Akronim & Teknik: Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia

Akronim & Teknik: Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia

Share this post

Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru bolehlah menggunakan gambar atau kata kunci yang ringkas/singkat dalam tajuk ini. Akronim juga boleh digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati dan menghafal sesuatu maklumat.

 

Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia

 
  • Untuk bahagian ini, guru dicadangkan untuk menunjukkan gambar-gambar bagi menunjuk dan menarik minat pelajar.
  • Guru juga boleh menggunakan 4P-Pertanian, Pembalakan, Perikanan dan Pelancongan.

 

  1. Pertanian – iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan masyarakat menanam pelbagai jenis tanaman untuk dimakan atau dijual.
  2. Pembalakan – suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang banyak menggalakkan petumbuhan hutan hujan tropika.
  3. Perikanan – nelayan tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh kerana keadaan laut yang bergelora menyukarkan mereka untuk menjalankan kerja.
  4. Pelancongan – keadaan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menarik minat ramai pelancong antarabangsa untuk mengunjungi Malaysia
 

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia

  • Terdapat 4 kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia iaitu kesan rumah hijau, pulau haba, hujan asid dan jerebu. Guru bolehlah menggunakan akronim seperti RH-PH-HA-J atau Rahmah Pilih Hakim Jodohnya.
  1. RH-Kesan Rumah Hijau
    • Punca terjadi:
      • Pelupusan sampah
      • Pembakaran bahan api fosil
      • Pembakaran hutan
      • Pembakaran sisa pertanian
      • Kegiatan pembalakan 
  2. PH-Pulau Haba 
    • Berlaku apabila suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya
    • Punca terjadi:
      • Bangunan konkrit dan permukaan yang berturap akan menyerap dan menyimpan lebih banyak bahang matahari
      • Kekurangan tumbuh-tumbuhan boleh mengakibatkan proses perpeluhan kurang berlaku bagi menyederhanakan suhu
      • Bahan pencemar seperti debu dan habuk yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang akan memerangkap haba dengan banyak
      • Pelepasan asap dan haba yang tinggi oleh kenderaan berlaku akibat kesesakan jalan raya
  3. HA-Hujan Asid 
    • Hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai ph kurang daripada 5.6
    • Akibat:
      • Memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan
      • Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan
      • Menjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik
      • Kesihatan manusia akan terancam.
  4. J-Jerebu 
    • Zarah yang halus tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi
    • Punca terjadi:
      • Letusan gunung berapi
      • Pembakaran hutan secara berleluasa
      • Pembakaran bahan api fosil
      • Pembakaran terbuka
    • Akibat:
      • Mengurangkan jarak penglihatan manusia
      • Mengganggu pertumbuhan tanaman yang dilakukan
      • Kesihatan manusia akan terancam
      • Menjejaskan aktiviti pengangkutan
 

Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia

  • Terdapat dua perkara dalam perubahan cuaca dan iklim di Malaysia iaitu Fenomena El Nino dan Fenomena La Nina. Guru bolehlah menggunakan jadual untuk membezakan kedua-duanya.
Fenomena El Nino Fenomena La Nina
  • Kemarau berpanjangan
  • Berlaku perubahan tekanan udara dan pola tiupan angin
  • Banjir besar
  • Akibat penurunan suhu permukaan laut

 

  1. Fenomena El Nino 
    • Merupakan kemarau yang berpanjangan
    • Pemanasan suhu di lautan pasifik yang luar biasa sehingga mengakibatkan berlakunya perubahan tekanan udara dan pola tiupan angin.
  2. Fenomena La Nina
    • Merupakan kejadian banjir besar
    • Terjadi akibat daripada gejala gangguan iklim yang berlaku kerana penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan pasifik.

 

 

Rujukan:

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

Tag Berkesan Pengaruh Perubahan

Prior knowledge

1.  Pada pendapat anda, apakah pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia?
2.  Nyatakan satu (1) perbezaan Fenomena El Nino dan Fenomena La Nina.

1. 

Yang manakah pernyataan tepat tentang Fenomena El Nino?

Loading...
Load lesson