| NO. |
JAWAPAN |
MARKAH |
| 4 |
(a) |
(i) |
Pengasas kerajaan Abbasiyyah:
- Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah.
|
1M |
| (ii) |
Pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyah:
|
1M |
| (iii) |
Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah dari aspek ekonomi:
- Kedudukan Baghdad di tengah-tengah laluan perdagangan dari timur dan barat menjadikannya sebagai pusat tumpuan aktiviti perdagangan.
- Sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan berjaya mendominasi pasaran antarabangsa kerana berupaya memenuhi permintaan pasaran semasa.
- Inisiatif khalifah membina empangan, pusat-pusat perniagaan dan rumah api sebagai persaraan pertanian dan perdagangan.
- Sumber dan pengurusan Baitulmal yang sistematik menyebabkan kerajaan dapat menyediakan prasarana dan peluang pekerjaan untuk rakyat.
* Nota: mana-mana dua pilihan jawapan.
|
4M |
| (iv) |
Iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan kerajaan Abbasiyah:
- Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
- Kita hendaklah mencontohi dan mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran agar menajdi contoh ikutan terbaik.
- Kita hendaklah memanfaatkan sumber yang ada dengan bijak agar mampu bersaing di peringkat global.
- Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara dengan meningkatkan amalan patriotisme dalam diri.
- Kita hendaklah mengeratkan perpaduan antara kaum agar keharmonian terpelihara.
- Kita hendaklah memperbanyakkan penerokaan ilmu agar kegemilangan tamadun Islam terus terjamin.
* Nota: mana-mana dua pilihan jawapan.
|
4M |
| (b) |
(i) |
Riwayat hidup Ahmad bin Ibrahim:
- Nama Penuh: Ahmad bin Muhammad Ibrahim
- Tarikh Lahir: 15 Mei 1916
- Tarikh Meninggal Dunia: 17 April 1999
- Gelaran: Professor Emeritus Tan Sri Doktor
- Pekerjaan: Pensyarah Kuliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
* Nota: mana-mana dua pilihan jawapan.
|
2M |
| (ii) |
Ketinggian akhlak Ahmad bin Ibrahim:
- Suka menyebarkan ilmu.
- Menjaga etika keadilan ketika mengendalikan kes perbicaraan.
|
2M |
| (iii) |
Sumbangan Ahmad bin Ibrahim dalam aspek perundangan:
- Anggota panel pengasas Kuliah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Pengasas dan penggubal enakmen Undang-Undang Islam (Hudud dan Qisas) Kelantan pada tahun 1991.
|
2M |
| (iv) |
Iktibar daripada keunggulan tokoh Ahmad bin Ibrahim:
- Kita hendaklah mencontohi keunggulan tokoh dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu.
- Kita hendaklah bersifat cekal menyebarkan dakwah Islamiyah agar masyarakat dapat memahami Islam yang sebenar.
- Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
- Kita hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang lebih berkualiti supaya dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.
- Kita hendaklah bekerjasama dalam pembangunan negara supaya negara dihormati di peringkat antarabangsa.
* Nota: mana-mana dua pilihan jawapan.
|
4M |