Paksi Simetri
Paksi simetri ialah garisan hasil daripada lipatan yang mempunyai 2 bahagian bertentangan yang sama besar bagi sebarang bentuk 2-dimensi dan sebarang bentuk poligon. Semua poligon adalah bentuk 2-dimensi namun bukan semua bentuk 2-dimensi adalah poligon. Poligon terbentuk daripada garis – garis lurus dan bentuknya adalah tertutup. Perkataan poligon berasal daripada bahasa Greek. Poly- bermaksud ‘banyak” manakala -gon bermaksud sudut.
Rajah 1: Mengenal pasti poligon
Paksi simetri boleh ditentukan pada satu – satu bentuk 2-dimensi dengan menggunakan aktiviti melipat kertas. Aktiviti ini akan dapat merangsang kreativiti murid di samping membolehkan murid meneroka sendiri paksi simetri pada satu – satu bentuk 2-dimensi. Di sini dikongsikan kaedah yang boleh membantu murid untuk memahami paksi simetri dengan lebih menarik.
Aktiviti Melipat Kertas
1. Sediakan beberapa helai kertas dengan pelbagai bentuk seperti bentuk segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga, bentuk hati, bentuk layang – layang, trapezium, pentagon, heksagon dan sebagainya.
Rajah 2: Gunakan kertas dengan pelbagai warna bagi merangsang kreativiti
2. Bimbing murid untuk melipat dua kertas – kertas tersebut dan pastikan kedua – dua belah adalah sama saiz dan bentuk.
Rajah 3: Pastikan saiz dan bentuk kedua – dua belah kertas adalah sama
3. Buka lipatan dan tandakan dengan menggunakan pensil atau pensil warna. Ulang Langkah 1 hingga 3 sehingga tiada lagi kemungkinan paksi simetri yang ada.
Rajah 4: Tandakan dengan menggunakan pensil atau pensil warna dan pembaris.
Akhiri aktiviti dengan menunjukkan rajah paksi – paksi simetri dengan menggunakan beberapa bentuk 2-dimensi dan poligon.
Rujukan: https://www.mathsisfun.com/geometry/polygons.html
Tag
Sekolah Rendah
Geometri
Prior knowledge
1.
Bagaimana anda menerapkan kreativiti dalam kelas Matematik?
2.
Apakah kaedah yang paling sesuai untuk membimbing murid sekolah rendah memahami kebolehjadian?
1.
Berapakah bilangan paksi simetri bagi sebuah heksagon?
Reflection
1.
Huraikan secara ringkas bagaimana guru dapat membantu murid untuk mengelakkan kekeliruan ketika membilang bilangan paksi simetri pada satu – satu bentuk 2-dimensi dan poligon.