Contoh Kreatif Penilaian Tidak Formal

Contoh Kreatif Penilaian Tidak Formal

Share this post

 

Terdapat banyak cara untuk menilai tahap pencapaian pelajar. Dua cara menilai prestasi pelajar adalah melalui:

  • Penilaian secara formal
  • Penilaian secara tidak formal

 

 

PENILAIAN SECARA FORMAL

 

  • Pelajar boleh belajar dan bersedia untuk penilaian secara formal sebelum hari kejadian.
  • Guru menyediakan alat yang sistematik untuk mengukur pengetahuan dan menilai kemajuan pembelajaran pelajar.

 

 

PENILAIAN SECARA TIDAK FORMAL

 

  • Penilaian ini dilakukan secara bersahaja (kasual), ataupun lebih kepada pemerhatian seseorang guru terhadap pelajarnya.
  • Penilaian ini membenarkan pelajar untuk merasakan tahap kemajuan pelajaran mereka dan mengesan perkara yang memerlukan penambahbaikan.
  • Penilaian ini membantu guru mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dan membantu mereka untuk pelajaran seterusnya.
  • Membantu menyenaraikan masalah dan membenarkan pembetulan sebelum pelajar diminta untuk menjalani penilaian secara formal.
  • Penilaian ini dikatakan dapat memahami, terutamanya bagi mereka yang mempunyai keputusan ujian yang tidak memuaskan.
  • Penilaian ini memberikan maklum balas pelajar tanpa perlu melalui tekanan ujian dan kuiz.
  • Contoh penilaian tidak formal:
    • Pemerhatian
    • Persembahan Lisan
    • Menulis Jurnal
    • Balingan Kertas
    • Empat Penjuru
    • Padanan/Tumpuan
    • Slip Keluar (Exit Slips)
    • Pertunjukan
    • Lukisan
    • Teka Silang Kata
    • Penceritaan
    • Drama
    • Penilaian Diri Sendiri

 

 

  1. Pemerhatian

 

  • Memerlukan guru untuk menilai pelajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
  • Guru perlu melihat kepada keseronakan, kekecewaan, kebosanan dan penglibatan pelajar.
  • Tulis nota tentang tugasan dan aktiviti yang melibatkan emosi pelajar.
  • Susun kerja pelajar dalam turutan supaya anda dapat menilai kemajuan dan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar.

 

 

  1. Persembahan Lisan

 

  • Tentukan masa seminit atau dua minit dan minta pelajar untuk menerangkan kepada anda tentang apa yang dipelajari oleh mereka.
  • Contohnya, sekiranya anda mengajar tentang kata kerja, anda boleh meminta pelajar anda untuk menyenaraikan kata kerja yang mereka ketahui dalam masa 30 saat.
  • Anda juga boleh menggalakkan pelajar untuk menyambung ayat yang diberikan, seperti:
    • Perkara yang saya suka mengenai topik ini adalah…
    • Perkara yang menarik tentang topik ini adalah…
    • Ahli sejarah/tokoh yang saya pelajari dalam topik ini ialah…

 

 

  1. Menulis Jurnal

 

  • Beri masa 1 hingga 3 minit kepada pelajar untuk menulis jurnal tentang apa yang mereka pelajari pada hari tersebut. Pelbagaikan jurnal itu dengan bertanyakan kepada pelajar tentang:
    • Senaraikan 5-10 fakta yang anda pelajari
    • Tuliskan perkara menarik yang anda pelajari
    • Senaraikan satu atau dua perkara yang ingin anda ketahui
    • Tuliskan perkara yang anda sukar untuk faham

 

 

  1. Balingan Kertas

 

  • Minta pelajar anda menyenaraikan soalan yang mereka ingin ketahui dalam sekeping kertas.
  • Minta pelajar untuk meremukkan kertas tersebut dan membuat balingan di dalam kelas.
  • Kemudian, minta pelajar untuk ambil satu kertas dan menjawab soalan yang terdapat di kertas itu.

