Cara Bina Kuiz Menggunakan Google Form

Cara Bina Kuiz Menggunakan Google Form

Share this post

Google Form adalah alat dalam talian percuma dari Google yang membolehkan pengguna membuat borang, tinjauan, dan kuiz serta mengedit dan berkongsi borang dengan orang lain secara kolaboratif. Pendidik boleh menggunakan Google Form untuk menilai pelajar mereka pada awal kelas dan mengukur pengetahuan yang sudah ada. Malah, Google Form boleh digunakan untuk memberi maklum balas dan menerima maklum balas daripada pelajar dan ibu bapa. Begitu juga, pelajar boleh menggunakan Google Form untuk menilai pembelajaran mereka sendiri dan menetapkan matlamat pembelajaran serta mengumpulkan data untuk projek penyelidikan mereka.

 

Berikut merupakan cara membina kuiz menggunakan Google Form:

 

Langkah-langkah:

 

1. Login google akaun.

2. Tekan ikon bertitik 9 pada bahagian atas kanan, kemudian pilih ‘Drive’.

 

3. Tekan ‘New’, kemudian ‘more’ dan pilih ‘Google Form

 

4. Pada paparan Google Form, masukkan ‘Tajuk’.

 

5. Tekan ikon ‘Setting’ pada bahagian kanan paparan. Pada paparan setting, tandakan ‘Collect Email Addresses’ dan 'Requires sign in'. Kemudian tekan ‘Quizzes’.

 

6. Aktifkan ‘Make this a Quiz’. Kemudian tandakan ‘immediately after each submission’ dimana gred akan diberikan sebaik sahaja jawapan dihantar dan pada bahagian Respondent can see, tandakan kepada kesemua pilihan. Tekan ‘Save’.

 

7. Mula untuk membuat soalan. Tulis soalan pada ruang yang disediakan, pilih ‘multiple choice’ sekiranya soalan berbentuk objektif. Kemudian, masukkan pilihan jawapan.

 

8. Setelah selesai, tekan ‘Answer key’ untuk meletakkan markah dan tandakan jawapan yang betul. Kemudian tekan ‘Done’.

 

9. Sebelum membuat soalan kedua, pastikan tanda ‘Required’ supaya tiada pelajar yang tertinggal. Kemudian tekan ikon ‘+’ di sebelah kanan untuk menambah soalan.

 

10. Tulis soalan yang kedua, sekiranya soalan berbentuk struktur, terdapat 2 pilihan jawapan iaitu ‘short answer’ dan ‘paragraph’.

 

11. Sekiranya memilih ‘short answer’, tekan ‘Answer key’ untuk masukkan kebarangkalian jawapan pelajar.

 

12. Taip kebarangkalian jawapan pelajar pada bahagian ‘Add a correct answer’ dan letakkan markah bagi jawapan yang betul. Setelah selesai, tekan ‘done’.

 

13. Sekiranya telah tamat membuat soalan. Tekan ikon ‘send’ dibahagian atas kanan.

 

14. Untuk mendapatkan link, tekan ikon ‘link’.

 

15. Kemudian, tandakan ‘Shorten URL’ untuk memendekkan link. Seterusnya tekan ‘copy’ dan hantar link tersebut ke dalam kumpulan kelas.

 

Berikut merupakan video tutorial:

Kredit : Cikgu Edutech

 

 

Rujukan

Bina Kuiz Objektif dan Subjektif Dengan Markah Automatik Menggunakan Google Form

 

Tag Kuiz Ujian

Prior knowledge

1.  Apakah aplikasi yang sering anda gunakan untuk memberi kuiz kepada pelajar semasa Pembelajaran Jarak Jauh (PdPR)?
2.  Pernahkah anda menggunakan aplikasi Google Form sebelum ini?
Reflection

1.  Berapakah bentuk soalan yang boleh digunakan dalam Google Form?
Loading...
Load lesson