Kaedah untuk Mengajar Kreativiti

Kaedah untuk Mengajar Kreativiti

Share this post

Seperti geometri, kreativiti juga merupakan kemahiran yang boleh dipelajari. Berikut adalah beberapa cara unik untuk mengajar kreativiti di dalam kelas. 

Berdasarkan Ken Robinson dalam ‘Do Schools Kill Creativity?’ beliau menyatakan betapa pentingnya menggalakkan kreativiti ke dalam sistem pendidikan dan menegaskan bahawa kreativiti merupakan bahagian penting dalam penyelesaian masalah di masa hadapan. 

Walaupun ada juga yang percaya kreativiti adalah sifat semula jadi insan terpilih, namun penyelidikan menunjukkan bahawa kreativiti adalah tingkah laku yang dapat dipelajari dan diajar. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa kreativiti berkembang apabila terlibat secara sosial, di mana kelas merupakan tempat yang sesuai untuk pengajaran yang inovatif dan kreatif.

Idea untuk menggalakkan pemikiran kreatif pada kanak-kanak bukanlah idea baru. Di bawah ini, dikongsikan beberapa cara anda boleh mengajar dan mendorong kreativiti di dalam kelas.

1. Menulis Nota Kecil

Sedangkan para saintis, penulis dan juga seniman sering membawa nota kecil bersama mereka untuk mendokumentasikan pemikiran dan idea mereka, pelajar juga harus diberi peluang yang sama. 

Dengan mendorong pelajar untuk menulis atau mendokumentasikan emosi dan permikiran mereka, kita boleh melihat ekspresi mereka. Ini juga membantu para pelajar menyelongkar idea dan menyampaikan emosi mereka dengan mudah.

2. Bina Sesi Sumbang Saran (Brainstorming)

Guru sepatutnya menggalakkan pembelajaran koperatif melalui sesi sumbang saran dalam kalangan pelajar. Sumbang saran bukan sahaja meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, tetapi menggalakkan individu itu untuk menilai dari pelbagai perspektif dan pendapat untuk mencapai sesuatu matlamat. Ketika sumbang saran, anda boleh menggalakkan pelajar untuk menjana idea mereka dengan turut serta memberikan cadangan dan pandangan tentang perkara yang berkaitan.

3. Gunakan Permainan

Permainan boleh diterapkan untuk membina sesuatu projek. Ini merangkumi elemen seperti pemberian markah, hadiah dan peraturan dengan harapan dapat meningkatkan tahap perhatian dan penyertaan.


Dalam kajian yang dilakukan oleh Michigan State University, para penyelidik menemui hubungan antara pelajar yang bermain permainan video dan tahap kreativiti yang lebih tinggi. Lebih mudah untuk menerapkan prinsip permainan dalam pembelajaran apabila terdapat juga permainan video pendidikan.

4. Menggalakkan Pengambilan Risiko

Selalunya idea yang paling berjaya adalah idea yang terlalu berisiko untuk dimulakan. Sejarah juga mempunyai kaitan apabila Thomas Edison ketika mencipta lampu dan saudara Wright ketika mereka membina kapal terbang pertama. 

Idea-idea inovatif dikembangkan lagi dengan pengambilan risiko. Salah satu cara untuk mewujudkan pengambilan risiko di dalam kelas adalah dengan mewujudkan zon pembelajaran konsisten. Dengan cara ini, pelajar lebih fokus untuk mencipta idea baru.

5. Benarkan Pelajar Mengajar

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Memory & Cognition mendapati bahawa pelajar yang mengajar orang lain berprestasi lebih baik ketika diuji. Selain peningkatan potensi dalam markah pelajar, meminta pelajar untuk mengajar rakan sebaya mereka juga boleh membentuk kreativiti apabila mereka boleh menyampaikan pengajaran dengan cara yang menarik.

6. Gunakan Alat Bantu Visual

Pencipta Design Thinking for Educators menyatakan ‘anda dapat mengubah dunia bila anda mendekatinya, dengan harapan untuk membina penyelesaian’. Selain daripada meminta pelajar anda menyampaikan tugasan dalam format esei yang biasa, anda boleh meminta mereka untuk bereksperimen dengan medium lain dan mempersembahkannya dengan cara kreatif.

7. Menggalakkan Soalan

Dalam jadual PdP yang sangat padat, kebanyakan soalan pelajar di tinggalkan tidak berjawab dan dilupakan. Antara bahagian dalam penyelesaian masalah dalam kreatif ini adalah dengan bertanya “kenapa jadi seperti ini?” atau “bolehkah ianya jadi lebih baik”. Untuk menggalakkan pertanyaan soalan, anda boleh berikan sekeping kertas untuk mereka menulis soalan yang ingin ditanyakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tag Pelajar Kreativiti Brainstroming

Prior knowledge

1.  Adakah kreativiti merupakan sifat semula jadi? Mengapa?

1. 

Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang kreativiti, kecuali:

Reflection

1.  Selain daripada aktiviti yang dinyatakan, apakah contoh lain yang anda boleh berikan untuk menggalakkan kreativiti dalam kalangan pelajar?
Loading...
Load lesson