Bundar
Bundar juga dikenali sebagai penghampiran. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk melakukan pembundaran. Kaedah garis nombor merupakan antara kaedah yang sering diajarkan kepada murid dalam melakukan bundar. Kaedah bukit juga boleh diajarkan kepada murid dalam membantu mereka menjalankan pembundaran. Kaedah bukit sesuai digunakan oleh murid yang bersifat visualisasi.
Kaedah Bukit Untuk Pembundaran
Sebelum murid diajarkan kaedah bukit, murid terlebih dahulu perlu memahami konsep asas nombor dan nilai digit 0 hingga 9. Guru perlu membimbing murid untuk membezakan antara nombor dengan digit.
Rajah 1: Ilustrasi kaedah bukit dengan pelabelan
|
Bimbing murid untuk melukis sebuah bukit dan labelkan aktiviti ‘naik bukit’ dan ‘turun bukit’ dengan digit 0 hingga 9. Terangkan
perbezaan digit dengan nombor dan mengapa 10 tidak termasuk dalam senarai ini.
Membundar Nombor Bulat
Setelah murid dibimbing untuk melakar kaedah bukit, terangkan bahawa ‘naik bukit’ hanya tambah 0 atau tiada perubahan manakala ‘turun bukit’ perlu tambah 1.
Rajah 2: Terangkan maksud ‘naik bukit’ dan ‘turun bukit’
|
Bimbing murid untuk memahami maksud ‘naik bukit’ dan ‘turun bukit’.
Tekankan kepada murid, nilai tempat yang dikehendaki untuk bundar. Misalnya, bundarkan 23 709 kepada ribu yang terdekat.
Rajah 3: Terangkan maksud ‘naik bukit’ dan ‘turun bukit’
|
Gariskan nilai tempat yang dikehendaki. Kemudian lukis palang di belakang nilai tempat yang dikehendaki. Tekankan kepada murid untuk mengenal pasti digit pada nilai tempat yang digariskan. Jika digit tersebut berada pada ‘naik bukit’, murid hanya perlu tambah 0 atau tiada perubahan. Jika digit tersebut berada pada ‘turun bukit’, murid perlu tambah 1. Kesemua digit di belakang palang akan menjadi 0 tidak kira sama ada ada digit pada nilai tempat yang digariskan berada pada ‘naik bukit’ atau ‘turun bukit’.
Rajah 4: Bimbing murid untuk kaitkan proses pembundaran dengan kaedah bukit itu tadi
|
Membundar Wang
Untuk membundar wang, murid acapkali keliru dengan ‘rumah ringgit’ atau ‘rumah sen’ yang dikehendaki oleh soalan. Untuk membundarkan wang, guru perlu menekankan kepada murid tentang nilai tempat pada ‘rumah ringgit’ dan ‘rumah sen’.
Rajah 5: Bimbing murid untuk mengenali nilai tempat dalam wang
|
Setelah murid memahami tentang nilai tempat dalam wang serta ‘rumah ringgit’ dan ‘rumah sen’, kaitkan pembundaran dengan kaedah bukit. Misalnya, bundarkan RM23.50 kepada ringgit terdekat.
Rajah 6: Gariskan nilai tempat yang dikehendaki dan lukis palang sebelum membundar menggunakan kaedah bukit.
|
Kata Kunci: Sekolah Rendah, Bundar, Nombor bulat, Wang
|