Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Proses Pembelajaran Dan Pengajaran (Pdp) Guru

Kajian Tindakan Untuk Meningkatkan Proses Pembelajaran Dan Pengajaran (Pdp) Guru

Share this post

PENGENALAN

  • Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) (2008) telah menyediakan Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga untuk menggalakkan warga guru melibatkan diri menjalankan kajian setiap tahun khususnya bagi meningkatkan proses PdP dalam bilik darjah.
  • Menurut Dr. Amir Salleh, Mantan Pengarah BPPD, dalam buku manual tersebut menyatakan bahawa kajian tindakan telah menjadi budaya dalam kalangan guru dan telah dapat dilaksanakan secara meluas berdasarkan minat setiap tahun. 
  • Oleh itu, adalah digalakkan agar semua guru dapat melaksanakan kajian tindakan berdasarkan mata pelajaran yang diajar agar PdP dapat diamalkan dengan lebih efektif.
 

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

  • Kalai Selvan (2019) mendefinisikan Kajian Tindakan sebagai satu cara penyelidikan yang dilaksanakan dalam pendidikan. Di sini guru-guru dikehendaki mengenal pasti isu atau masalah yang berlaku dalam proses PdP dan mengambil tindakan penyelesaian yang terbaik agar proses PdP guru menjadi lebih efektif. 
  • Setiap langkah yang terdapat dalam Kajian Tindakan dan diambil oleh guru perlu mengikut tatacara yang ditetapkan berlandaskan akademik. Langkah-langkah yang betul digunakan akan boleh membantu dan menjadi panduan kepada guru-guru lain.
 

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

Menurut Kalai Selvan (2019), Kajian Tindakan ialah bertujuan untuk:

  1. memupuk kalangan guru membudayakan penyelidikan.
  2. membantu guru-guru membuat penambahbaikan PdP secara professional.
  3. sebagai satu medan perkongsian untuk berkongsi idea-idea baru yang boleh diketengahkan kepada guru-guru lain sama ada di sekolah sendiri mahupun sekolah lain.
  4. menggalakkan guru-guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-amalan terbaik profesionalisme mereka.
  5. menjadi guru sebagai agen perubahan kerana guru-guru (sama ada individu atau berkumpulan) akan membuat refleksi terhadap amalan-amalan yang terbaik digunakan oleh  mereka, menganalisis kekuatan dan kelemahan peranan mereka, mengambil tindakan dan membuat pemantauan atas kesan amalan-amalan yang diperkenalkan tersebut. 
 

PROSES KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga yang dihasilkan oleh BPPDP (2008), terdapat sembilan proses penting dalam melaksanakan kajian tindakan dan setiap proses tersebut hendaklah terkandung perkara-perkara seperti berikut:

 

1.Pengenalan Kajian Tindakan

  • Pendahuluan
  • Definisi
  • Tujuan
  • Ciri-ciri
  • Model Kajian Tindakan
  • Perkembangan Kajian Tindakan
  • Kajian Tindakan di Malaysia
  • Budaya Penyelidikan Dalam Kalangan Guru
  • Rumusan.
 

2.   Proses Kajian Tindakan

  • Pengenalan
  • Jenis-jenis Kajian tindakan
  • Prosedur Menjalankan Kajian Tindakan
  • Proses Kajian Tindakan
 

3.   Merancang dan Melaksanakan Kajian Tindakan

  • Pengenalan
  • Proses Merancang dan Melaksanakan Tindakan
 

4.   Refleksi

  • Pengenalan
  • Definisi Refleksi
  • Tujuan Refleksi
  • Kaedah Refleksi
  • Hasil Refleksi
  • Bila Melakukan Refleksi?
 

5.   Pengumpulan Data

  • Kaedah Pengumpulan Data 
  • Soal Selidik  
  • Temu bual  
  • Pemerhatian
  • Ujian 
  • Analisis Dokumen
 

6.   Analisis Data

  • Pengenalan dan analisis data Soal Selidik, Pemerhatian yang dijalankan, Temu bual,  dan Dokumen
 

7.   Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan 

  • Kertas Cadangan Kajian Tindakan Guru, b. Fungsi Kertas Cadangan dan, c. Kandungan dalam Kertas Cadangan Kajian Tindakan Guru tersebut.
 

8.   Pelaporan Kajian Tindakan

  • Pelaporan Kajian Tindakan b.Format Pelaporan Kajian Tindakan 
  • Panduan Asas Menyediakan Kertas Laporan Kajian Tindakan 
  • Contoh Laporan Kajian Tidakan.
 

9.   Bibliografi

Semua rujukan yang digunakan hendaklah disenaraikan dalam ruangan bibliografi mengikut tatacara menulis bibliografi seperti yang ditetapkan.

  • Justeru, format penulisan laporan Kajian Tindakan juga hendaklah mengikut langkah-langkah atau proses Kajian Tindakan yang dinyatakan seperti di atas.
 

KESIMPULAN

  • Secara keseluruhannya, Kajian Tindakan adalah penting bagi membantu meningkatkan profesionalisme guru sebagai penyelidik. Hasil daripada Kajian Tindakan, guru-guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran berdasarkan hasil penemuan kajian tersebut.
  •  Hasil penemuan kajian yang berkesan juga boleh dikongsi dengan guru-guru lain di sekolah sendiri mahu pun di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 
  • Sehubungan dengan itu, hasil penulisan laporan Kajian Tindakan boleh juga digunakan sebagai dokumen sokongan sekiranya guru-guru berminat untuk menjadi Guru Pakar Mata Pelajaran pada satu hari nanti.


    Disclaimer: Penulisan ini adalah berbentuk umum dan hanya untuk  perkongsian dan bacaan.. Isi-isi penulisan ini tidak berkaitan dengan sebarang dasar atau arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

 

 

 

Rujukan:

  • Kajian Tindakan: Ke arah PdPc Berkesan. 2019. Kalai Selvan  Arumugam, Phd, SMK Tunku Seri Indera Putera researchgate.net
  • Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. 2008. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia moe.gov.my

 

 

 

Tag Guru-Guru Proses

Prior knowledge

1.  Bagaimana anda melaksanakan Kajian Tindakan untuk meningkatkan keberkesanan PdP anda?
2.  Senaraikan langkah-langkah Kajian Tindakan yang anda ketahui?

1. 

Berapakah proses yang perlu anda adakan dalam penulisan laporan Kajian Tindakan seperti yang dikongsikan ini?

Reflection

1.  Huraikan secara ringkas langkah-langkah atau proses Kajian Tindakan yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson