5 Cara Pengurusan Masa Sebagai Guru

5 Cara Pengurusan Masa Sebagai Guru

Share this post

Kekurangan masa selalu terjadi bagi seorang guru dimana sahaja. Tidak ada masa yang cukup untuk seorang guru melakukan tugas mereka dengan baik dan menjalani kehidupan yang sihat dan seimbang apabila apabila berada di luar kelas.

 

Berikut merupakan kaedah untuk menjimatkan masa:

 

 

 

1. Mengurangkan rehat yang tidak disengajakan.

 

Tanpa disedari apabila waktu lapang, berada di luar bidang tugas kita sering memegang telefon pintar untuk memeriksa media sosial, membiarkan perhatian kita beralih ke TV, berkunjung dengan rakan sekerja yang baru sahaja berhenti dan sebgainya. Sekiranya kita menyedari rehat yang tidak disengajakan ini dapat dikurangkan, kita pasti mempunyai masa lapang yang lebih banyak sebenarnya.

 

2. Tentukan perkara utama dan lakukannya terlebih dahulu.

 

Sebagai seorang guru, banyak perkara yang harus dilakukan seperti menyediakan tugasan kepada pelajar, menyemak tugasan, membuat laporan dan sebagainya. Maka, catat perkara yang utama yang harus dilakukan. Mungkin ia sesuatu yang sukar, memakan masa dan membosankan. Oleh itu, anggap tugasan ini sebagai perkara utama dimana anda tidak akan menangguhkan dan ia akan memberi anda rasa kepuasan kepada diri sendiri.

 

3. Mengorak langkah bekerja lebih awal dan elakkan tugas yang berulang.

 

Pelbagai tugas yang harus dilakukan setiap hari dan minggu, dicampur dengan kewajiban lain. Daripada menyelesaikan tugas satu persatu seperti mencetak tugasan pelajar berkali-kali setiap hari atas dasar ingin memberi tugas kepada pelajar. Maka, mula lakukan tugas dalam kelompok yang besar dan kurang kerap seperti lakukan mencetak dua hari sekali. Dengan ini, anda akan mendapat lebih banyak waktu untuk diri anda sendiri.

 

4. Cari cara inovatif untuk tidak mewujudkn kerja yang tidak perlu.

 

Kesempurnaan seolah-olah menjadi sifat biasa bagi ramai guru, dan ia adalah perkara yang membuat anda bekerja lebih masa daripada yang anda perlukan bagi mendapat kesempurnaan. Untuk mula mempunyai masa dari minggu kerja anda, perhatikan tempat-tempat dimana anda boleh berehat dan menyelesaikan tugas-tugas tersebut dengan lebih cepat. Jimatkan masa untuk tugas-tugas yang harus diberi tumpuan lebih.

 

5. Membuat jadual masa.

 

Jadualkan kerja ke dalam kalender, kemudian patuh dan ikut jadual yang telah anda buat. Jika anda membuat keputusan melakukan dua jam untuk merancang pelajaran, bekerja selama dua jam, kemudian berhenti. Apabila ada mengetahui tempoh masa yang ditetapkan boleh membantu anda bekerja dengan lebih cepat dan cekap, dan ia boleh membantu meningkatkan kesedaran anda tentang berapa lama masa setiap tugas diperlukan. Jika anda mendapati bahawa sesuatu tugas kerap mengambil masa yang lama daripada masa yang diperuntukkan, anda mungkin perlu melaraskan jadual anda semula.

 

Rujukan

5 Powerful Ways to Save Time as a Teacher

Tag Guru

Prior knowledge

1.  Adakah anda mendapat rehat yang cukup dalam menjalani kehidupan harian anda?
2.  Bagaimana anda mengatur masa anda untuk mendapatkan rehat yang cukup?
Reflection

1.  Senaraikan tiga (3) daripada cara pengurusan masa bagi seorang guru seperti yang telah dikongsikan.
Loading...
Load lesson