SPM Perniagaan Kertas 3 - Set 1

SULIT

JABATAN PEPERIKSAAN
PANDAI EDUCATION

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024

PERNIAGAAN (TUGASAN PROJEK)

3766/3

Kertas 3 (Set 1)

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

  1. Kertas ini mengandungi satu tugasan projek.
     
  2. Calon wajib melaksanakan tugasan tersebut secara individu.
     
  3. Calon hendaklah menyempurnakan tugasan projek ini dengan merujuk kepada elemen, aspek dan kriteria yang telah ditetapkan.
     
  4. Calon dikehendaki menyediakan Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek untuk memastikan tugasan projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
     
  5. Calon dinasihati membuat perancangan yang teliti dan melaksanakan Tugasan Projek dengan menggunakan perbelanjaan yang berpatutan dan munasabah.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 halaman bercetak. 
 
SULIT 2 3766/3
     
TUGASAN PROJEK

1.0 Anda telah menjalankan sebuah perniagaan milikan tunggal pada Januari yang lalu. Perniagaan anda menjual peralatan sukan berasaskan salah satu daripada kategori berikut:
     
  1.1 Sukan berbasikal
  1.2 Sukan raket
  1.3 Sukan larian
     
2.0 Perniagaan yang dijalankan telah mengikut prosedur pendaftaran dan pelesenan perniagaan.
     
3.0 Modal awal perniagaan terdiri daripada aset-aset berikut:
   
  RM
Kelengkapan \(30\,000\)
Bank \(50\,000\)
     
4.0 Maklumat belian dan jualan adalah seperti berikut:
     
  4.1 Belian pada bulan Januari adalah sebanyak RM\(\underline{\hspace{2cm}}\) dan peningkatan belian pada bulan berikutnya adalah mengikut kesesuaian perniagaan.
  4.2 Nilai jualan pada bulan Januari adalah sebanyak \(150\%\) - \(180\%\) daripada nilai belian. Peningkatan jualan pada bulan berikutnya adalah mengikut kesesuaian perniagaan.
     
5.0 Utiliti perniagaan
     
  5.1 Anda telah mengenal pasti lokasi perniagaan dengan sewaan minimum \(\text{RM }3\,000\) sebulan.
  5.2 Pembelian kenderaan secara sewa beli untuk tempoh lima hingga tujuh tahun bagi perniagaan berkaitan dengan kadar faedah sebanyak \(3\%\) setahun.
  5.3 Pembelian perabot dan alatan pejabat secara sewa beli untuk tempoh dua hingga tiga tahun dan dikenakan kadar faedah tertentu.
  5.4 Setiap aset bukan semasa perlu disusutnilaikan atas harga kos pada kadar \(5\%\) setahun.
     
6.0 Trend persekitaran semasa dalam perniagaan.
     
  6.1 Kementerian Pembangunan Usahawan menggalakkan para belia menyertai bidang perniagaan dan keusahawanan.
     
7.0 Rancangan Perniagaan yang dikemukakan hendaklah mempunyai format berikut:
     
  7.1 Pengenalan dan Ringkasan Eksekutif
  7.2 Tujuan Rancangan Perniagaan / Kertas Kerja
  7.3 Latar Belakang Perniagaan
  7.4 Latar Belakang Pemilik / Rakan Kongsi
  7.5 Kedudukan Tapak Projek
  7.6 Objektif Projek
  7.7 Rancangan Pentadbiran / Organisasi
  7.8 Rancangan Operasi
  7.9 Rancangan Pemasaran
  7.10 Rancangan Kewangan
  7.11 Penutup
  7.12 Lampiran (dokumen sokongan)
     
8.0 Anda mestilah mempersembahkan konsep, kreativiti dan idea produk dalam bentuk pembentangan projek dan interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.
     
SULIT 3 3766/3
     
9.0 Idea perniagaan yang dipersembahkan mestilah menjurus kepada penjenamaan produk Malaysia. Anda digalakkan untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
     
10.0 Rancangan Perniagaan ini hendaklah mengandungi unsur berikut:
     
  10.1 Fon: Times New Roman
  10.2 Saiz fon: 12 pt
  10.3 Saiz fon bagi tajuk besar atau kecil bergantung kepada kesesuaian
  10.4 Saiz kertas : A4
     
11.0 Rancangan Perniagaan yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu. Anda juga dikehendaki mengemukakan evidens proses kerja dalam bentuk tulisan tangan.
     
12.0 Draf tulisan tangan dalam bentuk lakaran, lukisan, gambar rajah atau tulisan mestilah jelas sebagai evidens.
     
13.0 Penggunaan kertas warna dibenarkan.
     
14.0 Gambar atau ilustrasi tambahan hendaklah dilekatkan dengan kemas supaya tidak tercicir.
     
TUGASAN TAMAT