Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi

Share this post

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 

PENGALAMAN YANG BERJAYA DAN BERMAKNA

Dalam proses memberi tugasan kepada pelajar, para guru haruslah peka tentang pelbagai kebolehan dalam sesebuah bilik darjah supaya lebih ramai pelajar yang berjaya dan berani untuk mencuba tugasan yang lebih mencabar. 

 

MATLAMAT PEMBELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN MINAT

Sebagai seseorang guru yang berkesan kita perlulah meletakkan sesuatu matlamat pembelajaran yang menarik minat pelajar dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Contohnya, dalam pembelajaran topik Pelan dan Dongakan, guru boleh mengaitkan dengan kegunaan melukis pelan rumah, yang secara tidak langsung juga berguna dalam kehidupan seharian.

 

GURU YANG BERSIKAP POSITIF

Guru yang sering menunjukkan sikap yang bersungguh-sungguh dan sentiasa bermotivasi tinggi biasanya menjadi model kepada pelajar. Sebagai pendidik, guru perlu mengenal dan memahami kebolehan untuk memotivasikan pelajar dan seterusnya mengembangkan potensi pelajar. Contohnya, semasa mengajar topik Pepejal Geometri, guru boleh membuat model pepejal dan bentangan pepejal bersama-sama, kemudian mempamerkannya.

Kebanyakan pelajar tidak dapat menyelaraskan penyelesaian masalahnya dengan ayat yang mereka tulis untuk mewakili masalah itu. Selain itu terdapat dua jenis pengetahuan Matematik iaitu pengetahuan statik dan pengetahuan Matematik logik. Pengetahuan statik ialah hafalan fakta atau prosedur, dan pengetahuan Matematik logik pula ialah pengetahuan yang lebih daripada hafalan, yang juga melibatkan pembinaan dan penyelarasan idea. Kebanyakan pendidik hanya memberi perhatian kepada pengetahuan statik. Jika guru terus mengajar tanpa mengambil kira masalah yang dihadapi oleh pelajar maka pelajar akan terus kekal dengan masalah. Maka, seorang guru haruslah bersikap positif dan sering memberikan motivasi dan galakkan kepada para pelajar untuk memahami masalah yang diberikan, dan bukan sekadar menghafal.

Seseorang guru yang bermotivasi akan cuba mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar. Hal ini membolehkan pelajar mendapat peluang untuk menikmati jenis aktiviti yang disukainya. Oleh itu, guru patut merancang dengan baik aktiviti yang hendak dijalankan. 

 

PERHUBUNGAN YANG POSITIF ANTARA GURU DAN PELAJAR

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik, guru dan pelajar perlulah mengambil hati atau menunjukkan sikap mengambil berat antara satu sama lain. Sebagai guru, kita perlulah tahu bagaimana hendak berdepan dengan pelajar yang kurang berusaha atau berkelakuan nakal supaya mereka dapat mengubah sikap tanpa memberi kesan negatif. Guru juga patut peka kepada masalah pelajar dan memberikan nasihat yang dapat memberikan rangsangan kepada pelajar. Hubungan yang mesra bukan sahaja boleh diwujudkan dengan kata-kata, malah tingkah laku juga boleh menunjukkan kepada pelajar bahawa guru itu sentiasa menyokong mereka.

Guru yang dapat memberikan keterangan dengan jelas dan dapat membuat sesuatu pelajaran kelihatan menarik dan mencabar akan memotivasikan pelajar. Selain kepekaan guru terhadap tingkah laku pelajar, para pelajar juga perlu menghormati dan cuba memahami guru mereka. 

 

MEMPUNYAI MATLAMAT DAN WAWASAN YANG JELAS

Kebanyakan pelajar bermotivasi untuk mencapai matlamat pembelajaran yang mereka anggap relevan untuk keperluan mereka. Tugasan yang terlalu banyak dan sukar diselesaikan oleh pelajar menyebabkan kesukaran untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. 

Terdapat beberapa sifat pelajar yang bersemangat tinggi dan bermotivasi, contohnya, terus mencuba menyelesaikan masalah matematik. Dengan adanya motivasi, seorang pelajar itu akan lebih bersemangat untuk belajar tanpa mengenal jemu dan tidak berputus asa.


 

 

 

 

 

Tag Faktor Motivasi Matlamat Statik Logik

Prior knowledge

1.  Pada pendapat anda, mengapakah guru mempengaruhi faktor motivasi seseorang pelajar?

1. 

Antara berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi, kecuali

Reflection

1.  Jelaskan dengan terperinci mengapakah guru yang bersikap positif dapat mempengaruhi motivasi?
Loading...
Load lesson