Cadangan Pertandingan dan Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Cadangan Pertandingan dan Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Share this post

Bulan Kemerdekaan adalah antara program atau acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun di setiap peringkat termasuklah di peringkat sekolah. Kemeriahannya disambut dengan melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan berunsur patriotik untuk menyemai semangat kecintaan terhadap negara. 

 

Berikut merupakan beberapa idea aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan

 

1.   Hias Kelas Patriotik

 

Hias kelas anda dengan bendera dan perhiasan yang bertemakan Kemerdekaan. Bendera Malaysia, bendera negeri, poster, himpunan kata tokoh patriotik merupakan hiasan wajib yang perlu ada di dalam kelas. Pertandingan hias kelas patriotik ini dinilai melalui kreativiti dan kekemasan sesebuah kelas itu.

 

2.   Nyanyian Lagu Patriotik

 

Kebanyakan sekolah sudah memulakan pertandingan nyanyian lagu patriotik antara kelas ini. Kriteria permarkahan dalam pertandingan ini termasuklah pilihan lagu patriotik, kelancaran penyampaian persembahan, pakaian bertemakan kemerdekaan dan sebagainya. 

 

3.   Pertunjukan Pakaian Beragam

 

 

Dalam aktiviti ini, guru boleh memilih sama ada ingin menganjurkan pertandingan atau hanya ingin menambahkan semangat kecintaan pada negara dalam kalangan murid. Pertandingan juga boleh diadakan dari bahan-bahan lain yang boleh dikitar semula menjadi pakaian, bergantug pada kreativiti pelajar. 

 

4.   Pameran Kemerdekaan

 

Pameran yang bertemakan kemerdekaan boleh diadakan di sekolah. Pamerkan barang atau alatan yang berkaitan dengan sejarah kemerdekaan. Boleh juga tayangkan video kemerdekaan di pameran tersebut.

 

5.   Persembahan/Pertandingan Lakonan

Pilih beberapa pelajar untuk menyampaikan persembahan lakonan semula adegan Kemerdekaan. Lakonan semula sejarah Kemerdekaan ini juga boleh dijadikan sebagai pertandingan untuk membina kreativiti dan mencungkil bakat terpendam antara pelajar. 

 

6.   Gantung Kain Rentang & Poster

 

Ini merupakan aktiviti wajib bagi kebanyakan sekolah. Kain rentang dengan warna dan juga kata-kata patriotik yang dihasilkan oleh pelajar dan guru boleh digantung di sekeliling kawasan sekolah. 

 

7.   Ceramah Tokoh

 

 

Sekolah bolehlah menjemput tokoh-tokoh untuk berkongsi pengalaman dan kisah menarik mereka. Pada waktu ini, untuk menambahkan konsentrasi pelajar, guru bolehlah mengadakan kuiz berserta ganjaran hadiah dimana soalannya berdasarkan ceramah yang disampaikan.

 

8.   Tayangan Filem/Video Kemerdekaan

 

Filem seperti Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan Hati Malaya boleh disiarkan untuk ditontonkan kepada pelajar. Sedikit sebanyak filem-filem ini atau video berunsurkan kemerdekaan yang lain dapat memberi kesan kepada pelajar dalam menghayati erti perjuangan sebenar.

 

9.   Perarakan Kemerdekaan

 

 

Kumpulkan kenderaan seperti basikal, motorsikal atau kereta dan hiaskannya dengan bendera dan barang yang bertemakan Kemerdekaan. Ataupun boleh galakkan pelajar memakai pakaian tradisional bagi mereka yang berarak tanpa kenderaan. Ini boleh dijadikan simbolik upacara penyerahan bendera pada Sambutan Hari Kemerdekaan.

Selain daripada dinyatakan diatas, berikut diringkaskan senarai cadangan  pertandingan dan aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan. 

 

Cadangan Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan

  • Pertandingan nyanyian lagu patriotik
  • Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan
  • Pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan
  • Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan menulis esei
  • Pertandingan membina replika/ tugu kebangsaan
  • Pertandingan pakaian bertema Hari Kebangsaan/ Jalur Gemilang
  • Pertandingan pantun Hari Kebangsaan
  • Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan
  • Pertandingan sudut kemerdekaan
  • Pertandingan teka silang kata kemerdekaan
  • Pertandingan sukan warisan/ tradisional (gasing, wau dll)
  • Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan
  • Pertandingan menghias basikal
  • Pertandingan drama sebabak/ patriotisme
  • Pertandingan tarian tradisional
  • Pertandingan menghias kelas
  • Pertandingan memasak masakan tradisional
 

 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan

  • Majlis pelancaran bulan kemerdekaan.
  • Solat hajat/bacaan yasin sempena bulan kemerdekaan
  • Larian kemerdekaan/ Hari Kebangsaan
  • Menghias kelas sempena Hari Kebangsaan
  • Menghias kawasan sekolah sempena Hari Kebangsaan
  • Mengantung/ menghasilkan kain rentang kemerdekaan
  • Ceramah tentang tokoh-tokoh kemerdekaan
  • Perarakan Hari Kebangsaan/ Kawad kaki
  • Melakonkan situasi hari kemerdekaan
  • Hasilkan bendera dari bahan terbuang (botol, tin)
  • Tayangan film/video kemerdekaan (Sarjan Hassan dll)
  • Sambutan Ambang Kemerdekaan (malam 30 ogos)
  • Berbasikal/kayuhan sempena Hari Kebangsaan
  • Konvoi merdeka
  • Pameran kemerdekaan
  • Kibarkan jalur gemilang
  • Menjemput tentera/askar untuk membuat persembahan
  • Hasilkan sudut patriotisme di dalam kelas
  • Bicara spontan Hari Kebangsaan
  • Pelancaran Hari Kemerdekaan
  • Laungan Hari Kemerdekaan
  • Gantung Kain Rentang
  • Memakai pakaian tradisional

 

 

 

 

 

Rujukan:

 

 

Tag Aktiviti Merdeka Persembahan

Prior knowledge

1.  Bagaimanakah sambutan kemerdekaan disambut di peringkat sekolah anda?

1. 

Antara berikut yang manakah pernyataan yang salah tentang sambutan hari kemerdekaan?

Reflection

1.  Berikan dua (2) cadangan aktiviti yang boleh dilakukan pada hari kemerdekaan.
Loading...
Load lesson