Idea Bilik Darjah Interaktif

Idea Bilik Darjah Interaktif

Share this post

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk mengajar pelajar anda. Sekiranya anda ingin pelajar anda lebih mendalami pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain daripada hanya mengingat fakta dan nombor sahaja, cara terbaik adalah dengan menjalankan aktiviti bilik darjah yang interaktif.

 

Bilik darjah yang interaktif menggalakkan pelajar terlibat dengan bahan atau pelajaran secara langsung, Ianya membenarkan pelajar memahami sebab mereka mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam, sekaligus membuatkan suasana bilik darjah lebih bermakna.

 

Mahu jadikan bilik darjah anda interaktif? Berikut merupakan idea yang boleh digunakan bersama pelajar anda sebagai aktiviti bilik darjah yang interaktif.

 

 

1. Sesi Sumbang Saran (Brainstorming)

 

Sesi sumbang saran merupakan cara terbaik untuk mengaitkan pelajar dengan apa yang mereka pelajari. Pelajar tidak perlu memikirkan idea secara berseorangan, mereka boleh berkongsi bersama rakan lain ketika sesi sumbang saran. Ianya membantu membuka perspektif baru terhadap pembelajaran.

 

2. Mengadakan Permainan

 

Adakan permainan untuk menarik minat pelajar terhadap PdP. Permainan bukan sahaja menyeronokkan tetapi boleh menggalakkan pelajar untuk terlibat dengan sesuatu pembelajaran itu. Zaman ini, permainan juga boleh dilakukan secara dalam talian.

 

3. Hidupkan Watak-Watak Sejarah

 

Minta pelajar anda untuk menamakan satu watak di atas sekeping kertas, buat undian dan pilih satu kertas secara rawak. Kemudian, minta mereka menyatakan perwatakan watak tersebut, melakonkan atau berpakaian sepertinya. Ia akan membuat PdP lebih menarik, lebiih-lebih lagi untuk mata pelajaran Sejarah.

 

4. Berikan Contoh Hiburan

 

Pelajar akan lebih memahami sekiranya mereka dapat menghubungkaitkan PdP dengan kehidupan sebenar mereka. Minta pelajar untuk memberikan contoh yang berkaitan dengan kehidupan mereka, misalnya hiburan. Contohnya, sekiranya anda sedang mengajar tentang nilai murni satu perwatakan novel, anda boleh meminta mereka menceritakan watak hero/heroin kegemaran mereka terlebih dahulu.

 

5. Tiket Masuk (Entry Ticket)

 

And aboleh melakukan aktiviti ini sebelum pelajar memasuki kelas. Anda perlu menyediakan soalan-soalan dan meletakkannya di pintu masuk kelas. Apabila pelajar tiba, mereka perlu menjawab soalan tersebut sebelum memasuki kelas. Soalan perlulah berkaitan dengan topik pelajaran yang bakal diajar pada hari tersebut atau pada sesi pengajaran sebelumnya untuk menyemak kefahaman murid.

 

6. Tiket Keluar (Exit Ticket)

 

Sama seperti tiket masuk, tiket keluar pula merupakan soalan-soalan yang ditujukan khas pada akhir pembelajaran. Ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pelajar memahami sesi PdP pada hari tersebut ataupun tidak.

 

7. Aktiviti Sesi Pengenalan

 

Jika anda mahukan suasana bilik darjah yang interaktif, pelajar anda memerlukan keselesaan, kesenangan dan bersedia untuk terlibat dengan PdP. Cara untuk mencapainya? Sesi pengenalan. Sediakan pelbagai aktiviti sesi pengenalan untuk menarik minat pelajar dalam sesi pengajaran anda.

 

8. Pelajar Mengajar

 

Anda tidak semestinya mengajar walaupun anda seorang guru. Beri peluang kepada pelajar anda untuk melakonkan watak anda sebagai seorang guru. Cara mereka mengajar mungkin cara yang mereka ingin lihat pada anda, atau cara itu merupakan cara anda mengajar. Murid akan lebih fokus dan lebih mendalami PdP dengan merasakan pengalaman mengajar itu sendiri.

 

9. Projek Lapangan

 

Anjurkan aktiviti di luar kelas boleh menjadikan bilik darjah anda semakin interaktif. Ini kerana ianya merupakan kaedah terbaik untuk menghidupkan pelajaran. Contohnya, dengan membawa pelajar anda ke balai bomba berdekatan dapat menyaksikan bagaimana ahli mengawal sesuatu kecemasan, dengan membawa pelajar ke zoo dapat melihat sendiri haiwan di depan mata dan sebagainya.

 

10. Siapa/Apa/Dimana Saya?

 

Minta pelajar anda untuk memilih watak, benda atau tempat secara peribadi yang berkaitan pelajaran. Kemudian, minta pelajar lain untuk bertanyakan soalan kepada salah seorang pelajar dan meneka sehingga mereka mendapatkan jawapannya.

 

Rujukan

25 interactive classroom ideas

 

Tag Bilik Darjah Interaktif

Prior knowledge

1.  Bagaimanakah anda menggalakkan pelajar anda menyukai bilik darjah interaktif?

1. 

Yang manakah antara berikut bukan keperluan untuk menjadikan bilik darjah interaktif?

Reflection

1.  Nyatakan dua (2) idea bilik darjah interaktif yang dicadangkan?
Loading...
Load lesson