Keberkesanan Diri

Keberkesanan Diri

Share this post

PENGENALAN

  • Pengurusan Diri merupakan proses memaksimumkan masa dan kebolehan seseorang. Tujuannya ialah untuk mencapai matlamat yang memberi manfaat dan menguntungkan dalam kehidupan. Hal ini berasaskan kepada satu system nilai yang mulia (arif).
  • Pengurusan diri merupakan proses yang berterusan. Proses ini bukan sesuat perkara yang dilaksanakan secara sekali atau sekali sekala.
  • Masa dan kebolehan merupakan aspek sumber peribadi yang unik yang hanya kita sendiri yang boleh menguruskannya.
  • Aspek matlamat yang menguntungkan pula merupakan hasil usaha kita sendiri iaitu berdasarkan Key Performance Indicator (KPI)  atau pencapaian yang telah kita rancang. Dengan itu, untuk menghasilkan keuntungan, aspek matlamat mesti berdasarkan satu system yang mulia (arif).
  • Akhir sekali, kita perlu bergerak ke arah satu sistem yang kita nilaikan. Oleh itu, pemahaman nilai peribadi kita adalah amat penting dan kritikal untuk proses pengurusan diri.
 

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI

Terdapat lima langkah untuk pembinaasn kemahiran pengurusan diri agar menjadi insane yang lebih berkesan dan yakin pada diri sendiri. Langkah-langkah tersebut ialah:

  • Memahami Perspektif
  • Memahami Tujuan
  • Memahami Personaliti
  • Memahami Perancangan
  • Memahami Produktiviti
 

HURAIAN LANGKAH:


Memahami Perspektif
  • Perspektif ialah sikap kita mengenai jumlah kawalan yang terdapat pada kita terhadap kehidupan. Ada kalanya kita berasa kurang berupaya dan binggung terhadap tuntutan dunia  (bersikap pesimis)
  • Tindakan untuk mengatasi perkara ini ialah dengan menyenaraikan aktivti atau kejadian dalam sekeping kertas menggunakan bentuk kotak. Catatkan aktiviti atau kejadian yang dapat saya kawal dan tidak dapat saya kawal sebagai tajuk dalam kotak tersebut.
  • Senarai aktivit/kejadian tersebut perlu dianaliskan untuk mengetahui jumlahnya. 
  • Selepas itu, berdsarkan data tersebut, kita perlu berfikir dan bertindak seberapa realistik yang boleh agar kita dapat meningkatkan kawaln yang terletak dalam diri kita.

Memahami Tujuan
  • Tujuan/matlamat adalah langkah kedua dan amat penting dalam pembinaan kejayaan kita. Sekiranya kita tidak mempunyai tujuan maka kita akan menghadapi kekurangan tumpuan dalam hidup.
  • Sistem nilai yang ditetapkan oleh organisasi atau individu merupakan satu idea yang baik. Nilai bermakna sesuatu yang diingini. 
  • Apabila sistem nilai telah kita tentukan, maka kita akan memberi fokus bagi kehidupan kita.  Justeru itu, kehidupan kita akan menunjukkan kualiti seperti kepuasan diri, akan berinovasi. mempunyai harga diri dan kepuasan dalam hidup.

 

Memahami Personaliti
  • Terdapat dua aspek personaliti yang secara khusus boleh mempengaruhi kejayaan seseorang individu.
  •  Dua aspek tersebut ialah ketegasan dan fikiran terbuka. Kedua-dua aspek ini mampu mengawal 
  • kehidupan kita dan mengelakkan pengaruh negative orang lain terhadap diri kita.
  • Ketegasan ialah sikap berterus terang.  Sikap ini biasanya ditunjukkan melalui tingkah laku. Impaknya, kita boleh membuat keputusan yang lebih baik khususnya dari segi masa dan kebolehan kita.
  • Berfikiran terbuka ialah mencari maklum balas. Mendapatkan maklum balas walaupun daripada seorang pengkritk amat penting demi untuk membentuk haluan dan kawalan kehidupan. Maklum balas secara begini boleh  membentuk penguruan diri yang lebih efektif.

 

Memahami Perancangan

  •  Kita perlu merancang dari masa dan tugas secara berfokus dan berkesan bagi mengurus kehidupan yang berjaya..
  • Caranya ialah dengan membuat jadual tugas sama ada harian, mingguan atau bulanan. Kemudian kita susun aktiviti yang dirancang dan mencatatkan masanya (tarikh, bulan dan waktu) mengikut keutamaan.

 

 

Memahami Produktiviti

  • Hasil atau produktivi ialah ukuran bagi pengurusan diri yang berjaya.
  • Produktiviti yang cemerlang berhasil daripada sentiasa bersikap positif, tidak ada penangguhan dalam membuat kerja dan komukasi yang efektif. Kita perlu mempunyai elemen-elemen ini agar kehidupan kita dapat diuruskan dengan berjaya.

 

*** Secara keseluruhannya untuk mengetahui tahap kita menguruskan kejayaan dalam kehidupan, kita perlu membuat penilaian terhadap setiap aspek yang terdapat dalam lima langkah tersebut. 

Soalan-soalan penilaian ini boleh diperolehi daripada kaunselor-kaunselor yang kita kenal atau dimuat turunkan bahan penilaian tersebut daripada internet.

 

 

Rujukan: Pengurusan Diri yang Berjaya, Paul R. Timm, Penerbitan Pelangi

 

Tag Produktiviti Personaliti

Prior knowledge

1.  Bagaimana anda faham tentang pengurusan diri?
2.  Senaraikan langkah-langkah pengurusan diri ke arah kejayaan yang anda ketahui?

1. 

Berapakah langkah-langkah pengurusan diri ke arah kejayaan yang dikongsikan ini?

Reflection

1.  Huraikan secara ringkas langkah-langkah pengurusan diri ke arah kejayaan yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson