Kemahiran Berguna Yang Perlu Dimiliki Oleh Guru Moden

Kemahiran Berguna Yang Perlu Dimiliki Oleh Guru Moden

Share this post

 

Mengajar anak muda kita boleh menjadi pilihan kerjaya yang memuaskan namun mencabar. Anda memerlukan pelbagai kemahiran, serta ditambah dengan pengetahuan dan pengalaman agar ianya dapat digunakan dengan berkesan di tempat kerja. Untuk menjadi seorang guru yang sesuai dengan kemodenan abad ke-21, terdapat beberapa kemahiran berguna yang perlu anda miliki. Walaupun kesabaran merupakan kemahiran utama yang perlu dimiliki, namun artikel ini tidak hanya akan membincangkan tentang kesabaran sahaja. Artikel ini juga akan membincangkan tentang kesesuaian diri terhadap teknologi baru dan langkah untuk mengurus reputasi secara dalam talian ketika pertengahan era media sosial ini.

 

1. Kesabaran

Kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh setiap guru adalah kesabaran. Kesabaran amat diperlukan apabila pelajar menjadi aktif di dalam kelas. Kemahiran ini juga dapat membantu anda menjalani kehidupan harian di sekolah dengan tenang.

 

2. Memahami Teknologi Baharu

Kita berada di era digital. Sejak lima tahun kebelakangan ini, kita telah melihat pelbagai kemajuan besar dalam teknologi pendidikan, dan ianya akan terus berkembang dengan pesat. Anda bukan sahaja perlu  mengikuti perkembangan teknologi terkini, tetapi anda juga harus mengetahui alat digital yang bersesuaian untuk digunakan bersama pelajar ketika kelas berlangsung.

 

3. Imaginasi Kreatif

Perkara paling berkesan yang boleh digunakan oleh guru adalah imaginasi mereka. Dengan melaksanakan ‘Common Core State Standards’ (CCSS) di bilik darjah, banyak guru mendapati bahawa mereka perlu menggunakan imaginasi mereka lebih daripada sebelumnya. Guru perlu menjadi kreatif dan memikirkan cara-cara unik untuk memastikan penglibatan pelajaran dalam pembelajaran.

 

4. Kerjasama

Antara kemahiran penting dalam menjadi guru adalah dapat memberikan kerjasama sebagai satu pasukan. Perkara ini lebih dikenali sebagai "pengajaran berpasukan." Apabila anda bekerjasama sebagai satu pasukan, ianya akan memberi pelajar peluang yang lebih baik untuk belajar dengan cemerlang.

 

5. Mengurus Reputasi Dalam Talian

Di zaman moden ini, kebanyakan guru menggunakan platform secara dalam talian. Ini bermaksud bahawa anda mempunyai "reputasi dalam talian." Guru moden perlu mengetahui kaedah mengurus reputasi dalam talian mereka dan rangkaian sosial yang bersesuaian untuk digunakan.

 

6. Komunikasi

Anda bukan sahaja perlu berkomunikasi dengan pelajar, tetapi anda juga harus mengetahui cara berkomunikasi dengan baik bersama ibu bapa dan kakitangan sekolah. Hal ini kerana anda akan menghabiskan sepanjang hari untuk berkomunikasi dengan pelajar dan kakitangan di sekolah. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara berkomunikasi dengan jelas dan ringkas. Jika tidak, anda harus mengikuti kursus dan juga perlu meningkatkan kemahiran komunikasi anda.

 

7. Kebolehsuaian

Mampu menyesuaikan diri adalah kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap guru, sama ada anda seorang guru moden atau tidak. Guru perlu menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran pelajar, tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam kelas, rancangan pelajaran, dan sebagainya. Perkara ini perlu dilaksanakan dengan kesabaran yang tinggi.

 

 

Rujukan

10 Useful Skills Modern Teachers Need

 

Tag Kemahiran Moden

Prior knowledge

1.  Pada pendapat anda, apakah kemahiran yang perlu ada pada seseorang guru?

1. 

Guru perlu menjadi kreatif dan memikirkan cara-cara unik untuk memastikan penglibatan pelajaran dalam pembelajaran tergolong dalam kemahiran?

Reflection

1.  Berikan contoh cadangan kemahiran lain yang perlu ada pada seseorang guru selain daripada cadangan yang dikemukakan.
Loading...
Load lesson