Jenis-Jenis Penilaian (Ujian dan Penilaian Diagnostik)

Jenis-Jenis Penilaian (Ujian dan Penilaian Diagnostik)

Share this post

Program penilaian dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis mengikut masa dan tujuan ujian itu diberi.

 

UJIAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK

  • Sejenis ujian yang digubal untuk mengenal pasti punca-punca kelemahan atau salah faham pelajar dalam sesuatu perkara dengan tujuan memberikan pemulihan.
  • Bagi setiap perkara, beberapa soalan atau item digunakan untuk menentukan punca kelemahan pelajar. 
  • Misalnya untuk membuat diagnosis tentang penyelesaian masalah penambahan, kita perlu mengenal punca kesahihan yang mungkin, kemudian mengkhususkan soalan untuk menaksir punca kesalahan yang berkaitan. Dalam topik penambahan, biasanya pelajar mengalami masalah dalam mengumpul semula. Maka soalan-soalan berikut boleh diberikan:
  • Ujian pencapaian sama ada URN atau URK boleh juga digunakan untuk membuat diagnosis secara umum. Analisis keputusan ujian turut membantu guru menjalankan pengajaran pemulihan.
  • Dalam penyediaan kertas ujian di bilik darjah, perhatian diberikan ke atas perkara-perkara berikut

 

1.   Sebaik-baiknya, setiap kertas ujian atau peperiksaan Matematik mengandungi sebahagian soalan yang menguji pengetahuan atau kemahiran asas yang mampu dijawab oleh kesemua pelajar. Beberapa soalan yang sederhana dan mencabar elok diberi. Dicadangkan peratus mengikut nisbah:

Mudah: Sederhana: Mencabar = 40:40:20. Nisbah ini boleh diubahsuai mengikut keadaan sekolah atau kelas.

 

2.   Bagi ujian kemajuan seperti ujian bulanan, kertas soalan patutlah disediakan berdasarkan tajuk atau kemahiran yang telah diajar dan mengambil kira kebolehan pelajar dalam kelas. URK lebih sesuai untuk menentukan penguasaan pelajaran dalam tahun atau unit yang diajar. 

 

3.   Soalan berbentuk subjektif hendaklah diberikan dalam ujian kemajuan. Ini akan melatih pelajar agar berupaya menyelesaikan masalah secara teratur mengikut langkah yang mantik. Soalan subjektif boleh dibahagikan kepada soalan atau masalah yang menggunakan ayat-ayat dan soalan pengiraan mekanikal. 

 

4.   Soalan berbentuk objektif (benar/palsu, aneka pilihan, dan lain-lain) boleh diberi untuk menguji bidang tajuk atau kemahiran yang lebih luas, misalnya peperiksaan akhir tahun di Tingkatan 1-3. Bagi ujian bulanan atau peperiksaan penggal, kombinasi soalan subjektif dan soalan objektif boleh diberikan. 

 

5.   Soalan ujian hendaklah ditulis dalam bahasa yang jelas, tepat dan tidak menimbulkan ambiguiti. Istilah dan simbol juga perlu sama seperti yang digunakan dalam buku teks dan latihan biasa. Istilah yang kemas kini harus digunakan. 

 

6.   Jika kertas soalan yang sama diberikan dalam suatu tingkatan, penyelarasan yang rapi perlu ada untuk tajuk atau kemahiran yang diuji dan soalan itu dibincangkan dalam panel guru yang berkaitan supaya mutu soalan, jenis soalan dan sebagainya sesuai dan dipersetujui oleh semua.

 

Pada keseluruhan ujian dan penilaian, ia boleh diklasifikasikan mengikut objektif pembelajaran kognitif atau afektif. Ujian dan item ujian boleh dibina untuk mengukur penguasaan dalam konsep, kemahiran fakta, dan prinsip pada peringkat kognitif. Antara format untuk ujian ialah:

 

a)    Soalan berbentuk betul atau salah. 

Contoh: Jika x dan y sebagai nombor nyata, maka x² = y² merupakan fungsi ke atas nombor nyata.

 

b)   Soalan berbentuk objektif Aneka Pilihan. 

Contoh: Manakah di antara pasangan nombor berikut adalah penyelesaian persamaan 3x + y = 1?

i)   (3,-8)     ii)   (-4,4)

iii)  (2,-5)     iv)  (1,3)

 

c)   Menyelesaikan latihan

Contoh: Faktorkan polinomial 3x²+8x-3

 

d)   Menyelesaikan masalah

Contoh: Cari panjang pepenjuru sebuah bilik yang berukuran 8m × 7m × 5m. 

 

e)   Membuktikan teorem:

Contoh: Buktikan Teorem Pythagoras

 

f)   Mengisi tempat kosong

Contoh: 116+14+ 35= ?

 

g)   Soalan jawapan pendek

Contoh: Kenapakah nombor 2 dikatakan nombor genap?

 

h)   Soalan esei

Contoh: Bincang dan bandingkan perbezaan antara kubus dan kuboid.

 

Kesimpulannya, ujian boleh dikelaskan mengikut bahan-bahan yang pelajar dibenarkan untuk menggunakannya semasa menduduki ujian. Contohnya, pelajar hantar menggunakan kertas, pensel dan ingatan, tanpa merujuk kepada buku.

 

Tag Ujian Kognitif Penilaian Afektif Diagnostik

Prior knowledge

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan diagnostik?

1. 

Faktorkan polinomial 3x²+8x-3

Contoh soalan di atas merupakan format ujian kepada:

Reflection

1.  Berikan dua (2) format ujian beserta contohnya.
Loading...
Load lesson