Akronim & Teknik: Teknologi Hijau

Akronim & Teknik: Teknologi Hijau

Share this post

Akronim digunakan untuk tajuk ini bagi memudahkan guru menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara mudah dan senang untuk dihafal. Akronim adalah merupakan singkatan yang telah dibentuk dengan menggunakan komponen-komponen satu frasa atau nama. 

 

Konsep – Teknologi hijau merupakan pembangunan produk, peralatan dan sistem yang bertujuan untuk memelihara serta memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi

 

Matlamat

Guru boleh menggunakan konsep 4M-Matlamat untuk menyampaikan pengajaran ini kepada pelajar. 

 
  • M-Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia
  • M-Melindungi ekosistem semula jadi
  • M-Mengurangkan kesan negatif yang berlaku daripada aktiviti manusia
  • M-Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi
 

Kriteria produk

  • Rasa - Reka bentuk produk perlulah mengikut pengalaman lepas agar ianya dapat membantu manusia
  • Payah - Penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui adalah digalakkan
  • Pula - Produk dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api
  • Belajar - Berupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar
  • Bersama - Boleh dikitar semula atau melalui amalan 5r
  • Kakak - Kadar pembebasan gas rumah hijau rendah atau sifar
  • Siti - Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik
  • Tini - Teknologi mudah digunakan oleh manusia
 

Contoh Produk

Gunakan akronim (S E A T untuk menjelaskan Sosial, Ekonomi, Alam Sekitar dan Tenaga).

 

1) Sosial

  • Kualiti hidup dapat dipertingkatkan
  • Contoh: penggunaan bekas makanan mesra alam, penggunaan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama.
 

2) Ekonomi

  • Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi yang canggih
  • Contoh: industri fotovolta
 

3) Alam sekitar

  • Kesan kepada alam sekitar dapat dikurangkan
  • Contoh: produk biodegradasi dan baja kompos
 

4) Tenaga

  • Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil
  • Contoh: kereta hibrid, kenderaan elektrik, biodiesel dan kenderaan gas asli
 

Kepentingan

Guru boleh menggunakan singkatan akronim S E M M.

1) Sosial

  • Meningkatkan kualiti hidup
  • Meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan
  • Meningkatkan kualiti udara
  • Memberikan keselesaan dan kesihatan yang baik kepada masyarakat
  • Mengurangkan peningkatan suhu
  • Mengurangkan pencemaran bunyi
 

2) Ekonomi

  • Mengurangkan kos operasi
  • Meningkatkan nilai aset dan keuntungan
  • Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja
  • Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah dihasilkan
 

3) Menjana Tenaga

  • Merangkumi sumber tenaga yang mengandungi alam semula jadi
  • Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui
  • Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara yang selamat dan mesra pengguna
 

4) Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar

  • Melindungi sumber semula jadi
  • Meningkatkan kualiti udara dan air
  • Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
  • Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup
 

Amalan

1) Amalan 5R

  • Menggunakan tong kitar semula yang betul
  • Menggalakkan pengedaran dokumen secara digital
  • Mencetak salinan di kedua-dua belah muka surat
 

2) Penjimatan air

  • Memastikan pili air sentiasa ditutup
  • Membuat aduan jika berlaku kerosakan atau kebocoran paip
  • Menadah air hujan untuk digunakan semula bagi mencuci
 

3) Pengangkutan

  • Mengamalkan penggunaan pengangkutan awam
  • Mengunakakan perkhidmatan park and ride untuk mengurangkan kesesakan lalu lintak
  • Menggalakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki
 

4) Pengurangan sisa

  • Mengurangkan penggunaan peralatan pakai buang
  • Menguatkuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat
 

5) Penjimatan Tenaga

  • Mempraktikkan penggunaan pencahayaan semula jadi
  • Memastikan suis elektrik sentiasa ditutup apabila tidak digunakan
  • Menetapkan suhu penyaman udara yang minimum
 

6) Perolehan produk hijau

  • Mengutamakan penggunaan bahan mesra alam
  • Mengamalkan pembelian bahan kimia biodegrasi untuk proses pembersihan dan penyelenggaraan
  • Menggunakan kertas kitar semula
 

7) Zon bebas asap rokok

  • Menetapkan kawasan larangan merokok
  • Melakukan rondaan dan mengenakan kompaun kepada perokok
  • Memperluaskan edaran poster dan papan tanda amaran larangan merokok
 

8) Perkhidmatan makanan

  • Menggunakan pembungkus makanan yang mesra alam
  • Membawa bekas makanan sendiri 
  • Mengelakkan penggunaan botol air plastik 
 

9) Landskap

  • Menanam pokok di sekitar rumah, sekolah dan bangunan
  • Memastikan sistem peparitan berfungsi dengan baik

 

 

Rujukan:

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

Tag Sumber semula jadi Bahan mesra alam

Prior knowledge

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan konsep teknologi hijau?
2.  Nyatakan empat (4) contoh produk teknologi hijau.

1. 

Yang manakah antara berikut bukan kepentingan teknologi hijau?

Loading...
Load lesson