 

 

  1. Empat Penjuru

 

  • Labelkan setiap penjuru dengan berlainan pendapat seperti sangat setuju, setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju atau A, B, C dan D.
  • Bacakan soalan dan minta pelajar untuk bergerak ke setiap penjuru untuk menyatakan jawapan mereka.
  • Kemudian, minta mereka untuk berbincang di dalam kumpulan tentang jawapan yang diberikan.
  • Pilih seorang wakil dari setiap kumpulan untuk menerangkan dan mempertahankan jawapan kumpulan tersebut.

 

 

  1. Padanan/Tumpuan

 

  • Tuliskan soalan dalam satu set kad dan jawapan dalam set kad yang lain.
  • Kocok kad dan letakkan kad satu persatu secara terbalik.
  • Pelajar mengikut urutan membalikkan kad dan memadankan soalan dan jawapan yang betul.

 

 

  1. Slip Keluar (Exit Slips)

 

  • Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, minta pelajar anda untuk membuat slip keluar sebelum meninggalkan kelas.
  • Anda boleh sediakan soalan dalam bentuk kad, tulis di papan tulis atau membacanya dengan kuat.
  • Minta pelajar anda untuk menjawab soalan kepada:
    • Tiga perkara yang saya pelajari
    • Dua soalan yang saya ragu
    • Satu perkara yang saya tidak faham
    • Perkara yang saya rasakan menarik

 

 

  1. Pertunjukan

 

  • Berikan alatan dan benarkan pelajar untuk tunjukkan kepada anda apa yang mereka tahu.
  • Jika mereka belajar tentang pengukuran, sediakan pembaris atau pita ukur dan peralatan untuk mengukur.
  • Jika mereka belajar tentang tumbuhan, sedia satu tumbuhan dan minta mereka menyatakan bahagian tumbuhan tersebut.

 

 

  1. Lukisan

 

  • Minta pelajar untuk melukiskan proses atau komik yang mengambarkan pelajaran Sejarah yang mereka pelajari.
  • Pelajar boleh melukis dan melabelkan bahagian tumbuhan atau sebagainya.

 

 

  1. Teka Silang Kata

 

  • Reka teka silang kata dengan menggunakan definisi sebagai petunjuk.
  • Anda boleh gunakan teka silang kata untuk menilai pelbagai jenis topik termasuklah Sejarah, Sains, Bahasa seperti negara, haiwan atau permainan.

 

 

  1. Penceritaan

 

  • Minta pelajar untuk menceritakan semula apa yang mereka pelajari pada hari tersebut.

 

 

  1. Drama

 

  • Minta pelajar anda untuk lakonkan semula atau mencipta persembahan boneka tentang apa yang mereka pelajari pada hari tersebut.
  • Ini sangat sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

 

 

  1. Penilaian Diri Sendiri

 

  • Terdapat pelbagai cara untuk membuat pelajar menilai diri mereka sendiri.
    • Pelajar mengangkat tangan ketika guru menyatakan “Saya faham topik yang dipelajari”, “Saya hampir faham topik yang dipelajari’, ‘Saya agak keliru”, “Saya memerlukan pertolongan”.
    • Meminta pelajar untuk mengangkat jari ke atas, ke bawah atau sebelah bahagian sahaja untuk menyatakan bahawa mereka faham, tidak faham, atau memerlukan pertolongan. Gunakan 5 jari untuk menyatakan skala tentang pemahaman pelajar.
    • Guru boleh menyediakan penilaian dalam bentuk borang untuk diisi oleh pelajar.

 

 

 

Rujukan

13 Creative Examples of Informal Assessments for the Classroom

 

Tag Ujian Penilaian Kelas

Prior knowledge

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian tidak formal?

1. 

Yang manakah antara berikut menggunakan jari untuk menyatakan skala tentang apa yang pelajar faham?

Reflection

1.  Apakah yang anda faham tentang 4 Penjuru?
Loading...
Load lesson