Kejayaan pelajar haruslah menjadi keutamaan nombor satu kepada guru. Bagi sebilangan pelajar, kejayaan dicapai apabila mendapat gred yang baik. Bagi yang lain pula, kejayaan mungkin bermaksud peningkatan terhadap penglibatan di dalam kelas. Anda boleh membantu semua pelajar anda untuk mencapai potensi sepenuhnya, tanpa mengira cara mereka berfikir tentang kejayaan. Berikut merupakan lima (5) perkara yang boleh digunakan untuk membantu pelajar memperoleh kejayaan.
1. Menetapkan Jangkaan Yang Tinggi
Persekitaran akedemik di bilik darjah boleh dipupuk dengan menetapkan
jangkaan yang tinggi, tetapi masih tidak mustahil untuk dicapai oleh pelajar. Anda perlu mendorong pelajar untuk mencapai standard yang lebih tinggi sehingga ke akhirnya. Dan ketika proses tersebut dilakukan, berikan pujian yang banyak kepada pelajar.
Sebilangan pelajar mungkin akan mengambil masa yang lebih lama daripada yang lain, namun semua daripada mereka ingin dipuji seperti “Anda seorang yang bijak dan telah melakukan tugasan dengan baik”.
Pelajar sekolah menengah perlu diberikan bahan kuliah untuk dibaca dan anda perlu memberitahu bahawa “Konsep cerita / buku / matematik ini akan diajar di kolej pada tahun pertama di seluruh negara”. Setelah pelajar mengatasi dan menguasai bahan tersebut, anda perlu memberitahu mereka, “Syabas pelajar, satu tahu anda boleh melakukannya.”
2. Menubuhkan Jadual Bilik Darjah
Salah satu perkara penting yang boleh dilakukan untuk membantu anak-anak berkelakuan baik di rumah adalah dengan menyediakan jadual bertugas yang berkesan dan konsisten untuk dipatuhi oleh pelajar. Tanpa perkara ini, kanak-kanak kecil akan berkelakuan dengan tidak baik, sama seperti pelajar sekolah menengah.
Walaupun jadual kelas sering memerlukan sedikit masa dan usaha untuk dilaksanakan pada awal tahun persekolahan, namun setelah ianya dibentuk, mereka akan melaksanakan perkara tersebut dan seterusnya ianya membolehkan anda untuk fokus terhadap pengajaran daripada menyelesaikan masalah yang berkelut di fikiran.
Pengurusan bilik darjah juga haruslah menjadi sebahagian daripada rutin harian. Peraturan dan denda haruslah dipaparkan di seluruh kelas sekiranya peraturan tersebut telah dibuat dengan jelas dari hari pertama. Anda perlulah menangani segala masalah yang timbul secara konsisten supaya pelajar akan lebih berdisiplin dan kelas anda akan berjalan dengan lancar.
3. Mengamalkan “5 Minit Setiap Hari”
Lakukan aktiviti pembukaan yang sama selama lima minit ketika kelas pertama dijalankan dan juga aktiviti penutup yang sama pada lima minit terakhir supaya pelajar dapat mengetahui waktu memulakan kelas dan waktu untuk beredar. Ianya mungkin sesuatu yang mudah seperti mengarahkan pelajar untuk mengeluarkan bahan pelajaran dan duduk di meja masing-masing sebelum memulakan kelas.
Seterusnya, bagi membuatkan pelajar bersedia untuk beredar dari kelas, pelajar boleh mengemas bahan pelajaran yang digunakan, kemudian duduk sambil menunggu loceng berbunyi sebagai pengakhiran kelas.
Sekiranya anda konsisten dengan perkara ini, ianya akan menjadi perkara kedua terpenting bagi pelajar anda. Membuat rutin seperti ini juga akan membantu jika anda memerlukan pengganti. Pelajar tidak akan menyimpang dari norma yang telah ditetapkan dan mereka akan menjadi penyokong yang bakal membantu kelas anda berjalan dengan lancar.
4. Sentiasa Mengembangkan Diri di dalam Profesion yang Diceburi
Idea dan penyelidikan baru dapat meningkatkan persediaan terhadap perlaksanaan pengajaran harian anda pada setiap tahun. Anda boleh mengikuti maklumat terkini melalui pelbagai platform seperti forum dalam talian, bengkel dan jurnal profesional dalam menjadikan anda seorang guru yang lebih baik.
Hal ini akan menyebabkan peningkatan terhadap keminatan pelajar untuk mengikuti kelas. Tambahan lagi, mengajar bahan pelajaran yang sama pada setiap tahun akan membuatkan anda kekurangan idea dari semasa ke semasa. Ianya akan mengakibatkan pengajaran yang dilakukan menjadi tidak berinspirasi. Akibatnya, pelajar menjadi bosan dan pelajaran mereka akan terganggu.
Oleh itu, dengan menghasilkan idea dan kaedah pengajaran yang baru akan membuatkan perbezaan yang besar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5. Bersikap Telus dan Sedia Membantu
Aspek yang perlu ditekankan untuk menjadikan kelas yang diajar berjalan dengan baik adalah dengan memastikan semua pelajar memahami pengajaran yang diberikan. Anda haruslah memberikan silibus kepada pelajar pada awal tahun yang boleh menerangkan tentang dasar penilaian yang bakal dilakukan. Berikan pelajar salinan rubrik terlebih dahulu sekiranya anda ingin memberikan tugasan yang rumit atau subjektif seperti esei dan kertas penyelidikan.
Sekiranya pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti di makmal sains, pastikan mereka memahami bagaimana anda membuat penilaian terhadap tugasan mereka dengan tepat.
Sebagai contoh, jika anda memberikan gred C- pada esei seseorang pelajar, tetapi anda tidak menjelaskan alasan terhadap penilaian gred yang diberikan, maka pelajar tersebut berkemungkinan hanya akan memberikan usaha yang sedikit ketika menyiapkan tugasan seterusnya.
Selain itu, anda haruslah membuatkan pelajar sering memeriksa gred mereka dengan kerap. Anda juga boleh memberikan slip peperiksaan supaya mereka sentiasa mengetahui kedudukan mereka di dalam kelas. Sekiranya mereka ketinggalan di dalam pelajaran, anda haruslah berjumpa dengan mereka untuk memikirkan rancangan yang membolehkan mereka memperoleh kejayaan.
Rujukan
8 Perkara Yang Boleh Dilakukan Oleh Guru untuk Membantu Pelajar Berjaya
|