Lukisan landskap dapat memberi inspirasi kepada pelajar sekolah untuk menggunakan 5 deria mereka dan menggunakan idea serta khayalan dalam penulisan mereka. Sebaik sahaja pelajar dapat menggunakan perkataan untuk membina ayat, mereka sudah boleh belajar untuk menulis di dalam perenggan dan karangan.
1. Penglihatan
Sediakan sekeping gambar landskap atau minta pelajar melukiskan lakaran yang sedang bermain di fikiran mereka.
Kemudian tanyakan kepada pelajar “Apa yang anda lihat dalam lukisan?”
Minta pelajar menggunakan ayat mudah untuk menyenaraikan perkara yang dilihat di dalam gambar.
Bantu pelajar mengembangkan ayat mereka. Contohnya, jika pelajar menyatakan “Saya melihat awan.” Anda perlu mengembangkan ayat dengan “Saya melihat awan yang sangat besar, berwarna putih dan seakan berbulu.”
Anda juga boleh menggunakan perumpamaan, kiasan atau kata-kata kiasan untuk mengembangkan ayat pelajar. Contohnya seperti “Saya melihat awan yang sangat besar, berwarna putih dan seakan berbulu dan juga kelihatan seperti gula-gula kapas yang diinginkan saya.”
Pelajar akan lebih berimaginatif dan lebih kreatif terhadap penulisan mereka.
2. Pendengaran
Sediakan sekeping gambar landskap atau minta pelajar melukiskan lakaran yang sedang bermain di fikiran mereka.
Kemudian tanyakan kepada pelajar “Apa yang anda dengar daripada gambar ini?” Mereka akan keliru dan hairan. Bagaimana untuk mendengar sekeping gambar?
Beritahu kepada pelajar untuk membayangkan mereka berada di dalam gambar dan berimaginasi.
Pelajar akan membuat ayat mereka sendiri, contohnya seperti “saya mendengar burung” dan “saya mendengar ombak air laut.”
Bantu pelajar anda untuk mengembangkan ayat seperti “Saya mendengar ibu burung berkicauan pada anak-anaknya ketika mereka membuat sarang.”
3. Sentuhan
Sama seperti deria yang lain, sediakan gambar untuk para pelajar.
Tanyakan kepada pelajar tentang apa yang mereka boleh sentuh di dalam lukisan tersebut.
Kemudian, minta pelajar untuk memejamkan mata dan membayangkan cuaca disana.
Contohnya, pelajar akan memberitahu bahawa mereka berada di rumput yang panas, terkena percikan air sungai, memanjat pokok kelapa yang tinggi, dan menyentuh kelopak bunga yang lembut.
Bantu pelajar untuk mengembangkan ayat jika perlu.
4. Rasa dan Bau
Dua deria diteroka bersama. Minta pelajar menyatakan apakah bau yang terdapat dalam lukisan yang diberikan.
Para pelajar akan bercakap, contohnya tentang aroma bunga mawar di kebun dan rumput yang baru dipotong di halaman rumah.
Kumpulkan kesemua kebolehan pelajar dalam menceritakan pelbagai deria yang mereka rasakan. Kemudian, minta mereka tuliskannya dalam bentuk karangan. Karangan yang dihasilkan pasti nampak lebih kreatif dan imaginatif,
Rujukan
How to Use Images to Teach Creative Writing
Tag
Gambar
Penulisan
Kreatif
Prior knowledge
1.
Bagaimanakah anda mengalakkan pelajar untuk menulis penulisan yang kreatif?
1.
Berikut merupakan cara menggunakan gambar melalui deria penglihatan, kecuali
Reflection
1.
Bagaimanakah lukisan atau gambar boleh membantu untuk mengajar penulisan yang kreatif?