Ciri-Ciri Guru yang Efektif

Ciri-Ciri Guru yang Efektif

Share this post

Pekerjaan sebagai guru merupakan pekerjaan yang penting dan yang diperlukan oleh masyarakat. Pekerjaan ini memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik dan memimpin kanak-kanak. Guru bertanggungjawab mencapai kemajuan dan menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa depan.

 

Guru perlu memberi perhatian yang serius terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajan (PdP) dalam bilik darjah bagi memastikan hasrat sistem pendidikan tercapai. Semua orang boleh menjadi guru, tetapi tidak semua guru adalah guru yang efektif.

 

 

1. Guru Efektif

 

Efektif – ada kesannya (pengaruhnya), berkesan.

Guru efektif ialah guru yang:

  1. Dapat menguruskan bilik darjah dengan berkesan.
  2. Dapat membentuk suasana agar pelajar terangsang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik.
  3. Dapat menggunakan masa PdP dengan efisien.

 

 

2. Ciri-Ciri Guru Efektif

 

  • Dapat dilihat dari 3 aspek iaitu:
    1. Kualiti peribadi
    2. Kompetensi PdP
    3. Penghayatan dan Amalan Nilai

 

 

3. Ciri-Ciri Guru yang Kurang Efektif

 

 

4. Kualiti Peribadi

 

Kualiti peribadi merupaan kelebihan atau mutu yang ada pada seseorang individu. Kualiti ini dapat membantu guru dalam melaksanakan tgas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Ada antara kualiti ini sudah sedia ada dalam diri seseorang guru. Ada juga yang perlu dilatih dan diingatkan tentang kualiti yang diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah.

 

 

5. Guru yang Bersemangat dan Proaktif

 

Guru ini mampu memoticasikan pelajarnya disebabkan keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasakan oleh pelajarnya. Guru yang menunjukkan keyakinan dan ketabahan akan membuatkan pelajar berasa selamat dan menaruh kepercayaan mereka.

 

 

 

6. Guru yang Sensitif & Peka Terhadap Perbezaan Cara Belajar & Keperluan Pelajarnya

 

Guru yang peka akan mengubahsuai cara pengajarannya dengan mengambil kira perbezaan yang wujud dalam bilik darjah. Ianya boleh mewujudkan peluang pembelajaran untuk semua pelajar. Selain itu, pelajar akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran apabila keperluan mereka diambil berat.

 

 

7. Guru yang Bersikap Peramah, Mesra & Berusaha Mengenali Pelajar.

 

Ini terjadi apabila contohnya apabila guru memanggil pelajar dengan namanya, muid merasakan dirinya penting dan dikenali. Situasi ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.

 

 

8. Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

 

Kompetensi atau kecekapan PdP merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam mendidik pelajar.

 

  • Antara jenis pengetahuan:
    • Pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas sebagai guru dan pengetahuan tentang KSSR dan KSSM.

 

  • Antara jenis kemahiran:
    • Kemahiran pedagogi dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.

 

Sebelum memulakan PdP, guru perlu memahami objektif, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan kaedah penilaian dalam kurikulum tersebut. Guru perlu sentiasa berusaha mempelajari perkara baru seperti membaca, menghadiri seminar atau bengkel berkaitan subjek yang diajar supaya pengajarannya kekal relevan.

 

Guru perlu memahami konsep, prinsip dan struktur subjek yang diajar dengan mendalam. Guru yang memahami subjeknya dengan baik mampu memberikan pelbagai contoh dan dapat mengaitkannya dengan kehidupan harian.

 

 

9. Kemahiran Memilih Strategi & Kaedah

 

Kemahiran memilih strategi dan kaedah dapat memberikan peluang kepada guru untuk mempelbagaikan penyampaian bersesuaian dengan:

  1. Keperluan pelajar
  2. Tahap pencapaian pelajar
  3. Perbezaan di kalangan pelajar

 

Guru yang efektif akan mengambil kira gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajarnya. Kebanyakan pelajar mempunyai tempoh penumpuan yang singkat. Keupayaan mewujudkan pelbagai ransangan dapat memberi peluang pelajar untuk menggunakan pelbagai deria, contohnya:

  • Penglihatan
  • Pendengaran
  • Kinestetik
  • Menimbulkan minat
  • Mengekalkan perhatian

 

Guru perlu mahir dalam menggunakan teknik penyoalan. Ini kerana soalan yang tepat, ringkas dan berfokus dapat mencungkil idea serta mengembangkan daya pemikiran pelajar.

 

Rujukan

Ciri-ciri Guru Yang Efektif

 

Tag Guru Efektif Berkesan

Prior knowledge

1.  Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri guru yang efektif?

1. 

Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri guru yang efektif?

Reflection

1.  Bolehkah anda fikirkan ciri-ciri guru efektif yang lain?
2.  Apakah implikasi kepada pengurusan bilik darjah jika guru memiliki ciri-ciri yang kurang efektif?
Loading...
Load lesson