Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK) Dalam Mengajar Kemahiran Membaca Bagi Murid Pemulihan

Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK) Dalam Mengajar Kemahiran Membaca Bagi Murid Pemulihan

Share this post

LATAR BELAKANG  KAEDAH GBK

  • Kaedah GBK ialah satu kaedah yang mudah dan berkesan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada kanak-kanak bermasaalah pembelajaran untuk mengajar serta ‘memulihkan’ murid yang tidak dapat membaca bahasa Melayu.
  • Hasil kajian-kajian tindakan yang telah dilakukan melaporkan bahawa KGBK memudahkan guru mengajar 2M sehingga mencapai aras 0 hingga 12 dalam skala Kajian Diagnostik.
  • KGBK juga merupakan kaedah yang sistematik, mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan suku kata yang jelas.

 

KAEDAH PENGAJARAN:

 

CONTOH STRATEGI MENGAJAR SUKU KATA MENGGUNAKAN KGBK BERDASARKAN KEBOLEHAN MURID:

  • Gabungkan mengajar bunyi beberapa huruf vokal asas (a,e,e,i,o,u) dengan satu huruf k+e= ke, r +e = re , t+a = ta sehingga boleh membentuk perkataan seperti kereta dan terus dibunyikan (kereta). Teknik latih tubi yang menarik digunakan supaya murid dapat mengingat bunyi vokal itu.
  • Murid tidak perlu menghafal semua huruf a b c hingga x y z, sebaliknya unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam satu masa pengajaran membaca. 
  • Guru boleh memperluas gabungan huruf vokal dan konsonan dengan memilih beberapa perkataan suku kata terbuka yang bermakna secara ansur maju.
  • Vokal e dan o hanya diperkenal setelah murid dapat membaca asas dengan menggunakan vokal a.i.u dan beberapa konsonan yang lain.
  • Guru  kemudian memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan. Guru perlu meemperkenalkan konsonan yang mudah dan dan dapat membentuk perkataan yang bermakna. Contoh: Konsonan ‘m’yang dapat membentuk perkataan /mata/, ‘j’ = /jari/, ‘b’ = /baju/ , ‘k’ = /kuku/
  • Guru menggabungkan bunyi konsonan dengan huruf vocal supaya menjadi suku kata contohnya ma, mi, mu. Guru latih tubi murid menyebut suku kata ini termasuk teknik nyanyian.
  • Guru minta murid mencantumkan suku kata-suku kata supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna seperti ba + tu menjadi /batu/, pi + lu = /pilu/, sa + tu = /satu/ Aktiviti ini boleh dilakukan melalui aktiviti permainan supaya murid seronok belajar.
  •  Guru juga perlu melaksanakan aktiviti peneguhan iaitu latih tubi menulis huruf, suku kata dan perkataan dengan pelbagai cara.
  • Guru perlu menggulang penggunaan vocal a,I,u dan sambil itu memperkenalkan satu atau dua konsonan selain yang telah diajar. Pelbagaikan teknik pengajaran. Contohnya: suku kata dan perkataan berkut dapat dibaca oleh murid setelah guru memperkenalkan dua konsonan yang baru. Antara contohnya ialah:

 

  1. ba + tu = batu
  2. ka+ ki + kaki
  3. da + gu = dagu
  4. ma + ta = mata
  5. mu + ka = muka
  6. gi + gi = gigi
  7. a + li = ali
  8. i + bu = ibu
  9. u + bi = ubi

 

  • Guru seterusnya membina ayat dan minta murid membacanya Contoh: Ali ada buku.  Abu ada kaki,  saya ada bola.
  • Murid diminta membina ayat mudah seperti contoh yang diberi, Dengan itu, banyak ayat dibina untuk membolehkan murid baca.
  • Suku kata tertutup dapat diperkenalkan dalam pelajaran seterusnya, Dengan ini lebih banyak perkataan dan ayat dapat dibina, dibaca dan ditulis.
  • Seterusnya, guru boleh memperkenalkan konsonan r, p,n dan melaksanakan pengajaran seperti pola pengajaran sebelumnya.
  • Seterusnya, guru juga boleh memperkenalkan bunyi vokal e dan o. Bina suku kata yang menggunakan vocal o dahulu. Adakan perbezaan bunyi e pepet dan e taling contohnya, emak – esok, emas – esok, beras-besok. Aktiviti yang sesuai dilaksanakan ialah melalui pelbagai permainan yang berkaitan dengan huruf, suku kata dan perkataan.
  • Guru boleh memperkembangkan kemahiran murid untuk membunyikan huruf lain seperti l, g, h, j, c, k, y, z, w, p, q, dan x.
  • Guru juga dikehendaki memperkenalkan bunyi ng, sy, gh dan ny dalam pembelajaran seterusnya.
  • Selain itu, latihan mengeja perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa. Latihan mengeja boleh dilakukan sebagai pengukuhan setelah murid boleh membaca.

               

PENUTUP / REFLEKSI

Secara keseluruhan, guru perlu merujuk Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas , KPM sebagai rujukan untuk mengajar suku kata yang masih belum dikuasai murid dalam aliran perdana.

Terdapat banyak kaedah lain untuk mengajar kemahiran membaca kepada murid yang bermasaalah dalam aliran perdana seperti kaedah fonik dan fonimik. Namun, KGBK didapati amat berkesan dan murid cepat boleh menguasai kemahiran membaca kerana kaedah ini adalah satu kaedah yang amat sistematik.

Murid yang tergolong dalam kumpulan murid pemulihan perlu juga diberi bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka boleh melatih membaca secara kendiri.

Guru juga digalakkan memberi ganjaran kepada murid bermasaalah pembelajaran. Ganjaran tersebut adalah dalam bentuk pujian, kata-kata yang memotivasikan tingkah laku murid dan ganjaran berbentuk barang seperti pensil, pembaris dan buku cerita. Tujuannya ialah untuk menanamkan minat murid membaca dan dapat menghasilkan prestasi yang baik dalam pentaksiran nanti agar mereka terkeluar daripada kumpulan murid bermasaalah pembelajaran selepas itu.

Selain itu, latihan bertulis juga perlu dilaksanakan supaya murid boleh meneguhkan kemahiran membaca mereka.


 

Rujukan: 

  1. Pengajaran Literasi Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu, Prof. Dato’ Isahak Haron, UPSI.

 

Tag Sistematik

Prior knowledge

1.  Bagaimana anda memudahkan murid pemulihan anda menguasai kemahiran membaca?
2.  Senaraikan teknik teknik mengajar murid pemulihan yang anda ketahui?

1. 

Apakah yang dimaksudkan dengan KGBK?

Reflection

1.  Nyatakan beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengajar kemahiran membaca bagi murid pemulihan yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson