|
Bentuk 3D kepada 2D
Bentuk tiga dimensi (3D) dan dua dimensi (2D) sudah mula diajarkan di sekolah rendah seawal tahap 1. Murid akan diajar dengan bentuk 3-D seperti kubus, kuboid, dan piramid di samping bentuk 2-D seperti segi empat sama, segi empat tepat, dan sebagainya. Guru juga perlu mengajar perkaitan antara bentuk 3D dan bentuk 2D melalui bentangan. GeoGebra boleh digunakan untuk membantu untuk mengajar perkaitan antara bentuk 3D dengan bentuk 2D (bentangan).
|

Rajah 1: Contoh bentangan kuboid sebagai perkaitan bentuk 3D dengan 2D
|
Geogebra
GeoGebra merupakan sebuah perisian geometri dinamik yang yang direka untuk mengajar topik – topik seperti geometri, dan algeba. Perkataan itu sendiri GeoGebra merupakan gabungan singkatan daripada geometri dan algebra. GeoGebra boleh digunakan sebagai alat demonstrasi dan visualisasi. Dalam
aktiviti ini GeoGebra digunakan sebagai alat untuk mendemonstrasikan bentuk 3D kepada bentuk 2D melalui bentangan bentuk 3D tersebut. Terdapat banyak bahan untuk aktiviti ini yang boleh digunakan dalam GeoGebra untuk menjalankan aktiviti ini.
Geogebra Sebagai Pemudah Cara
Dengan menggunakan GeoGebra, guru boleh membimbing murid untuk memahami bentangan bentuk 3D secara konstruktif. Murid sendiri akan menggunakan tetikus dan menggerakkan bentuk – bentuk 3D di dalam GeoGebra untuk dibuka menjadi bentangan. Dengan cara ini murid akan dapat memahami konsep bentangan bentuk 3D dan mengaitkan bentuk 3D dengan bentuk 2D.
|

Rajah 2: Aktiviti mengenal pasti bentangan bentuk 3D.
|
Guru boleh menyediakan lembaran kerja untuk murid melukis sendiri bentangan (bentuk 2D) yang dilihat dalam perisian GeoGebra.
|

Rajah 3: Aktiviti melukis bentangan bentuk 3D melalui GeoGebra dan lembaran kerja
|
Rujukan
- Diadaptasi daripada https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3871-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-15-2020/file.
Kata Kunci: Sekolah Rendah, geometri
|