Definisi dan Konsep Penilaian

Definisi dan Konsep Penilaian

Share this post

Penilaian dan pengukuran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kerana dapat memberikan maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran. Pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan tiga perkara yang berbeza, tetapi berkaitan. Tujuan ketiga-tiga perkara ini juga berbeza tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama.

Pengujian: 

  • Suatu prosedur yang sistematik untuk memerhatikan perubahan tingkah laku seseorang dan menerangkannya dengan bantuan skala nombor ataupun sistem kategori.
  • Melibatkan penggunaan standard tertentu atau ujian yang dibuat oleh guru untuk mengukur peringkat kemajuan pelajar dalam suatu bidang. Ujian selalunya melibatkan masa yang agak pendek dan digunakan untuk pelbagai tujuan. Contohnya, untuk menapis dan membuat klasifikasi pelajar, menentukan peringkat kefahaman murid dan mengenal pasti masalah pelajar dalam pelajaran.
  • Satu teknik untuk mendapatkan maklumat terhadap perubahan tingkah laku seseorang individu. 
  • Terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberikan satu set tindak balas. Objektifnya membezakan antara yang telah ataupun belum mencapai taraf yang ditetapkan.
 

Penilaian:

  • Suatu strategi untuk mendapatkan maklumat yang penting dan berguna untuk menentukan objektif dan membantu membuat pilihan untuk kaedah pengajaran yang sesuai.
  • Boleh dijalankan secara kuantitatif. Contohnya, skor untuk sesuatu ujian; dan kualitatif, contohnya membuat pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku.
  • Merupakan proses pengukuran, kemahiran, dan kefahaman pelajar yang telah ditetapkan oleh guru atau institusi. 
  • Proses penilaian meliputi pengukuran dan statistik yang memerlukan penerangan pencapaian secara kuantitatif dan kualitatif. 

 

Pengukuran:

  • Pemberian nilai-nilai nombor atau angka kepada data atau maklumat yang dipungut melalui ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau skala.
  • Menjurus kepada huraian kuantitatif dan bukannya kualitatif. 
  • Melibatkan aktiviti mengukur seperti membilang, menghitung, menyusun, ataupun mengumpulkan. Maka dengan itu hasil keputusan pengukuran biasanya dalam skor berbentuk nombor, Contohnya, setelah mengukur pencapaian pelajar, seseorang guru akan melaporkan bahawa pelajar tersebut mendapat 75 peratus markah Matematik.

 

 

Tag Penilaian Pengujian Pengukuran Definisi

Prior knowledge

1.  Apakah yang anda faham tentang definisi penilaian?

1. 

Perkara ini melibatkan huraian kuantitatif dan bukannya kualitatif. Ianya merujuk kepada

Reflection

1.  Jelaskan penilaian dan berikan contohnya.
Loading...
Load lesson