Akronim & Teknik: Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

1. Iklim Tundra

 
  • Menggunakan perkataan singkat Tundra-Perikanan-Pemburuan
  • Menggunakan peta minda bergambar 
 
  • Perikanan
    • Kegiatan
      • Menangkap ikan untuk keperluan sendiri
      • Sebagai sumber protein kepada penduduk setempat
    • Pengaruh Iklim
      • Pada musim panas kegiatan menangkap ikan paus, kod dan salmon dijalankan
      • Kegiatan menangkap ikan paus dijalankan dengan menggunakan harpoon

 

  • Pemburuan 
    • Kegiatan
      • Daging daripada hasil buruan digunakan sebagai sumber makanan, manakala kulit digunakan untuk membuat kayak, khemah dan pakaian.
      • Tulang digunakan untuk membuat rangka khemah, manakala lemak digunakan untuk menyalakan pelita serta memanaskan iglu
    • Pengaruh Iklim
      • Pekerjaan orang Eskimo berubah mengikut musim. Mereka akan memburu binatang pada musim sejuk. 

 

2. Iklim Laurentia

 
  • Menggunakan perkataan singkat Laurentia-Pertanian-Perikanan
  • Menggunakan peta minda bergambar
 
  • Pertanian
    • Kegiatan
      • Sebagai pengeluaran makanan untuk penduduk setempat
    • Pengaruh Iklim
      • Penanaman seperti gandum, kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan sesuai dilakukan pada suhu musim panas dan sejuk. 
  • Perikanan
    • Kegiatan
      • Penangkapan ikan dijalankan untuk pasaran tempatan dan luar negara
    • Pengaruh Iklim
      • Menggalakkan pertumbuhan plankton
      • Kegiatan perikanan dijalankan pada musim bunga dan panas.
 

3. Iklim China

 
  • Menggunakan perkataan singkat China-Pertanian-Penternakan
  • Menggunakan peta minda bergambar
  • Pertanian
    • Kegiatan
      • Penduduk menjalankan kegiatan menanam padi dan gandum sebagai sumber makanan mereka
    • Pengaruh iklim
      • Aktiviti menanam padi dijalankan pada musim hujan
      • Gandum dan teh ditanam di kawasan suhu yang sederhana panas.
  • Penternakan
    • Kegiatan
      • China merupakan pengeluar dan pengguna hasil ternakan utama dunia
      • Produk berasaskan daging dan susu segar mempunyai permintaan yang tinggi
    • Pengaruh iklim
      • Kegiatan penternakan lembu sesuai dijalankan pada musim panas.
      • Hal ini kerana, suhu yang dingin menggalakkan pertumbuhan rumput sebagai makanan ternakan.
 

4. Iklim Gurun Panas

 
  • Menggunakan perkataan singkat GP-Pertanian-Penternakan
  • Menggunakan peta minda bergambar
  • Pertanian
    • Kegiatan
      • Penanaman pokok kurma dilakukan secara besar-besaran bagi mendapatkan buahnya
    • Pengaruh iklim
      • pokok kurma ditanam di kawasan oasis secara ladang dan ianya akan tumbuh pada suhu 7ºC hingga 40ºC
  • Penternakan
    • Kegiatan
      • Pelbagai haiwan seperti unta, kambing, biri-biri, dan lembu diternak bertujuan untuk mendapatkan daging, susu, kulit dan bulu
    • Pengaruh iklim
      • Jumlah hujan tahunan yang kurang menyebabkan rumput dan semak samun yang dijadikan sebagai makanan ternakan tumbuh dengan renek dan jarang.
         

 

Rujukan:

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

Tag

Prior knowledge

1.  Berapakah jenis iklim yang anda tahu?
2.  Nyatakan kegiatan manusia di iklim Tundra?

1. 

Antara berikut, iklim manakah yang mempengaruhi kegiatan menanam pokok kurma?