Kaedah Menggunakan Kod Nombor

Kaedah Menggunakan Kod Nombor

Share this post

KAEDAH KOD NOMBOR

Huruf-huruf jawi banyak menyukarkan pelajar untuk menghafalnya terutama pada pelajar yang lemah dalam pembelajaran. Kaedah hafalan mungkin menjadi norma kebiasaan dalam mengenal huruf jawi. Kaedah menggunakan nombor sebagai KOD boleh membantu pelajar untuk mengingati dengan lebih mudah seterusnya membantu mereka membaca bunyi huruf dan perkataan Jawi.
 

Langkah 1: Menyediakan petak huruf beserta nombor

HURUF JAWI

KOD NOMBOR

ا ب ت ث ڽ ن 1
ج ح خ چ 2
د ذ ر ز4 3
س ش ص ض ط ظ 4
ع غ ڠ ف ڤ ق ك ݢ ل 5
م و ۏ ه ء ي 6


Langkah 2: Guru meminta pelajar untuk menyebut huruf yang terdapat pada petak mengikut kod nombor. Iaitu kod nombor 1,2,3,4,5 dan 6

Langkah 3: Pelajar diminta untuk menyebut huruf yang berada pada kod nombor 1 sehingga mahir dan betul

Langkah 4: Pelajar diminta untuk menulis huruf-huruf yang terdapat pada kod nombor 1

Langkah 5: Guru menunjukkan cara menulis bentuk huruf yang betul dari kanan ke kiri kepada pelajar

Dari atas ke bawah

ا

Dari kanan ke kiri

ب

Dari kanan ke kiri

ت

Dari kanan ke kiri

ث

Dari kanan ke kiri

ڽ

Dari kanan ke kiri

ن

 

Langkah 6: Pelajar menulis huruf jawi yang terdapat pada petak kod nombor 1 mengikut contoh yang ditunjukkan oleh guru

 

Maklumat Lanjut:

Tajuk lain yang sesuai diaplikasikan menggunakan kaedah ini:

  • Huruf jawi bersambung
  • Bacaan suku kata

Tag Jawi

Prior knowledge

1.  Bagaimanakah anda memudahkan pelajar anda memahami dan mengingati huruf jawi?
2.  Sebutkan huruf-huruf jawi dengan betul.

1. 

Apakah huruf –huruf yang terdapat  pada petak kod nombor 1?

Reflection

1.  Sebutkan berapakah kod nombor yang perlu diingat dalam mengenal huruf jawi.
Loading...
Load lesson