Lain/Penyertaan
Mempunyai masalah untuk bercakap di hadapan pelajar lain.
Mempunyai masalah untuk fokus ketika mendengar cerita.
Mempunyai masalah untuk fokus menyiapkan tugasan.
Sering putus asa.
Sering bercakap ketika mendengar pelajar lain membentangkan idea mereka.
Memerlukan pelajar untuk bekerja secara individu.
Rujukan
Strong Report Card Comments for Language Arts
Tag
Laporan
Komen
Positif
Prior knowledge
1.
Mengapakah pentingnya komen yang bagus dalam kad laporan pelajar?
1.
Yang manakah antara berikut merupakan komen untuk pelajar yang memerlukan peningkatan?
Reflection
1.
Berikan satu contoh untuk menilai penulisan pelajar dengan komen yang positif?