Cara Membantu Pelajar Mengatasi Masalah Kemurungan

Cara Membantu Pelajar Mengatasi Masalah Kemurungan

Share this post

 

Pelajar yang mempunyai masalah kemurungan mempunyai gejala seperti mempunyai masalah untuk fokus, kurang tidur, sakit perut, ataupun kebimbangan. Seperti diketahui, kemurungan bukan sahaja melibatkan kebimbingan, ia juga boleh mempengaruhi prestasi pelajar tersebut.

 

Sistem saraf pelajar yang kemurungan bertindak secara automatik, terutamanya apabila mereka bimbang. Perkataan seperti “berehatlah” atau “tenanglah” tidak dapat membantu pelajar tersebut.

 

Tetapi dengan praktis, pelajar boleh mengurangkan rasa tekanan dalam fikiran mereka. Berikut merupakan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kemurungan.

 

 

AMALKAN PENAFASAN YANG BAIK

 

Apabila manusaia memperlahankan penafasan mereka, ianya sekaligus memperlahankan otak mereka untuk berfungsi. Ajarkan pelajar anda untuk mengamalkan penafasan yang sempurna. Anda juga boleh mempraktikkan amalan ini apabila anda inginkan pelajar untuk fokus.

 

 

BEREHAT SEBENTAR DAN KELUAR DARI KELAS

 

Ambil udara yang segar boleh menenangkan otak pelajar yang cemas. Permandangan yang cantik dapat membuat perbezaan kepada pelajar yang menghadapi kemurungan. Izinkan pelajar anda untuk meluangkan masa dan mendengar kicauan burung. Minta pelajar anda untuk memerhatikan keadaan persekitaran supaya dapat membantu mereka mengalihkan tumpuan daripada masalah yang dihadapi mereka. Berikan soalan seperti berikut untuk mengalih perhatian.

  • Berapa banyak bunyi kicauan burung yang anda dengar?
  • Berapa banyak pokok yang anda lihat?
  • Berapa banyak warna hijau yang berbeza pada rumput?

 

BERBINCANG SECARA TERBUKA TENTANG KEMURUNGAN

 

Jangan tetapkan kebimbangan sebagai perkara yang anda mesti hilangkan. Ia merupakan sebahagian daripada kehidupan. Anda boleh membantu pelajar memahami perkara ini dengan menunjukkan perkara yang sepatutnya dilakukan.

 

 

GERAKKAN PELAJAR ANDA

 

Senaman boleh membantu pelajar anda yang kemurungan. Lakukan senaman 1-5 minit sebelum memulakan kelas bagi mengelakkan pelajar anda daripada kemurungan.

 

 

CUBA BERJALAN DAN BERCAKAP

 

Anda sebagai guru perlu mengajak pelajar anda untuk berjalan dan berbual bersama anda. Ini boleh mengelakkan dirinya daripada kemurungan dan memberi peluang menceritakan masalah kepada anda.

 

 

Rujukan

10 Ways to Help Students Who Struggle With Anxiety

 

Tag Cara Penyelesaian Masalah

Prior knowledge

1.  Apakah yang anda lakukan apabila menghadapi pelajar yang kemurungan?

1. 

Senaman 1-5 sebelum memulakan kelas merupakan cara?

Reflection

1.  Nyatakan cadangan lain yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah pelajar yang menghadapi kemurungan?
Loading...
Load lesson