Kaedah Rerama Dalam Mencari Perimeter Bentuk Bergabung

Kaedah Rerama Dalam Mencari Perimeter Bentuk Bergabung

Share this post

Perimeter Bentuk Bergabung

Perimeter merupakan hasil tambah panjang setiap sisi bentuk dua dimensi. Guru kebiasaannya menggunakan istilah pagar bagi menerangkan konsep perimeter kerana murid acap kali mengalamai miskonsepsi tentang perimeter dengan memasukkan panjang sisi yang berada di dalam sebagai perimeter. Justeru itu, perkataan ‘pagar’ amat sesuai digunakan dalam membimbing murid memahami konsep perimeter. Pun begitu, murid acapkali cuai dalam melakukan penambahan. Kaedah rerama boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

Kaedah Rerama

Kaedah rerama membantu murid untuk fokus kepada sisi di bahagian luar bentuk bergabung. Jadi murid tidak akan mengambil kira sisi panjang yang berada di dalam. 

 

Rajah 1: Bentuk bergabung   

 

Dalam kaedah rerama, murid melukis garisan melengkung dari bucu ke bucu bagi setiap sisi luar bentuk bergabung. Labelkan setiap garisan melengkung dengan nombor 1 hingga lengkap kesemua sisi luar bentuk bergabung.

 

Rajah 2: Kaedah rerama digunakan untuk mencari perimeter bentuk bergabung    

 

Dalam kaedah rerama, murid akan dapat menjumlahkan kesemua sisi luar bentuk bergabung berdasarkan garisan melengkung yang dilukis sendiri oleh mereka. Bimbing murid untuk menambah sisi mengikut nombor yang telah dilabelkan pada setiap garisan melengkung. Melalui kaedah ini, setiap sisi luar bentuk bergabung akan dikira dan tidak tertinggal. Malahan, murid tidak akan mengira garisan dalaman yang bukan termasuk dalam konsep perimeter.

 


Kata Kunci; Sekolah Rendah, Perimeter, Geometri

 

Tag Sekolah Rendah Kelestarian Alam Sekitar Jisim

Prior knowledge

1.  Apakah kaedah yang biasa digunakan oleh murid untuk mencari perimeter bentuk bergabung?
2.  Bagaimanakan murid kebiasaannya mencari perimeter melibatkan bentuk bergabung?

1. 

Apakah yang perlu dilakukan oleh murid setelah melukis ‘rerama’ pada setiap sisi bentuk bergabung?

Reflection

1.  Adakah kaedah rerama ini sesuai digunakan pada murid sekolah rendah?
Loading...
Load lesson