PENDEKATAN HOLISTIK
Murid dapat menikmati bahan bacaan disamping diajar untuk menguasai kemahiran membaca.
Diperkenalkan dalam pengajaran kerana pembaca di Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang tinggi tetapi tidak mempunyai minat membaca.
Pendekatan ini diperkenalkan untuk mengubah pengajaran bacaan menjadi menarik perhatian murid dan menjadikan membaca bukan sebagai satu tugas yang rutin yang perlu dilakukan setiap minggu.
TEKNIK MEMBACA
1. Membaca Bebas
Murid membaca bahan yang mereka pilih daripada bahan yang disediakan guru.
Aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah yang dikawal oleh guru.
Guru menyediakan arahan awal supaya murid membuat persediaan sebelum membaca. Contohnya menyediakan soalan-soalan sebelum, semasa dan selepas membaca dengan sendiri.
2. Menelah
Murid membuat telahan tentang apa yang mereka fikirkan akan berlaku atau apa yang muris pelajari pada bahagian lain.
Murid membincangkan sama ada mereka menetapkan atau mengubah semula telahan tersebut.
Berterusan sehingga keseluruhan bahan selesai dibaca.
3. Membaca Senyap
Murid membaca bahagian yang sama secara senyap dan membuat telahan.
Murid berbincang, bertindakbalas dan, dan semak telahan.
Ringkaskan atau ceritakan semula apa yang telah murid baca apabila mereka telah berhenti membaca.
Minta murid menyatakan perasaan mereka terhadap apa yang dibaca dan diketahui.
4. Meringkas dan Bertindak Balas
Murid meringkaskan apa yang dibaca setelah selesai keseluruhan petikan.
Murid bertindak balas dan berbincang tentang apa yang mereka rasakan terhadap bacaan mereka dan menentukan apakah yang harus dilakukan terhadap bahan tersebut.
Murid bertindak balas dengan menceritakan kepada orang lain tentang bahan yang dibaca, menulis ringkasan cerita atau membuat lukisan yang dapat menggambarkan watak atau suasana yang dibaca.
5. Membaca Secara Berkoperatif
Murid diberikan bahagian yang tertentu ketika sesi membaca.
Setiap murid perlu menceritakan semula apa yang dibaca kepada kumpulan yang lebih besar.
Murid membuat ringkasan atau ulasan bersama-sama.
6. Membaca Lantang
Pilih seorang murid untuk membaca lantang bahagian awal dan kemudian murid lain mengikut bacaan tersebut secara beramai-ramai.
Murid berbincang, bertindakbalas dan semak telahan.
Bincangkan atau cerita semula apa yang telah dibaca setelah murid berhenti membaca secara lantang.
7. Membaca dengan Panduan Guru
Guru memberikan panduan atau mengarahkan pelajar menerusi pembacaan senyap.
Guru bertanyakan soalan atau membantu murid membina soalan yang mereka dapat jawab.
Guru membantu murid membuat telahan terhadap bahan bacaan yang dibaca.
8. Berkongsi Membaca
Guru membaca dengan lantang satu cerita dan mengajak murid membaca bersama-sama.
Murid diberi peluang untuk bertindakbalas menerusi penulisan, lukisan, drama, perbincangan dan pelbagai aktiviti lain yang menarik.
Rujukan
Modul Keterampilan Membaca
Tag
Teknik
Membaca
Koperatif
Prior knowledge
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Holistik?
1.
Setiap murid perlu menceritakan semula apa yang dibaca kepada kumpulan yang lebih besar merupakan teknik
Reflection
1.
Jelaskan teknik berkongsi membaca.