Akronim digunakan untuk tajuk ini bagi memudahkan guru menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan cara mudah dan senang untuk dihafal. Akronim adalah merupakan singkatan yang telah dibentuk dengan menggunakan komponen-komponen satu frasa atau nama.
Pengertian
Pemanasan Global – peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau.
Global – meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia.
Faktor Pemanasan Global
(Menggunakan M ama S ayang)
1) Aktiviti Manusia (M-Mama)
penggunaan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan oleh petani
pembalakan haram
pembakaran secara terbuka
pencemaran daripada asap kenderaan motor dan perindustrian
2) Aktiviti Semula Jadi (S-Sayang)
letusan gunung berapi
penerimaan pancaran cahaya matahari berlebihan
kebakaran hutan secara semula jadi
Sumber Gas Rumah Hijau
(Menggunakan konsep 5P1L)
P - Pembakaran Terbuka – karbon dioksida
P - Penjanaan Tenaga Elektrik Terma – karbon dioksida
P - Pengangkutan – karbon dioksida, karbon monoksida
P - Perindustrian – karbon dioksida, Nitrogen dioksida, CFC
P - Pertanian – Metana, Nitrus oksida
L - Letusan Gunung Berapi – Karbon dioksida, Karbon monoksida, Sulfur dioksida
Kesan Pemanasan Global
(Menggunakan akronim – L aila M encari C ikgu K amil)
1) Peningkatan aras laut (L-Laila)
pencairan ais di kutub
peningkatan suhu air laut
Mengakibatkan berlakunya banjir besar dan hakisan tanah
menenggelamkan kawasan daratan
memusnahkan harta benda
mengancam nyawa
menjejaskan sumber bekalan makanan dan air bersih
2) Kemerosotan sumber makanan (M-Mencari)
air laut yang menjadi panas
banjir yang memusnahkan kawasan pertanian
tanah menjadi tandus dan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian
mengancam sumber makanan dunia
3) Gangguan cuaca (C-Cikgu)
mengakibatkan berlakunya banjir, ribut, ombak besar dan taufan
flora dan fauna akan musnah
taburan hujan tidak menentu
4) Masalah kesihatan (K-Kamil)
kehilangan nyawa manusia
gelombang haba berisiko menyebabkan manusia menghidapi strok haba dan dehidrasi
meningkatkan risiko pelbagai penyakit yang berkaitan dengan haba
Langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global
(Menggunakan konsep 8M)
M - Mengamalkan amalan 5R
M - Menggunakan tenaga mesra alam
M - Mendidik tentang alam sekitar
M - Melakukan kerjasama antarabangsa
M - Menguatkuasaan undang-undang yang tegas
M - Menggunakan pengangkutan awam dengan lebih kerap
M - Menggunakan barang elektrik jimat tenaga
M - Menanam pokok di sekitar rumah
Rujukan:
Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)
https://banksoalan.online/
Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM
Tag
Prior knowledge
1.
Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan pemanasan global?
2.
Senaraikan sumber gas rumah hijau.
1.
Yang manakah antara berikut bukan maklumat yang tepat tentang langkah mengurangkan kesan pemanasan global?