Cara Menggunakan Surat Khabar untuk Mengajar Bahasa

Cara Menggunakan Surat Khabar untuk Mengajar Bahasa

Share this post

 

Boleh dikatakan setiap kelas perlu mempunyai surat khabar. Cara lain adalah dengan menyimpan majalah di setiap penjuru kelas. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan surat khabar atau majalah ini, daripada latihan pembacaan yang mudah sehingga penulisan dan tugasan yang mencabar. Berikut merupakan beberapa cadangan atau cara yang boleh digunakan untuk memanfaatkan penggunaan surat khabar dalam bidang bahasa.

 

 

BACAAN

  • Bacaan secara menerus: benarkan pelajar untuk membaca satu artikel dan berbincang.
  • Minta pelajar untuk mencari artikel daripada seluruh dunia. Pelajar akan membanding dan membezakan bagaimana sesebuah negera mencerita sesuatu peristiwa itu.

 

 

KOSA KATA

  • Berikan tumpuan kepada perkataan dengan menggunakan pen berwarna. Minta pelajar untuk membulatkan perkataan sama tetapi menggunakan imbuhan yang berlainan seperti baca, membaca, dibaca.
  • Minta pelajar untuk mencari bahagian dalam ucapan/artikel seperti kata kerja, kata nama, adjektif, dan sebagainya.
  • Berikan satu kata kunci kepada pelajar untuk mereka cari di dalam sebuah artikel itu/ Contohnya, minta pelajar untuk bulatkan kata kerja yang berkaitan dengan isu kewangan.

 

 

TATABAHASA

  • Bincangkan dengan pelajar penggunaan tatabahasa dalam sesuatu artikel itu.
  • Gunakan pen berwarna untuk memberi fokus pada penggunaan tatabahasa.
  • Buat salinan artikel yang terdapat dalam surat khabar itu. Kosongkan bahagian tatabahasa dan minta pelajar untuk mengisikannya. Contohnya, kosongkan kata kerja dan minta pelajar untuk menjawab perkataan yang sesuai di dalam ayat itu.

 

 

PERCAKAPAN

  • Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan minta mereka membaca artikel pendek. Minta mereka menulis soalan berdasarkan artikel yang diberikan dan menukar soalan dengan kumpulan lain. Kemudian, mereka di dalam kumpulan berbincang dan memberikan jawapan kepada guru untuk disemak.
  • Memberi tumpuan kepada iklan. Bincangkan bagaimana sesebuah produk itu diiklankan. Atau bagaimana mesej disampaikan?

 

 

PENDENGARAN/SEBUTAN

  • Minta pelajar untuk menyediakan dua perenggan daripada artikel dalam surat khabar. Mula-mulan, pelajar perlu memasukkan semua isi dalam satu perenggan. Kemudian, minta pelajar untuk berlatih membaca dengan memberi fokus pada penggunaan sebutan yang betul Seterusnya, minta pelajar lain untuk bertanyakan soalan.
  • Minta pelajar untuk membaca artikel seolah-olah menjadi pembaca berita. Ia akan meningkatkan tahap keyakinan pelajar tersebut dan membuka ruang untuk mereka menjadi apa yang mereka inginkan.

 

 

PENULISAN

  • Minta pelajar untuk membuat rumusan terhadap apa yang mereka baca.
  • Minta pelajar untuk menulis artikel secara individu untuk majalah sekolah. Mereka boleh menggunakan temu bual atau sebahagian daripada mereka boleh mengambil gambar.
  • Untuk pelajar yang belum mahir menulis, guru bolehlah menyediakan gambar dalam surat khabar untuk pelajar dan minta mereka menyatakan apa yang mereka faham tentang gambar tersebut.

 

Rujukan

How to Teach English Using Newspapers

 

Tag Penulisan tatabahasa Baca

Prior knowledge

1.  Pada pendapat anda, pentingkah penggunaan surat khabar pada zaman sekarang?

1. 

Kategori manakah yang meminta pelajar untuk membuat rumusan terhadap apa yang mereka baca menggunakan surat khabar?

Reflection

1.  Bagaimanakah anda menggunakan surat khabar untuk mengajar pelajar yang belum mahir menulis?
Loading...
Load lesson