Guru Beralih kepada Pengajaran Dalam Talian

Share this post

Tidak disangka Coronavirus telah menyebabkan penutupan sekolah untuk jangka masa yang tidak diketahui. Guru terdesak mencari jalan lain untuk membantu pelajar dari jauh melalui pembelajaran jarak jauh dan dalam talian.

Berikut merupakan beberapa isi penting yang boleh membantu anda sebagai guru untuk mewujudkan pembelajaran jarak jauh yang menarik untuk pelajar anda. 

 

1.   MEMBERIKAN ARAHAN MUDAH DAN SEDERHANA

Kebanyakan guru sudah boleh menjangkakan kepayahan menerangkan arahan baru kepada pelajarnya. Biasanya arahan ini akan disampaikan kepada keseluruhan kumpulan, diikuti dengan pelbagai soalan daripada pelajar dalam menjelaskan langkah seterusnya. Sekiranya proses ini mengecewakan, pelajar boleh bergantung pada satu sama lain dan bertanya kepada guru apabila keliru. 

Salah satu cabaran dalam melaksanakan pembelajaran jarak jauh adalah anda dan pelajar tidak lagi berada di keadaan dan ruang yang sama untuk mengatasi salah faham. Oleh itu, rancang pembelajaran jarak jauh dengan memberikan arahan yang jelas dan hanya menggunakan hanya satu atau dua sumber. Jika boleh, sediakan bahan yang senang diakses oleh pelajar seperti PDF. 

Walaupun dengan arahan yang mudah dan sederhana,perlu diingat ia masih memerlukan kerja yang banyak. Walaupun dengan sedikit arahan yang mudah, pastikan pelajar mengetahui apa yang harus dilakukan untuk menghasilkan pemikiran yang lebih tinggi.

 

2.   MENUBUHKAN ASAS DIGITAL

Dalam semangat kesederhanaan, adalah penting untuk anda sebagai guru untuk mempunyai ‘platform’ atau pangkalan digital untuk pelajar anda. Contohnya seperti menggunakan Canvas atau Google Classroom, atau boleh mencipta laman web sendiri. 

Anda memerlukan satu platform digital yang selalu dilayari oleh pelajar anda untuk mereka memperoleh maklumat terkini. Pelajar perlu berasa selesa untuk melayari platform yang sama. Semakin jauh anda dari pelajar anda, semakin penting untuk memupuk kestabilan dan dan mengamalkan norma baru. 

Tambahan, jika kehadiran pelajar menjadi masalah utama sebelumnya, pembelajaran jarak jauh malah menyukarkannya. Pelajar akan berasa sukar untuk mengikuti pembelajaran lebih-lebih lagi apabila guru tidak dapat melibatkan diri dalam pengajaran kumpulan individu atau kumpulan kecil. Pelajar perlu mengawal pembelajaran mereka sendiri. 

 

3.   MENGUTAMAKAN TUGASAN BERASASKAN PELAJAR

Untuk menguruskan masa anda dengan berkesan, anda perlu mengutamakan tugas yang besar dan berkualiti supaya pelajar dapat menumpukan masa sepenuhnya terhadap tugasan. Anda perlu menetapkan objektif dan suatu tempoh masa untuk mereka menyiapkan tugasan yang diberikan. Sekiranya berkemampuan, sediakan tugasan yang memerlukan perbincangan bersama ahli keluarga yang lain serta menerapkan nilai-nilai murni di dalam tugasan tersebut. 

 

4.   KERAP BERHUBUNG

Pastinya sebagai pelajar, yang paling dirindui adalah ikatan perhubungan dan pergaulan di dalam kelas. Dengan sedikit interaksi ketika sebelum dan selepas kelas, atau ketika rehat tidak dapat diganti ketika pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Sebagai guru, walaupun ketika sedang menyiapkan isi pengajaran dalam talian, anda perlu membina perhubungan bersama pelajar anda. 

Anda boleh terus berhubung dengan pelajar melalui apa sahaja termasuklah e-mel, mesej video, panggilan telefon, mesej dan lain-lain. Pelajar akan melihat anda sebagai guru yang prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang pelajarnya.

Perlu diingat bahawa memupuk pengalaman pembelajaran jarak jauh yang menarik adalah sukar. Ia memerlukan masa dan kesabaran yang luar biasa. Anda kemungkinan akan merasa seperti guru di tahun pertama.

 

 

 

 

 

Rujukan:

 

 

Tag Langkah Pengajaran Corona Arahan

Prior knowledge

1.  Apakah perkara pertama anda lakukan apabila terpaksa menukarkan cara pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada dalam talian?

1. 

Dalam memberikan arahan, anda perlu

Reflection

1.  Apakah platform yang anda gunakan untuk berkomunikasi dan menyampaikan pengajaran secara dalam talian?
Loading...
Load lesson