1. Peta Topografi
Guru bolehlah tunjukkan contoh peta topografi kepada pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sambil tunjukkan contoh, guru boleh terangkan ciri-cirinya seperti di bawah ini.
Mempaparkan keadaan bentuk muka bumi di sesebuah kawasan
Mempunyai garisan grid iaitu secara menegak dan melintang
Mengandungi tajuk, petunjuk dan skala
2. Garisan Grid
Terangkan pada pelajar bahawa garisan grid ini juga melibatkan garisan timuran (menegak) dan garisan utaraan (melintang).
Merupakan garisan-garisan yang dilukis secara menegak dan melintang di peta topografi.
a. Garisan Timuran
Kata kunci yang boleh digunapakai untuk menjelaskan garisan timuran ini adalah-menegak.
Garisan grid yang dilukis secara menegak
Garisan ini menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah timur
Garisan grid dinomborkan dan nilai bagi garisan ini akan semakin bertambah ke arah timur
b. Garisan Utaraan
Kata kunci yang boleh digunapakai untuk menjelaskan garisan timuran ini adalah-melintang.
Garisan grid yang dilukis secara melintang
Garisan ini menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah utara
Garisan grid dinomborkan dan nilai bagi garisan ini akan semakin bertambah ke arah utara
3. Rujukan Grid
Gunakan kata kunci titik persilangan untuk rujukan grid ini.
Merupakan kombinasi antara nilai garisan timuran dan utaraan yang ditunjukkan pada titik persilangan.
Nilai garisan timuran perlu dibaca terlebih dahulu sebelum diikuti oleh nilai garisan utaraan
a. Rujukan grid 4
Digunakan ketika menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang luas dalam segi empat grid.
b. Rujukan grid 6
Digunakan ketika menentukan kedudukan sesuatu objek atau ciri geografi yang lebih kecil dengan spesifik dan jelas.
4. Ciri Pandang Darat Fizikal Dan Budaya
Ciri pandang darat fizikal – merujuk kepada pelbagai ciri semula jadi
Ciri pandang darat budaya – merujuk kepada ciri buatan manusia
i. Tanah Pamah
Gunakan kata kunci 3P1K untuk pertanian, pengangkutan, petempatan dan kemudahan sosial
Pertanian – tanaman padi sawah, nanas
Pengangkutan – jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang
Petempatan – rumah
Kemudahan Sosial – sekolah, hospital
ii. Tanah Beralun
Gunakan kata kunci 2P untuk pertanian dan petempatan.
Pertanian – tanaman getah, kelapa sawit
Petempatan – rumah
iii. Tanah Tinggi
Gunakan kata kunci 2P1KH untuk pertanian, pelancongan dan kuasa hidroelektrik.
Pertanian – tanaman teh, sayur-sayuran
Pelancongan – penginapan
Kuasa Hidroelektrik – empangan
iv. Pinggir Laut
Gunakan kata kunci 2P untuk perikanan dan pelancongan.
Perikanan – petempatan nelayan, pelabuhan
Pelancongan – tempat berkelah, jeit
v. Saliran
Gunakan kata kunci AP untuk air dan pengangkutan
Sumber air – paip saluran air
Pengangkutan – jeti, pangkalan bot
vi. Tumbuhan Semula Jadi
Gunakan kata kunci 2P untuk pembalakan dan pelancongan
Pembalakan – kem pembalakan, petempatan
Pelancongan – laluan pejalan kaki
5. Cara Mentafsir Peta Topografi
Perhatikan peta secara keseluruhan
Tentukan ciri pandang darat fizikal dan budaya
Kaitkan ciri pandang darat fizikal dengan budaya
Tafsirkan peta
Rujukan:
Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)
https://banksoalan.online/
Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM
Tag
Peta Topografi
Grid
Pandang Darat Fizikal Dan Budaya
Prior knowledge
1.
Apakah yang anda tahu tentang peta topografi?
2.
Nyatakan perbezaan ciri pandang darat fizikal dan budaya.
1.
Yang manakah antara berikut pernyataan benar tentang garisan timuran?